geng bas sekolah

Sunday, February 27, 2011

perang weyy perang,


blog sekarang dah macam dunia politik en. semua pakat dok mengata kau mengata aku. macam mesya sekarang ni yang tengah hangat dengan undi mengundi. parti parti bertikam lidah ibarat para blogger besau ni. ada parti kerajaan yang sering terkehadapan, dan ada parti pembangkang yang sering dibelakangkan (?) ada blogger yang dapat aneka tohmahan, aneka cacian. ada blogger yang dapat pujian, belaian dan belaskasihan. apepun, aku sendiri pun taktau apa kisah mereka. apa hak aku nak bersuara en. aku hanya mampu baca, itupun rajin sangat kah? walhal akulah si pemalas yang disegani :)

mujur haku ni blogger kecik yang tak usah risau orang baling boomerang kah, baling batu kah, baling api kah. siapa peduli blog sekecik ini yang takde cerita sensasi. balik balik cerita hal diri sendiri yang kononnya ada orang peduli. tapi takde pulak macam nak tulis diari en, nak bagitau satu dunia aktiviti aku setiap saat minit dan jam.

aku bukan kurang minat dunia politik ni, tapi sangat tak berminat. jadi adakah dengan hal hal macam ni terjadi dalam dunia blog, aku turut sama benci berbelog satu hari kelak? siapa tahu satu hari nanti hasrat bubarkan blog ni jadi nyata en. mesti ramai ramai jawab 'ada aku kisah?'. ok aku mampu bertepuk tangan dengan fakta tu.

sekian, tocheh!



Saturday, February 26, 2011

janji dicipta untuk dimungkiri (?)


janji janji janji. semua orang pun pandai berjanji. berapa ramai yang berani tepati? boleh bilang dengan jari. yang tak normalnya pasal aku ni, setiap bait yang orang katakan pada aku, aku kira itu janji. contohnya mak janji nak beli henpon baru habis spm. wah bukan main seronok beta. lalu tiba tiba mak kata nantilah dulu, pentingkan hal hal yang terpenting. ok takpe boleh terima lagi pasal itu mak, takkan nak hentak hentak kaki merengek rengek kan. walhal aku bukan budak primary school yang tak erti susahnya carik duit en. tapi tibatiba laju aje mak keluar duit bagi pada si anak lelaki. wah, ini tidak adil ni.

dalam kes aku ni, banyak dah dalam list yang orang berjanji tapi belum tepati. sampai bila ya aku nak makan hati sorang diri? siapa peduli? bukannya hati permaisuri. setakat hati hingusan spm yang result pun tak keluar lagi. tacing wey, tacing. memang betul, melayu memang mudah lupa en. adakah semut dijadikan makanan ruji? wah hancur musnah jelapang padi lagu ni.

sedang aku berpeluh peluh cuba tepati janji, cinta hati beta semua pakat ramai ramai dok mungkir depa punya janji. sampai hati buat aku cenggini. hai, pasrah je lah.




Friday, February 25, 2011

ampun brader,


harini sifat tamak aku berleluasa dengan megahnya. semua benda nak tulis sampai satu pun tak jadi tulis. betul, orang tamak selalu rugi. mentang mentang nama blog kubercerita, semua nak cerita. semak betul fikiran hamba.

adoi tak tahan nak gelak tadi. makan luar tadi pasal rumah takde elektrik. cis geram betul. lorong rumah haku je takde elektrik. pilih kasih punya tnb. wa sangat tak puashati. jadi makan punya makan, tibalah saat bayar bayaran. brader tu pun datang la nak kira en. mula mula aku tak pandang dia lagi. sekali pandang rasa nak gelak tak tahan tahan dah.

besar gedabak kalkulator hang, brader oi! tak pernah aku pergi kedai makan orang datang kira bawak kalkulator gabak. selalu datang bawak pen dengan kertas ja, buat la bentuk lazim. gila berteknologi brader ni. bagus bagus. kalau dia dok kat kaunter takpe jugak. ni dia hangkut bawak datang meja, pegang macam nak main game ha. bagus bagus. proses yang cepat dan berkesan. balik tu gelak bagai nak gila dalam kereta. apalah dosa brader tu pada aku en, kejam sungguh.

