geng bas sekolah

Saturday, February 26, 2011

janji dicipta untuk dimungkiri (?)


janji janji janji. semua orang pun pandai berjanji. berapa ramai yang berani tepati? boleh bilang dengan jari. yang tak normalnya pasal aku ni, setiap bait yang orang katakan pada aku, aku kira itu janji. contohnya mak janji nak beli henpon baru habis spm. wah bukan main seronok beta. lalu tiba tiba mak kata nantilah dulu, pentingkan hal hal yang terpenting. ok takpe boleh terima lagi pasal itu mak, takkan nak hentak hentak kaki merengek rengek kan. walhal aku bukan budak primary school yang tak erti susahnya carik duit en. tapi tibatiba laju aje mak keluar duit bagi pada si anak lelaki. wah, ini tidak adil ni.

dalam kes aku ni, banyak dah dalam list yang orang berjanji tapi belum tepati. sampai bila ya aku nak makan hati sorang diri? siapa peduli? bukannya hati permaisuri. setakat hati hingusan spm yang result pun tak keluar lagi. tacing wey, tacing. memang betul, melayu memang mudah lupa en. adakah semut dijadikan makanan ruji? wah hancur musnah jelapang padi lagu ni.

sedang aku berpeluh peluh cuba tepati janji, cinta hati beta semua pakat ramai ramai dok mungkir depa punya janji. sampai hati buat aku cenggini. hai, pasrah je lah.




4 comments:

azyansyahirah said...

Terpaksa do kunyah semut, beras nu ramai pulak yg suka sorok. Haa logik la kan semua pon lupa, even solat yg da berapa lama buat pon berapa ramai bole lupa, ni pulak janji yg baru dengar sekali, seminit, sesaat. Adess,
promise is not a big word anymore.

cik chopu said...

azyan: kira janji ni sama kes macam solat en. bukan depa lupa, saja buat buat lupa.

azyansyahirah said...

Haha mungkinnnnn,

KURARIMMBA said...

janji sampai mati