geng bas sekolah

Monday, January 31, 2011

my someone is no one,



aku perlukan seseorang untuk diajak bicara
untuk apa?
sedangkan bila disuruh bicara
aku kaku
aku malu
aku membatu
jadi bagaimana?

bagaimana hendak aku luah
segala yang terbuku
jauh di lubuk sanubari
yang aku rasai
yang aku alami
yang aku deritai
bagaimana lagi?

tidak salah aku kira
bertemu dengan buku
bertemu dengan si pena
ku lakar semua
ku karang semua
ku coret semua
semua yang aku rasa

biar nanti suatu hari
ada yang melihat
ada yang membaca
ada yang menyelami
rahsia terdalam yang aku miliki

lalu nanti ada yang datang
datang menghulurkan tangan
yang bakal kuraih
yang bakal kugapai
yang bakal kugenggam
seeratnya dalam genggaman

saat itu aku hanya mampu berterima kasih
kerana sudi menyelami rasa hati ini
lalu menenangkan sekeping hati ini
hati yang aku miliki.



bukan main lagi gelak ya,


aku jadi hairan tengok perempuan bertudung labuh di satu ipta ni. manis memang manis. ayu memang ayu. nampak sopan sangat sangat. dari jauh la. dalam hati aku, 'alahai, muslimah sejati ni'. tup tup bila lalu depan aku, gelak bagai nak gila ha, berirama betul dia punya gelak. aku pulak jadi malu tengok diorang gelak. bukan main lagi seronoknya. kalau hati aku boleh geleng geleng, bukan kepala aku je yang menggeleng. aduhai aduhai. dan aku ingat satu group tu je yang otai sikit gelak sampai pecah gegendang telinga aku. tup tup barang 60 saat lepas tu, datang lagi satu geng punya gelak yang sama. apa diorang ni ada kelab gelak sedunia ke ?

kalau yang aku jumpa tu tak pakai ala ala muslimah sejati, tak de la aku heran pun ko nak gelak sampai high pitch sekalipun. aku pedulik hape. sebab rasanya pakaian kita mencerminkan siapa diri kita. malu la malu. lagipun sayang la kak, gelak besar sangat, ilmu habis keluar, rugi rugi.

faktaharini: misi 2011 untuk tidak subuh gajah lagi berjalan lancar setakat ni. alhamdulillah :)




Sunday, January 30, 2011

shy,


I had too many chances that I blew just because I was too damn SHY,

how can I handle it?

will you help me?


Saturday, January 29, 2011

oh ruanganku!



myspace. tadi lepak situ kejap. rasa nak delete. tapi belum sampai hati. banyak kenangan. banyak sangat yang manis. tapi situ dah kosong sekarang. berhabuk habuk. dah banyak bendasing oh kat situ. amboi, habis madu sepah dibuang. kejam betul.

rindu masa kemaruk myspace dulu. dengan nak pmr nya, dengan nak layan myspace nya. kalau la mak aku tau. haha. memori belambak gila kat situ. haaaa sayangnya. nanti la delete. bila dah rasa nak buang semua memori tu. sekarang sayang lagii.

sorrryyyy, kau memang pernah membahagiakan aku oh RUANGANKU!



Wednesday, January 26, 2011

i believe i can fly :)


kau tak perlu lari lagi sahabat,
aku takkan lagi mengejar,
terima kasih buat aku gembira,
sudah cukup aku kira,
melayanglah kau,
sementara aku cuba untuk terbang.

fakta: bertambah kilogram lagi, macam mana nak terbang ni ?