Wednesday, February 23, 2011

tolong jangan ulang lagi,



amarah kian memuncak malam nih.
ya baran aku makin menjadi jadi.
aura jin bertendang menggila dah ni.
penegasan buat kesekian kalinya.
aku benci dibanding bandingkan!
tolong jangan ulang lagi,
tolong jangan ulang lagi,
dan tolong jangan ulang lagi.
aku tau aku tak sempurna.
tak perlu bagitau aku berjuta kali,
aku dah tau sejak azali.






Tuesday, February 22, 2011

malam yang hot~


memandangkan bapak aku kerja johor dah dua minggu, maka malam kelmarin aku ngada2 la nak tidur dengan mak. panas panas ni sedap sikit tidur dengan mak. ada ekon. aku dah tangkap lentok tidur tup tup bapak aku balik tengah malam. adoii kacau betul. balik bawak durian. tau la aku mintak durian. tapi sabau la bapak oi, esok esok boleh makan. dia dah tak kata apa terus potong time tu jugak.

adoi tak penyabar betul. dah la mata kuyu kuyu lagi. makan la. kang terasa pulak dia balik jauh jauh bawak durian untuk anak dara tercinta ni. ha padan muka aku. dah la panas. makan durian tambah panas malam tu. melepas nak tido dalam ekon. mak awal awal dah halau aku. adoi terpana beta seketika dihalau sedemikian rupa. takpe takpe kasi can la parents nak honeymoon~



Sunday, February 20, 2011

i don't miss u, i miss us!


saat bahagia bersama encik spm~

dia yang sering aku runguti setiap hari,
suatu ketika dahulu bermula di januari,
dia yang tak pernah ku temui,
hinggalah tragedi oktober terjadi,
dia yang kini aku rindui.

hari hari indah kami jalani bersama,
dengan orang ketiga,
si buku namanya,
berisi orangnya,
berisi ilmu.
ilmu untuk masa depan aku dan encik spm.
bagus ya orang ketiga ni,
mana ada dalam drama bersiri,
orang ketiga sebaik ni.

kadang kadang bila terlalu asyik memadu kasih,
keluarga pun mula tarik muka,
mula la encik spm bagi sepatah dua kata,
katanya 'pergilah call family ya sayang ya',
duduk asrama jangan asik berfoya-foya,
jangan asyik nak berasmara dengan encik spm je,
family mana boleh lupa.
restu tu kena ada.
so dah dapat greenlight ibubapa,
hati pun banyak suka.

makin hari makin hangat dok bercinta,
biasa la adakala tak bersua muka,
layan sangat nafsu muda remaja,
yang malas nak jumpa,
yang body berat rasa nak tidur je,
yang asyik nak spent time melantak taktentu hala,
encik spm tak kata apa,
padahal dalam hati dia asyik dok mengata,
dok kata 'jangan nanti kau menangis tak berlagu sudah le'.

rindulah encik spm,
dah dua bulan berpisah,
lumrah kan kehidupan,
masa dia ada tak hargai,
masa dia takda, mula la nak cari gali.

fakta: semua dok sibuk gerunkan result spm, aku pong tak terkecuali woii.


don't worry kupukupuku~


esok stpm kua dah result. bagai nak pecah jantung sekupu kupu [sepupu] haku. aku pulak siot je cakap 'padan muka' kat dia. tak sedar diri spm pun kuar tak lama lagi. karang padan muka aku pulak la. moga moga kecut perut dia berakhir dengan jayanya. baru dia hentam padan muka balik kat aku dengan megahnya.


