geng bas sekolah

Sunday, November 30, 2008

igauan selepas subuh

mak aku pesan lepas subuh jangan tido. degilnya aku si anak tak mendengar kata mak. padan muka aku dapat nightmare yang mengejek diri aku sendiri. dan paling tak buleh bla mak aku nampak adegan tangis menangis aku dalam mimpi. aduh, malunya! teresak esak bagai anak kecil kehilangan bonda. dan aku masih bingung dikala mak aku tanya kenapa aku menangis sebegitu rupa. mak aku hanya mampu gelak bila aku mengatakan itu hanya mimpi. inilah akibatnya apabila ingkar kata mak. sungguh memalukan! kalau la ada kamera tertutup dalam bilik aku...dah dah. cukup mas! tak payah bawak fikiran sampai kutub utara.

*p/s - watak utama dalam mimpi aku adalah abang aku yang kuat membuli. nanti kau! aku bakar vespa kau! haha. minyak petrol dah murah. mancis 20 sen je. hahaha :D



aku benci nightmare

Saturday, November 29, 2008

bila aku buleh kawen ha?

eh.hari hari ade je orang kawen. dengki la pulak aku tengok. aku bila lagi mau kawen? mau tanya bapak aku la bila dia mau kawenkan aku. haha. gila ke ape. kang bapak aku kawenkan betol betol baru la aku menangis tak berlagu. ish. tanak aku. pmr pun belom dapat result. ada hati nak kawen. bukannya zaman nenek aku dulu. 13 taun da kawen. wah. jelitanya nenek aku dulu dulu. haha. tapi tu kisah dulu. sekarang lain. menurut iklan akhbar tuh,

'zaman dah berubah dunia dah maju'

tapi kalau aku tanak kawen buleh tak? eh.aku nak jugak rasa ada anak. maklumla, children lover. mengarut je aku. btul ke ayat tu? bukan animal lover je ke. eh. lantakla. tapi aku ta buleh join persatuan gedik gedik malaysia yang menggedik dengan jejaka jejaka tuh. nampak dek bapak aku, naye. time tu jugak status anak dara aku bertuka jadi bini orang. pergh. pedih siot. korang tak tau betapa tegasnya bapak aku. dulu, makcik aku pun kene paksa kawen sebab diketahui gi dating memalam. tu yang aku taknak terjebak langsung hal kapel kapele nih.

haha. berterima kasih aku kepada bapak aku. di atas ketegasan beliau la aku jadi orang. tak lupa jugak kepada mak aku yang tercinta. bebelannya pun menjadikan aku seorang anak dara yang sedar diri. eh. luahan perasaan ke ni? haha. pape je la. berhenti aku berleter. sekian.


kucingku kawen lari


Tuesday, November 25, 2008

demi sehelai baju

oh baju, kau meragut hatiku! aku nak jugak baju tu! baju ape eh? entah! aku sendiri pun tatau. tapi yang pasti;
kerana sehelai baju aku dapat penat
kerana sehelai baju aku dapat lapar
kerana sehelai baju aku kerek rajin tolong mak aku
kerana sehelai baju ah, macam macam la
tabiat asal aku - lepas subuh je sambung mimpi sampai angka sembilan
tabiat baru aku - lepas subuh je aku ceraikan katil.haha

adakah ini satu anjakan paradigma macam yg cikgu selalu cakap masa perhimpunan yang maha bosan tu? atau adakah ini satu perubahan mendadak hanya berdasarkan sebab musabab yg tertentu? atau adakah ini satu petanda aku semakin rajin? atau adakah ini tandanya aku sudah mula berdikari?

bukan aku tak buleh bodek bapak aku setakat nak beli baju sehelai. tapi, aku nak jugak rasa beli benda hasil usaha aku kan. aku tak kisah la apa orang nak kata. kononnya aku ni bajet rajin demi kepentingan diri ke ape ke. lantak koranglah! yang pasti aku tau niat aku. haha.