Tuesday, January 25, 2011

ilmu memantapkan iman :)



saya belajar ini harini:

saya sgt perlukan education. no, semua perempuan sgt perlukan education! otak bagus, kerja bagus, gaji bagus, semuanya akan bagus. insyaAllah. dunia skrg bukan lagi mcm dahulu kala. it's all about moneyyy. jgn nak tipulah kalau kau geleng geleng bila aku cakap macam ni.

bila ada education, at least boleh pilih kerja yg tak buat aku jadi puan busy 24hour nanti. yang buat patah pinggang kerjakeras. yang buat 24jam tak dok rumah. lalu keluarga terabai, anak terabai, dan paling perit, suami terabai, lalu aku yg akan di-byebye. oh, itu adalah sgt perit [tandaseru]

pengalaman ramai org buat aku berfikir, susahnya cari duit. susahnya hidup berkeluarga. oh, aku kena hadapi jugak kelak! mungkin orang akan kata, tak payah nak gelabah sgt la kan, bukan kau nak kawen esok lusa pun. weyyy, nasib aku bukan di tangan kau pun. kita merancang, yg menentukan bukan kita ya, remember!

dan aku rasa, zaman ni bukan lagi zaman di mana semua isteri adalah wajib untuk tak bekerja melainkan duduk rumah jadi penunggu yang setia. dah la sekarang zaman cerai berai. semua wanita perlu bersedia ya. andai laki tinggal, takkan nak sehelai sepinggang kot kan. [tapi kalau laki aku request tak bagi keje nanti, taktau la pulak kan, takkan nak derhaka kott. takut saya cium api neraka]

jadi perempuan perempuan di luar sana, ini bukannya masa kita nak berasmaradana ya. carik education lah. jangan harini cinta bagai nak mati, esok lusa cinta dah basi, kau kena tolak tepi, laki cari another bini. tapi jangan kemaruk belaja sampai lupa kawen ya :) *amaran utk diri sendiri nih*

honestly, ni semua garagara byk sgt selongkar cerpen lah ni. habis otak aku dicemari isu rumahtangga. bagus jugak, matanglah sikit aku jadinya. takdelah 24/7 asyik pikir 'takpe,ultraman bisa menyelamatkan saya!' *huh! apekah?*

ehem, tajuk adalah sangat lari drpd isi entri ya.





Monday, January 24, 2011

entri ini berbau ya,


perhatian: entri ni mungkin agak berbau ya, sila tutup hidung. untuk faktor keselamatan, boleh la pakai mask ke ape ke, asal hidung kau selamat ya :)

jadi beginilah ceritanya,

si adik: [leka berbelog]
si abang: [tibatiba menjelma dalam kamar si adik]
si adik: nak ape ?
si abang: [sengih sengih]
si adik: apa ? ganggu betul la. nak apa ? [tak pandang langsung si abang]
si abang: [masih sengih]
si adik: [memandang si abang kerana semakin terganggu]
si abang: proooooot prooooooooot prooooooooot [gelak gelak dan berlalu pergi]
si adik: abang !!!!!!!! [mula jadi hulk]
si abang: [masih gelak gelak dalam biliknya]
si adik: [hanya mampu mengeluh]

begitulah membaranya hati aku mengenangkan abang aku yang, entah taktahu nak tafsirkan dia tu macam mana. makhluk asing mana tah. adoii. 8belas tahun jadi adik dia, makin pelik pulak perangai dia. umur dah nak 2puluh, perangai macam 2belas.

fakta: dua beradik je memang takbest tapi, TWO IS BETTER THAN ONE kan?



Saturday, January 22, 2011

mood - happy :)


encik yg bertugas di tempat test computer tadi bikin aku malu saje.
announce nama aku kuat2 bagi satu bilik dengar,
lepas tu tanya aku lagi, 'mas idayu ya ? bukan yg penyanyi tu ke ?'
bang, lempang maukah ?
rupa dalam ic tu, ada rupa penyanyi kah ?
tu monolog dalam hati je rakan2
depan abang tu, tersipu sipu lah aku kan.
tanya aku lagi, 'nyanyi boleh ?'
konfiden je aku geleng lajulaju,
dalam hati, 'apehal pulak takboleh kan, suara terbaik dari bendang!'
ok, memang aku kuat banggadiri lately ni.

dan sekali lagi panggil nama aku,
nak ambik result ni,
satu lagi drama nak kena tempuh ni,
'kalau nak ambik ni, kena nyanyi dulu'
sengih je la aku kan,
gila malu malu malu,
orang belakang pandang je,
haih, susah betul bila gojes sgtt ni. *melampau bukan?*

fakta: aku sudah lulus ! meloncat boleh ?