Friday, February 18, 2011

urut urutan,


hari ni aku jadi tukang tonton adegan urut mengurut. mak panggil kawan dia datang mengurut. dia memang suka urut tradisional. dan mula la aku diberitahu khasiatnya walhal aku tak tanya pong. katanya nak betulkan urat dan blablabla. sesuai untuk orang yang dah beranak pinak ni. yeeehaa maknanya tak sesuai untuk aku.

tibatiba dia offer nak urut aku. katanya geram nak urut aku. amboi, menakutkan betul! mujur la dah lama kenal acik ni. that kind of gurauan kira accepted lah. tapi sori, geli geli. tak sanggup ya orang touch touch my body. silap hari bulan ada yang patah gigi.

aku dok tengok je dia urut mak sambil curik dengar perbualan demi perbualan. hoho agak 18sx ya perbualan mereka. aneka tips dikongsi bersama. malu oh. menyesal pulak curi dengar. siap pesan pesan kat aku lagi, kalau dah kahwin nanti, kena itu, kena ini, blablabla. haha lawak betul acik nih.

hai, aku pun dah taktahan dengan bau minyak, dengan topik topik hangat yang semakin rancak, jadi aku pun lari la masuk bilik. segan betul.

sekian,tocheh!


Thursday, February 17, 2011

rindu rinduan,

tibatiba rindu sekolah. rindu asrama. rindu sbpi jempol *jambul*. rindu 5harun al-rashid [HR]. rindu asrama rabiatul adawiyah. rindu dorm tariq4. rindu dewan makan. rindu kafe sayang selasih. ah semualah rindu. tamak sungguh rindu rinduan ni.

fakta 5hr:

*penaungnya MR KAKARUL NIZAMESSI [bukan nama sebenar]
*dihuni 16teruna 7dara
*minoritinya perempuan, jadi kami sering dibuli
*kelas paling banyak buat jamuan sebab perut semua besar kontena
*agak blacklisted dalam senarai sebab warganya nakal nakal
*bawak beg besar nak hangkut board LK punya pasal
*fly beramai ramai dan kantoi beramai ramai [haih]
*aktiviti harian, rebut newspaper.
*kalau makanan tinggal bawah meja, esoknya jangan harap akan berjumpa
*menangis beramai2 depan bilik GPK merayu cikgu TK kami dipulangkan
*selalu tak puas hati dengan peraturan
*kelas sangat bersepah kerana majoritinya lelaki, so paham paham lah
*kami suka bikin SURPRISE~
*bbq tengah padang sebab takut cikgu komplen kami bising
*almari buku penuh dengan kasut, stokin, selipar, set pingpong dan macam2 lagi
*selalu dapat makanan lebih lebih event [kebulur]
*depan kelas ada meja lepak [tempat bersidai]
*kelas paling jauh dengan bilik guru :)

ni 4hr. ahli lebih sorang.

sekian, tocheh!

Tuesday, February 15, 2011

gerunkan si L.O.V.E


amaran: entri ini sedikit jiwangss ya. kalau nak muntah, nah aku sediakan laut.


persoalkan cinta pada aku? aku tak layak berkata kata. sebab aku sendiri buta tentang cinta. apetah lagi nak dibutakan cinta. tapi ya, aku suka dengar cerita cinta. aku suka baca kisah cinta. suka juga tonton filem cinta. dan aku masih tersenyum tatkala menghayatinya.

yang paling aku suka, bila cinta itu datang lepas berumah tangga. sekarang susah sikit lah. dah jarang jumpa. tapi aku tetap suka. suka suka suka. nenek, mak, makcik, semua pun kahwin baru cinta. akukah generasi seterusnya? oh harap harap begitulah ya :)

tapi itukan berpuluh tahun dahulu. tapi aku sendiri buntu mencari cinta. sedang fie heboh mengatakan, 'kau jalan pun tak pandang orang, siapa yang nak suka kau'. oh itu sangat pedih. jadi dalam dunia ni, siapa ya yang akan perasan kehadiran aku? almost nobody kott. oh sukahati aku judge hati orang.

ya mungkin satu hari nanti aku akan jumpa. bila kau jumpa aku, dan aku tersenyum, dan senyuman itu lebih manis dari lisa surihani, maknanya aku dah jumpa lah tu. dan masa tu mungkin aku sedang honeymoon siapa tau. haha. angan angan mat jenin memang tak ke mana.


