berbalik pada si budak kecik tu. rutin dia setiap hari ialah kejut aku bangun tido. jangan kau terkejut. aku dah berubah. kalau dulu asik harap mak aku kejut je. sekarang, mak aku tak sempat geliat,aku awal awal pergi kejut mak aku. gila ganas weyh gaya budak kecik tu kejut aku. mula mula dia main main muka. tak bangun dia mula panjat panjat. tak bangun lagi dia cubit cubit. tak bangun jugak dia peluk peluk. tak bangun lagi dia pukul pukul. bila amarah dia dah sampai, lalu dengan bangganya aku digigit gigit. aduh, geram sangat ke dia dengan aku?
sukacita dimaklumkan, segala usaha yang dia lakukan agar aku bangun semata mata untuk ajak aku tengok katun. ya, dan selepas habisnya katun, aku digesa agar memasang dvd masked rider dan atromen pula.
dia obses lengan. aku kurang fasih mengapa. jadi, aku jarang berseksi di hadapannya kerana aku takut diterkam lagi. abang aku pun takut nak berseksi depan dia. pendek kata, mak bapak dia je yang dah biasa.
nasib baik kau ringan budak,
1 comment:
mmg cute..x sangka lak ganas..
Post a Comment