Friday, January 21, 2011

aku juga tak sempurna,


ini bukan pertama kali
aku merasa seperti ini
rasa jelik melihat mereka
berkepitlah ke sana ke mari

mata ku direnung pun
aku dah rasa nak lari
tersentuh kulit pun
aku dah gigil satu body
nak bercakap pun
mata aku lari lari
jadi bagaimana mereka ya ?
berkepitlah ke sana ke mari

aku yang anehkah ?
atau mereka yang anehkah ?

lelaki oh lelaki
seringkali aku diserang kamu
katanya aku sombong
wah, salahkah aku bersikap malu ?
melampaukah malu aku ?
bukannya aku tersipu sipu pun
aku cuma belum berani
manatap matanya yang bernama lelaki

salahkah aku menjaga maruahku ?
salahkah aku melarikan pandanganku ?
atau kau mahu bagaimana ?
mahu aku serbu kamu
lalu kelek tanganmu
lalu jalan sama kamu
tawa sama kamu
dan tambah dosa aku ?

mungkin orang nampak aku gila
bersama hawa memang aku gila
sebab aku tak malu menggila bersama mereka
walhal tiada magnet pun pada mereka
tapi aku belum reti hai lelaki
bagaimana ya bergaul denganmu ?
sedang lidah aku selalu kelu

bersyukur aku pada-Mu
kekasihku yang satu
masih Kau pelihara diriku
dari dunia yang pelik itu
sungguh aku tak tahu
apa rencana-Mu untukku
aku berserah pada-Mu
kerana sungguh, aku cinta padaMu



Wednesday, January 19, 2011

aku mampu tanpa tanganmu, mampukah ?



friendship Pictures, Images and Photos


saat aku merangkak dahulu,
kau hadir bersama senyumanmu,
bersama manisnya bicaramu,
ingin berlari bersamaku,

kini saat aku bisa berlari,
kau nampaknya semakin pantas berlari,
jauh sekali ke hadapan,
semakin jauh meninggalkanku,

bukan setakat itu,
larianmu kini berteman dia,
yang berlari sama laju denganmu,
cukup sempurna di sisimu,

aku merenung masa yang lalu,
lalu aku tersenyum sendiri,
mujur tidak kuhulur tanganku,
saat kau mengajakku berlari dulu,

biarlah aku belajar sendiri,
merangkak, lalu berjalan, lalu berlari,
tanpa kau di sisi,
aku yakin aku mampu berlari,
lebih pantas darimu,
lebih pantas darinya,
kerana dulu pun aku mampu.


Tuesday, January 18, 2011

Monday, January 17, 2011

ini baru aku,



minggu emo sudah berlalu. aku bukanlah jenis yg suka nk menonggeng menangis spanjang masa. menangis dua tiga belas minit sudah, lepas tu sila offer aku makan, dan aku akan sambut dgn hati rela. kalau offer tgk cerita kartun juga aku terima. dan gelak2 yg terlahir mmg bukan tipu punya. konklusinya, aku bukan manusia yg reti serius sgtt pun. maaf kawan2 yg risau. duyun2 mesej korang hantar kann, siyes terharu *pipimerah* i love you all, muah muah muah. [haha marah future husband aku kalau gini]

jadi nasihat ambo, bila ditimpa mslah, carilah kekasih kita yg satu, dan mengadu pada-Nya ya. itu yg terbaik rather than nak bunuh diri or minum arak or masuk kelab dan yg seangkatan tentera dengannya. fahami konsep ini ya tuan puan encik cik semua. setiap yg berlaku ada
hikmahnya. Dia memberi kita dugaan supaya kita lebih dekat dengan-Nya. sekian ustazah mas idayu punya ceramah ya.