Monday, February 14, 2011

malangnya, akulah mas idayu yang kau kenal.


aku sangat tak puashati bila ada manusia, suka nak banding-bandingkan aku dengan siapa pun di muka bumi ni. tak kisah la kau nak bandingkan aku dengan aishwarya rai kah, dengan angelina jolie kah, dengan amber chia kah. aku tetap tak suka. lebih lebih lagi dengan orang yang dekat dengan aku. ingat aku profesor klon kah? tambah lagi i'm not the master of disguise.

well kalau positif tu boleh terima jugak kan. ini nak negative side aje. wey wey, aku jugak tak sempurna, tahukah anda? aku taknak la sebut ayat standard yang selalu disebut-sebut seperti 'aku adalah aku' atau 'i am who i am' tapi itu semua hakikat kan. bukan nak menongkat langit, meninggi hidung. bukan taknak terima pendapat orang. cuma boleh kan if kau kasi nasihat secara direct. tak payah nak beat around the bush sangatlah kan.

walau macam mana payah kita cuba untuk jadi macam orang lain, hakikatnya bila tengok hati kita, sama je. ini tidak, nampak orang tu berjaya sikit, 'eh aku nak jadi macam dia la' padahal strategi takde, minda tak atur dulu. nampak orang tu lawa sikit 'eh aku nak pakai macam dia la' padahal tetap takkan sama pun. dan aku pun tak layak nak sekat keinginan orang, sedangkan aku pun tak suka disekat. hai, payah payah. aku hanya mampu mengeluh.

fakta: adakah entri ini menunjukkan aku ini insan yang sangat keras hatinya ? sila tafsirkan sendiri. minta ampun andai terluka ya. aura jin bertendang baru tiba.

contest - sukan itu bergaya


ini satu lagi kontes. dah lama kena tag. busy sangat takde masa nak buat *kononnya*. sekarang macam free, ekceli takboleh tidur sebab banyak sangat tidur siang. makanya layan~ oh sebelum terlupa, tengs buat feel yang sudi tag hamba.


maklumat lanjut klik sinisini

so tuan tuan dan puan puan serta encik cik semua, inilah gambar hamba yang tak berapa nak bergaya. sebab aku ni pemalas sikit bab bersokan ni. makanya takde gamba gojes masa tarik tali ke, berenang ke, main kabaddi ke, sori sori. aku bukan atlit yang disegani.

sukan itu bergaya kerana dengan bersukan segala lemak terkumpul dalam badan mampu aku singkirkan tanpa mengeluarkan sesen pun duit poket hamba. yang keluar adalah si peluh bersama lemak lemak yang sekian lama menghuni body i yang tak berapa nak seksi ni. dan lagi bila kau selak paper, tang sukan tu yang banyak gambar aneka gaya. tak payah susah susah masuk studio pakai makeup tebal, pun semua orang dok baca. bergaya kan ? kalau la dulu kecik kecik mak bapak aku paksa jadi atlit, mesti aku dah jadi datuk sekarang, macam nicol david. hoho.

sukan kegemaran : adoi susah sikit ni. aku ni bukan la insan yang suka stick pada satu benda je. suka cuba cuba semua. orang main badminton, nak main badminton. orang main tenis, nak main tenis. orang main bola tampar, nak main bola tampar. orang main basketball, nak main basketball. semualah suka. tapi kalau yang memang selalu main, basketball la. sebab masa dok asrama rajin dok main yang tu je. maklum la, geng2 aku semua jaguhan basketball. aku je yang haremm sikit. dapat shoot sekali pun dah bangga, terus gi telefon mak bagitau satu kampung :)

jadi para atlit sekalian yang aku yakin punya gambar lebih macho dari aku, anda aku tag:


sekian, tocheh!


