geng bas sekolah

Tuesday, March 22, 2011

noktah dan tandaseru


NOKTAH DAN TANDASERU, dalam sebuah perbalahan, yang mana satu lebih menjadi pilihan ? pastinya kedua-duanya tak digunakan dalam perang dingin kan. tapi dalam perang mulut bagaimana ? contohnya apabila pasangan suami isteri sedang bertikam lidah. adakah si isteri lebih banyak noktah, dan si suami memilih tandaseru atau sebaliknya ? atau adakah si isteri yang bercakap tanpa noktah dan suami mula bosan lalu terus bertindak dengan tangan. PANG [tandaseru]

kenapa ingin sangat kejuaraan dalam sebuah perbalahan [tandasoal] lalu selepas menang, apa yang si pemenang dapat ? dianugerahi manara jagung sebagai trofi ? atau menang percutian tiga hari dua malam ke kutub utara ? kononnya keadilan dapat diraih. tapi bagaimana dengan perpecahan yang terhasil ? bahagia atau tragis ?

oh aku tak mengerti. walhal emak sendiri membebel mengatakan aku masih tak matang, mengapa aku nak fikir hal hal yang orang matang sahaja boleh ertikan ?

fakta: esok keputusan spm diumumkan. jempol, sila tunggu aku. semoga esok kita sama sama tersenyum !


6 comments:

Хафиз Илинская said...

Dalam perang Dingin (1945-1990) dulu pakai misil, peluru berpandu, kapal terbang, kapal laut, kapal selam, kereta kebal, ICBM,... (tak pakai tanda noktah tandaseru ni)

cik chopu said...

myrul: rilek ah. aku bukan maksudkan perang dingin tu. perang dingin boleh jugak membawa maksud perang ala ala masam muka tak tegur sapa. kau nih pun. lagipun kan aku dah kata, perang dingin memang lah takde noktah dan tandaseru.

azyansyahirah said...

all the best weh :)

belon said...

hahahahaha bhahahahahaha

cik chopu said...

azyan: haha aku dah dapat result dah.

cik chopu said...

amirulhakim: apa gelak gelak hah ?