dan mood paling latest ialah: SAYA SANGAT SEDIH MOCHACHEE DAH PERGI SEKOLAH KAT JOHOR TINGGALKAN SAYA TANPA CAKAP GUDBYE KAT SAYA PUN :(

apepun, mari kita sama2 doakan my dearest mochachee supaya berjaya SPM taundepan. nanti aku lawat kau ya, maklum la xpernah jejak johor kaki den ni. hehe

take care ya budak, jgn falling love dgn org johor pulakk, sini ada khaii. haha


Saturday, January 15, 2011

coretan buatmu bonda


mak, maafkanlah anakmu ini.
tangisku tak mungkin terhenti,
andai airmata mu deras menuruni pipi,
anakmu telah cuba,
namun tak terdaya,
membawa pulang hero kita.
mungkin dia perlukan masa,
bagi kita mungkin terlalu lama,
tapi jika itu bisa mengubahnya,
apa salahnya menunggu lama.

mak, maafkanlah anakmu ini.
bukan degil tak mau menurut kata,
namun lidahku kelu tiada bicara,
entah apa mahu kukatakan pada hero kita,
aku sangat tak petah berbicara,
jadi tak mampu menyusun kata,
demi mengajaknya pulang semula.

mak, maafkanlah anakmu ini.
andai tangisku hari demi hari,
membisik sedih di hatimu,
bukan itu niatku, sungguh,
seringkali aku berdoa,
sehingga terlupa mendoakan diriku sendiri,
Dia pasti menolong kita mak, pasti.

mak, maafkanlah anakmu ini.
sesungguhnya heromu akan pulang,
manakan tidak mak,
heroinnya bukan ada galang ganti,
bukan mudah ditemui,
tidak pernah membentak,
tidak pernah menolak,
malah sering heromu dimanjai,
ditaburi kasih sejati,
biarlah dahulu dia bersendiri,
satu hari nanti,
dia pasti kembali.



Friday, January 14, 2011

selamat pagi


pagi ini dimulakan dengan, 'ALA,MALASNYA NAK MANDI!'

oh,sebelum terlupa
SELAMAT HARI TUA SYIQINO MONTERO!
haha,dia adalah sgt gemar nagging bagai mak nenek.
sori makcik suka bikin kau sakit hati.
come come, let me give u a biiiggggg hug!


dia yg gurly gurly tu

Thursday, January 13, 2011

i'm lovin' it!

mcd Pictures, Images and Photos

saya: mak,orang rasa nak demamla.
emak saya: kena hujan tadi la tu. balik makan panadol.
saya: [membatukan diri padahal dalam hati protes takmo makan panadol]
abang saya: ala mak, adik tu lepas telan bigmac kejap lagi ok la tu.
saya: kurang ajar!
emak saya: [tergelak sahaja, entah apa dalam hatinya]

ok bang, itu adalah sangat kurang ajar. cilakak betull. adik kau ni kuat makan sgtkah? aku lepuk lepuk kang baru ko tau langit tu tinggi ke rendah.

faktaharini: baru aku tahu secawan mcflurry belum cukup utk buat aku berhenti menangis. dua cukup kott. hehe.