Sunday, February 13, 2011

penjarakan bibir anda


awas: jika pedih ulu hati, minumlah gaviscon!

aku seringkali menasihati mulut yang disayangi agar bijak menjaga tingkah laku sendiri. terlajak perahu, boleh undur kan, terlajak kata, badan binasa kan. jelas, perlakuan si mulut yang kurang sopan bukan saja memakan diri, malah orangtua kita dapat saham sama. biasalah, orang lain pun ada mulut kan. mula la sanasini heboh, 'eh mulut budak ni, makbapak dia tak ajar ke?'.

kesian kan orangtua kita. takpernah sekali ajar bahasa durjana pada anakanda, tibatiba diterjah mulut2 di luar sana dengan sukahatinya melempar tuduhan tanpa usul periksa. mulut siapa? mulut manusia. kalau binatang bisa bicara, mungkin lebih unggul gaya bahasa mereka. kita bagaimana? sukahati bersuara membinatangkan manusia.

ya, masa kau kecil mungkin banyak terpengaruh dengan rakan sebaya. diampunkan. belum boleh fikir mana baik mana buruk. tapi bila dah menjengah usia remaja, dah mula jadi dewasa, tak boleh berfikir lagi? masih nak jadikan mulut medium pelempias amarah?

indahnya bahasa kalau kau bijak meneroka. boleh saja diindahkan lagi dengan mulut yang kau miliki. tapi kalau kau dah pilih haluan kiri, siapa peduli. mulut ini pun tak layak menasihati. takut termakan diri. cuma kalau sedar diri, pergi tonton filem p ramlee. indah kan kalau hidup penuh puisi?

konklusinya: aku yakin bibir aku lebih seksi dari bibir angelina jolie , haha


Saturday, February 12, 2011

falling love again~



saat dan ketika ini hati sedang berbunga bunga. hey uncle SRK, apasal manis sangat muka hang ?

Friday, February 11, 2011

kerana saya masih muda :)


current mood : kau sendiri tafsirkan.

sebab : aku bukan jenis yang suka cerita segala benda yang jadi dalam hidup aku pada mak. lagi lagi pasal hati dan perasaan. yelah sebab dulu mak macam tak suka aku dekat dengan mana lelaki pun. bapak aku garang woo. tak berani i buat hal uu. so 'if' hati aku sangkut kat siapa2 pong, pandai la aku pujuk si hati, 'simpan je lah diam diam ya sayang'. akibatnya sekarang akulah perempuan paling tak romantis di dunia ini yang aku tau ramai dah sedia maklum. tiba2 lately ni mak macam suka pulak kalau aku ada siapa2 yang aku suka. suka tanya macam2 bout lelaki. haih, buang tebiat ke hape mak ? aku pulak yang jadi tak keruan sebab asyik diterjah aneka andaian. pandai betul mak buat hipotesis awal ya, sedangkan aku sendiri taktau apa konklusinya. dan lagi ada pulak makhluk2 dalam rumah ni yang menokok tambah cerita. wah !

penerangan buat bonda : mak, saya tahu saya sudah menjengah umur lapanbelas. tapi jiwa bongsu saya masih menggila. jadi, sabar la ya kalau nak timang cucu pun. *hah apekah?*

fakta : walhal aku tau mak aku tak maksudkan pun setiap bait yang dibicarakan beliau. hoho

sekian rapurapik buat hari ini, toceh !


iloveyou L



oops salah salah


semalam sangat seronok. L sudah jadi hakmilik beta. malangnya bukan L death note tuh kan. semalam pertama kali drive kereta. baru terkedek kedek nak belajar. orang lain dah pegi drift kat bukit akina dah. maklum la skema sangat haku nih. bila orang suruh test test kat rumah taknak. bajet ikut peraturan sangat je. oh skema skema.

mujur sekali ya abang yang mengajar tu tak miang keladi. i allergic uu makhluk gatal2 ni. kalau tak, aku balik bagitau mak, 'tak reti drive pun tak kisah lah mak'. gila anak mak aku ni. patut la dulu ada cik tutttt jaja nama aku satu sekolah as 'anak mak'. oh kisah lama. dan mujur sekali aku tak tersipu sipu masa memandu. maklumlah, pemalu kan.

fakta: aku akui kata2 fie selama ni, drive sangat memenatkan. patutla dia asek merungut bila aku suruh hantar mana2. ampun bang!

