geng bas sekolah

Thursday, September 24, 2009

i'm afraid of that cute boy,

dah lama aku tak membebel. bukan aku taknak. bebel bebel aku semua dah aku curahkan pada si budak kecik tu. lupa nak kenalkan. dia sepupu aku. dari ramadhan haritu dia stay rumah aku. maybe sampai raya keberapa belas tah. dia memang comel. comel tak bermakna tak ganas. jangan kau pandai pandai tafsir sikap dari wajah nan comel. kalau buku takpe. kulit hodoh, aku pun taknak beli. mukadepan dah tak berseni, dalam apetah lagi.

berbalik pada si budak kecik tu. rutin dia setiap hari ialah kejut aku bangun tido. jangan kau terkejut. aku dah berubah. kalau dulu asik harap mak aku kejut je. sekarang, mak aku tak sempat geliat,aku awal awal pergi kejut mak aku. gila ganas weyh gaya budak kecik tu kejut aku. mula mula dia main main muka. tak bangun dia mula panjat panjat. tak bangun lagi dia cubit cubit. tak bangun jugak dia peluk peluk. tak bangun lagi dia pukul pukul. bila amarah dia dah sampai, lalu dengan bangganya aku digigit gigit. aduh, geram sangat ke dia dengan aku?

sukacita dimaklumkan, segala usaha yang dia lakukan agar aku bangun semata mata untuk ajak aku tengok katun. ya, dan selepas habisnya katun, aku digesa agar memasang dvd masked rider dan atromen pula.

dia obses lengan. aku kurang fasih mengapa. jadi, aku jarang berseksi di hadapannya kerana aku takut diterkam lagi. abang aku pun takut nak berseksi depan dia. pendek kata, mak bapak dia je yang dah biasa.


nasib baik kau ringan budak,
si budak pembuli,

Saturday, September 19, 2009

oh syawal mari ke mari


beraya di kl tak seronok. tak macam raya di kelantan. namun apekan daya. ku pasrah katamu wahai bapak. di mana pun takpe asalkan ada mak, bapak, pie. wahai rakyat jelata, SELAMAT HARI RAYA!

tahun ni aku nak makan banyak banyak. aim utama rumah pak imam. agak agak beliau kasi duit raya berapa riban ye?