Wednesday, January 12, 2011

alahai alahai,

agak menggedik jiwa aku belakangan ni.
mungkin gara2 simptom lapanbelas yg semakin terasa.
apekah ini tandanya aku perlu berjaga2?
manalah tahu kot tersangkut dengan bangla ke.
alahai alahai,

tiba tiba terkenang satu dua tiga peristiwa,
kisah pak arab yg gatal bagai nak gila,
sumpah! memang meremang bulu roma,
yang mengekori,
yang melambai menyengih walhal tengah pegang bini,
yang offer phone number lagila rasa nak lempang bia patah gigi.
agak2 kalau aku pergi arab,
berapa ramai ya aku berlaki? *alamak*

faktaharini: aku semakin menggilai lelaki berambut kerinting. alahai. kalau agak2 rambut kau kerinting, jangan menjelma depan aku boleh? tergugat iman woo. selisih jalan muka memang buat taktau, dalam hati alahai alahai,,

faktalagi: ashley banjo sedang merajai hati

another fakta: abang aku takpuashati kenapa pak arab suka menyergah aku yg xberapa nak HOT ni. kuang asam punya abang. dia taktau adik dia ni angelina jolie mesia. haha *dan satu lagi sesi banggadiri*

faktafakta dan fakta: maaf aku tamak sikit harini.



Tuesday, January 11, 2011

nama saya dinding

hard head Pictures, Images and Photos

mereka mendefinisikan aku sebagai;

seorang yang keras kepalanya,
andai kau hempas batu papan konkrit pun,
kepalanya tetap maintain macam sediakala,
andai kau simbah asid sebaldi pun,
sekecik lubang jarum pun confirm tak tembusnya.

aku mendefinisikan diri aku sendiri sebagai;

seorang makhluk yang sangat mudah percaya,
jadi dilarang sama sekali menipu aku,
seorang yang menuntut katakata janji,
jadi dilarang berjanji kalau takberani tepati,
seorang gadis yang sangat pemalu, *tersipusipu*
jadi dilarang mengata aku ni sombong segala,
seorang manusia yang kurang matangnya,
jadi dilarang melarang aku mengkartunkan diri, *ahaha*
seorang yang entah aku sendiri pun tak reti mendefinisikannya,
jadi dilarang tanya jika aku sudah bersedia berumahtangga ya. *apetuh?*

PERHATIAN: ayat terakhir sekali adalah sangat sangat ERROR dan tiada kena mengena dengan yg masih hidup ataupun yg telah meninggal dunia.


mari tepuk ramai2,,

aku sangat TERUJA! highlight di situ ok,
lepas berbulan bulan sangatlah kelam tengok belog ni,
baru rasa bersinar2 sikitt mata haku ni ha.
dan sesi bangga diri pun bermula!

tahniah mas kerana berjaya upgrade belog kau,,
sila puji diri sendiri berbakul bakul ya,
takde siapa nak bagi trofi kat kau punn.

umur dah menjengah 8belas, tiba2 ada hati guna template ala kanak2 berina. memang haku ni tak sedar diri betull, [sila abaikan makhluk asing ini seketika]





Wednesday, January 5, 2011

kaca yang bermutu atau permata yang palsu?

hari ini aku tahu,
hanya dengan sebaris ayat,
cinta boleh berputik,
cinta boleh pudar.

hari ini aku tahu,
hanya dengan sebaris ayat,
kita boleh berdamai,
kita boleh berperang.

hari ini aku tahu,
hanya dengan sebaris ayat,
manusia boleh jadi kaya,
manusia boleh jatuh miskin.

hari ini aku tahu,
hanya dengan sebaris ayat,
senyum boleh terukir,
tangis boleh tertitik.

hari ini aku tahu,
hanya dengan sebaris ayat,
yang manis bisa terasa,
yang pahit bisa diraih.

hari ini aku tahu,
hanya dengan sebaris ayat,
pasangan boleh bernikah,
pasangan boleh bercerai.

hari ini aku tahu,
hanya dengan sebaris ayat,
kita mampu menyembuhkan,
mampu juga melukakan.

hari ini aku tahu,
hanya dengan sebaris ayat,
yang batu bisa menjadi kapas,
yang kapas bisa menjadi batu.

hanya dengan sebaris ayat,
hari ini aku tahu.