Wednesday, February 9, 2011

contest pic hitam putih paling cool !


another contest yang tergendala. sekarang takde aktiviti. so, layannn~

aku pernah merengek dekat asma' sebab dia tak tag aku untuk contest ni. macam lah aku rajin sangat nak buat kan. dan kesedihan terubat bila yett pulak tag aku. haha sedih sangatkah? agak melampau di situ ya. so this is it!
my contest !

pertama - sila follow blog si gadis bermata coklat ini ya. DONE!

kedua - letak banner contest di sidebar dan link sekali ya. DONE!

ketiga - idea bila rm100 yang bakal dimenangi dalam tangan - saya nak makan makan dan makan lagi supaya bertambah kilogram lagi ! walhal lemak dah menguasai diri sekian lama. DONE!

keempat - tag lima kawan dan mangsanya ialah : wannurfazrini | wany | kuralogy | nadz | mayang
DONE!

kelima - due date 1 mac 2011

so inilah dia PIC HITAM PUTIH PALING COOL *kononnya*




lagi lagi lapar lapar lapar !


kebosanan merajai kalbu.
jadi harus berbuat apakah?
berbelog sudah,
bermuka buku sudah,
menghadap tv sudah jugak,
menghadap buku pun dah muak,
fon pun dah campak entah mana,
apa lagi boleh buat ya?
berapa belas kali ya masuk dapur harini?
mak mula geleng kepala dah tu,
alahai, anak dara siapa nih?
lagi lagi lapar lapar lapar!


contest si manis berbaju kurung


dulu main tag tag. sekarang main kontes kontes. aku macam biasa la, katak bawah tempurung. baru nak tau benda benda ni padahal orang lain dah jauh ke depan. dulu dok asrama, biasala. lagilagi alasan sama. pigidah~

so si katak bawah tempurung ni agak bosan di sini. ada pulak dua tiga kawan main tag kontes. so why not join for fun kan. pertama kali dalam hidup. teruja pulak~ terkinja kinja. tocheh ya mayang for inviting me :)


*
*
*
*
*
*
amboi. mungkin tak berapa nak manis. ni yang buat mak aku geleng kepala beranak darakan seorang gadis sunti lapanbelas tahun yang tak berapa nak manis tingkah lakunya. sabar ye mak, saya masih belajar menjadi termanis di matamu :)

si manis sekalian, anda aku tag ya,




Tuesday, February 8, 2011

v.i.l.l.a.g.e


apa aku buat empat hari di kampung?

# bernafas seperti biasa namun sedikit special sebab udara lebih bersih dan terjamin.
# mengganggu gugat tidur siang nenek aku dengan bebelan demi bebelan.
# membuli si kanak2 yang aku cintai.
# dibuli dan terus dibuli si pakcik yang kejam tidak terperi.
# melayan hati bonda yang sudah mula berbunga-bunga kerana heronya sudah kembali.
# menggodek novel 10 REASONS NOT TO FALL IN LOVE yg aku fikir boleh kasi motivasi agar aku tak bercinta namun hipotesis aku salah nampaknya sebab kisahnya sebaliknya. tapi aku tetap suka happy endingnya.
# sedaya upaya tangkap anak kambing tapi belum berjaya ~ akan cuba lagi next time
# patah hati sebab kucing siam pakcik aku asyik bawak balik awek baru.
# piknik tepi pantai sampai terselak selak kain batik haku~
# cuba kawal nafsu makan tapi mak asyik suruh makan 24/7 which is sangat susah untuk aku tolak.
# godek psp lagi dan lagi.
# tidur lena sekali sebab internet takde untuk kacaubilaukan masa tidur aku

fakta: fie pergi perak. mari la berdoa ramai ramai agar dia baikhati belikan aku ole ole :)

sekian, tocheh!


Thursday, February 3, 2011

surat cinta buat sibelog :(


cintaku, aku akan pergi.
tapi tidak lama,
aku pasti akan merinduimu cintaku.

cintaku, jangan menternak habuk di sini,
sambut para tamu baik baik ya,
sementara aku meronggeng di sana.

cintaku,
cintaku,
cintaku,
aku sayu meninggalkanmu~

fakta: akan balik kampung. yeeeeha rindu mek, rindu those nakal kids, rindu para kambing sekalian, rindu si pantai, rindu pokcik mokcik, rindulah semua


Wednesday, February 2, 2011

hello tag,

dah lama jugak tak main tag tag ni. maklum la sahabat yang suka tag aku dah bubarkan belog dia. wah sangat sedih~ cikgu bm ku sayang, maafkan saya, tatabahasa agak berterabur lately ni. apepun, trimas daun ketumbar buat farah yang sudi tag tag haku.

jadi inilah arahannya:"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

amboi, arahan bahasa omputeh. taknak kalah tu.

duapuluhlima tentang hamba:

satu: seorang manusia yang tinggal di planet bumi
dua: i am proud to be a MUSLIM
tiga: ada emak, bapak dan juga seorang abang
empat: saya pemakan berkaliber
lima: kuning adalah musuh tradisi
enam: i am a girl, bagi yang tidak tahu
tujuh: gerunkan si petir, kilat, halilintar dan yang sama waktu dengannya
lapan: akan kantoi kalau buat hal hal negatif jadi jarang buat
sembilan: susu bikin aku mual sekali
sepuluh: masa kecil bercita-cita nak jadi ustazah dan pramugari ~ bagaimana ya?
sebelas: saya sangat menggoda ~ awww ~
duabelas: menggilai kanak-kanak
tigabelas: belum berumahtangga, belum pernah jadi janda, belum pernah jadi bonda
empatbelas: takreti pakai heels jadi aku pilih sneakers
limabelas: hampir meninggal dalam kandungan mak sebab degil sangat taknak keluar
enambelas: sedang berpeluh peluh menanti result spm ~ doakan saya
tujuhbelas: akan muntah kalau terlalu beremosi
lapanbelas: maha payah dalam membuat keputusan
sembilanbelas: tak berapa nak romantik sangat
duapuluh: joget joget adalah hobi sihat yang saya miliki
duapuluhsatu: benci kuku panjang
duapuluhdua: kawan selalu tipu sebab aku mudah tertipu
duapuluhtiga: tak pernah minat langsung dengan si harry potter itu
duapuluhempat: saya sangat mencintai diri saya sendiri
duapuluhlima: saya makhluk yang pemalu ~ pemalu kan saya?

sekian, wabilahitaufik walhidayah,
jangan merempit,
jangan buat jenayah.

siapa baca, anda automatically ditag. tiada paksaan.


Tuesday, February 1, 2011

saya tanya saya jawab


anda siapa : aku ordinary human, bukan alien bukan homosapien

lokasi : kerak bumi yang indah sekali ~

apa khabar : alhamdulillah sihat sejahtera.

mood : sangat takpuas hati cuti raya cina sangat lama. dulu masa aku sekolah kerajaan kedekut nak bagi cuti, sangat tak aci.

perasaan : dah bercampur aduk macam pasembor~ amboi sedapnya.

hati : sedikit kosong. siapa nak isi? sila ngorat aku sekarang juga.

perut : alhamdulillah, setakat ni belum fail untuk memenuhi segala ruang yang ada.

wajah : masih lagi menggoda seperti biasa, *banggadiri*

cuaca : sejuk sekali sampai aku terfikir untuk tidak mandi lima hari~ bolehkah?

aktiviti : berbungkus di dalam selimut~yeah, akulah si tepung bungkus!

minda : aneka bendasing sedang berenang renang di dalamnya

akhir kata : selamat hari selasa, satu haribulan dua.