Sunday, January 2, 2011

it's a bohsan sunday, ini hasilnya

ok, tag datang lagi. lama tak main tag tag ni. rindu pulakk, thanks cik wany :)
so here's the Q&A

1. Adakah anda rasa anda HOT?
-eheh, belum capai tahap boiling point lagi. suam suam kuku je lah

2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang?


3. Cerita pasal gambar ini?
- skrg semua gila kamera kan,, so mungkin girl ni pun terjebak sama kott. [guna wallpaper ni dengan hrpan mak aku terbukak hati belikan kamera baru, eheh]

4. Kali terakhir makan piza?
- 8 disember 2010. harijadi icap ouh, bingit pizzahut dengan suara sumbang ktorang

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
- i remember by mocca. tiba2 bru sedar lagu tu sangat bingit dan mnyesakkan belog aku ja

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
- cuba pow icecream dari pie, malangnya aku yang dipow

7. Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa?
- ayu [dilarang keras bagi bukan family]
- mas [call me this la]
- chopu [pronounce 'kopu' bukan 'copu' PERHATIAN YA!]
- adik [mak bapak panggil]
-mek yu [bila balik kampung la,,]
-mok yu [si kecik kakibuli di klate call me this]
last but not least, GONDOL! ini semua gara2 fb,,ah pigidah! haha

8. Tag lagi 5 orang
- nazz
- alia
- bolis
- mochachee
- wany jugakk, haha

9. Siapa orang no 1 dengan anda?
- kawan, kekasih, bini, busu, along, manis hatiku :))

10. Katakan sesuatu kepada no 5
-trimas daun ketumbar kerana tagg aku, eheh

11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
- family tikussss! haha. ampun bolis aka boncitt

12. Bagaimana pula dengan no 2?
- britney spears mesya! hehe kiddin'. dia pun manis hatiku jugakk. she's so in love skang with her identical twin,, kan? hehe

13. Kata-kata cinta kepada no 4
- i love your boxer! haha [aku memang fail subjek cinta ni]

14. Berikan 4 fakta tentang orang yang kamu tag

NAZZ
-suka gedik gedik sama beta
-maha payah dalam hal menghabiskan makanan
-in relationship with her affa
-mengaku busu padahal along,,

ALIA
-ex mrsm balik pulau
-underweight [makan byk sikitt woi]
-in relationship with her syahmeejan
-very talkative ibarat mak nenek kott, haha

BOLIS
-pakar LK
-ayt yg biasa digunakan 'ha padam balik, buat semula!'
-tweety si kepala besar! hehe
-suka makan bateri masa zaman hingusan dulu

MOCHACHEE
-so in love with bara bara people [aka bangla]
-gonna be 16 but lagi matang dari aku
-kawan dari zaman hingusan lagi
-hobinya menipu aku yg mudah tertipu ni

WANY
-beliau yg gatal2 tangan tag aku
-kaki belog jugakk nih,, lagi efisien dari aku lah
-ex smksk [kita dh hbis sekolah kann :)]
-gigi besi! hehe [i'm lovin' it]

sekian rapurapik,

Saturday, January 1, 2011

hey twenty eleven

masa berlari laju. pejam celik pejam celik, dah 2011. macam baru semalam aku pura2 cuak nak spm. macam baru semalam aku memberontak tak seronok duduk asrama. macam baru semalam terngiang orang cakap aku dah tujuhbelas. tiba2 2011 dah datang. apepun, mesti mulakan dengan senyuman. tak terdaya nak melonjak riang dengan fakta umur dh nak menjangkau lapanbelas. kalau nenek aku ni, dah anak dua tiga dah.

mcm pelik tak prepare barang nak masuk sekolah. kalau dulu, time ni la nk ambik chance hangout. konon2 je nk beli brg sekolah. padahal merendek je lelebih. ampun mak,, oh selamat tinggal baju putih kain biru. takdelah best sangat rupanya dh habis sekolah sperti yg dgembar gemburkan. hampagas betul.

azam 2011,,
semoga lebih cemerlang mas!