*p/s - blog ni aku ketap ketip masa lapa menggila. skema si ayat. kelaparan mengubah akulah! haha


tak semudah ABC 123



Saturday, November 22, 2008

suka suka

sila tonton kalau kau busan. sila senyum lepas tonton. sekian.




forward by kamikaze

Friday, November 21, 2008

bebelan akal

sabtu. jam 3.30 pagi. aku termenung macam orang baru putus cinta. putus cintakah aku? oh, tak mungkin! cintan cintun thing never appear lah! tapi kenapa aku macam kucing hilang anak? serabut, kalut, gelisah, serba tak kenalah. oh mak, apa sudah jadi dengan anak daramu tengah tengah malam ni mak? aku agak ada virus jahat menyelinap masuk dalam otak aku dengan hasrat tak murni nak menakluk diri aku! eh, pergi lah kau jauh jauh! kau ingat kau plankton dalam katun spongebob ke? aduhai.

apa sudah jadi dengan aku? adakah aku menghidap penyakit pelik? terasa mencucuk cucuk je dekat hati aku ni. takkan aku menghidap penyakit yang buleh bawak mati kot? jangan! jangan! aku belum kawen lagi. aku masih ada impian. aku belum maju setapak pun daripada musuh sendat aku. ah, persetankan tu sume! aku takkan kalah dengan mudah! ya, aku yakin! eceh, poyo je aku.

apa la nak jadi dengan aku. kadang kadang macam orang tade perasaan. kadang kadang overperasan. kadang kadang terlebih berperasaan. hakikat kehidupan. terima je la :))

p/s - maaf tira. aku tipu kau. aku kata aku ok! hakikatnya aku sakit. dan sakit tu tak boleh ditampal dengan plaster 20 sen. tolong aku weyh.


peria + gula = lumrah hidup

Tuesday, November 18, 2008

ke kota london lagi

pusing pusing dalam bilik tatau mau buat apa. suda busan tahap gaban skodeng awek nih. yeah! aku nampak pen dan kertas. aku rembat la. entah aku punya ke sape tah. aku nak lakar muka kau, aku tak reti. aku nak lakar muka aku, kang dah takde rupa aku kang. senang citer aku bukan reti pun seni lukis melukis nih. makan tido aku pakar la. haha.

jadi aku pun menghunus pen dengan penuh maruah. mula menulis. entah apa yang aku tulis pun aku tatau. asalkan pen berlari laju, aku ikut je la. eh, penat la kejar kau! tangan aku ni laju je kalau dapat pen ngan kertas. kang tak pasal pasal biodata satu family aku tulis. bak kata abang aku kepada kawannya,"adik aku buku teks pun dia salin." adoii.tu dulu la. sekarang aku la si pemalas dalam umah ni. aduhai. aku tetap busan ni.

akhirnya aku ambil keputusan drastik! aku nak pegi kota london kejap. nak jumpa lover aku kat sanalah :) babai semua. flight dah ready dalam igauan tengah hari. mari ke london tanpa passport :) hebat kan aku!

*p/s - aku hanya copy paste apa yang aku merapu dalam buku. ampun nazz! habis buku kau aku conteng. aku ingatkan buku aku. kau tak marah kan kan kan? kita kan saling sayang menyayang. hoho.


-tamat segala busan-

kalau itu kalau ini

kalau siput kawen dengan ketam, apa kau rasa?
kalau aku nak kawen dengan bantal peluk, mak aku restu tak?
kalau bilik kau penuh kamera, kau mampu buat 'peace' ke?
kalau kau nampak aku, kau tegur tak?
kalau aku jumpa dia, aku pengsan tak?
kalau perempuan gay, apa kau fikir?
kalau kau jumpa seposen, kau loncat tak?
kalau aku rambut afro, mengguda kan?
kalau pepsi campur kopi, sedap ke?
kalau aku jadi mak, aku gorgeous tak?
kalau aku taip lagi kau marah tak?
kalau aku kata kau sedang buang masa kau sekeh kepala aku tak?

tahniah kerana berjaya membuang masa kau yang sangat berharga macam emas!
cuba lagi tahun depan :)

*p/s - inilah yg berlaku bila darjah kebosanan aku meningkat sedrastiknya!

tanpa kalau kapal terbang tak wujud

Monday, November 17, 2008

hero yang super


.0. Pictures, Images and Photos
korang ingat tak superhero zaman kanak-kanak korang? aku rasa aku ingat lagi kot sikitsikit. duludulu aku gila tengok cerita sailormoon. 'dengan kekuatan bulan akan menghukummu!' haha. best je ayat dia. then, aku banyak berjangkit ngan bro aku. dia tengok masked rider aku tengok masked rider. dia tengok ultraman, ultraman la aku tengok. lagi power rangers, robocorp, baja hitam(entah betul ke nama dia). kalau macam lelaki super ngan lelaki lelabah tu tak payah cakap la. memang ta penah miss. dulu nama orang jahat pun hafal. tapi skang bro aku je yg ingat. aku dah lama lupa. otak penuh karat. tak boleh nak buat ape la. hoho.

aku tanak jadi ultraman sebab dia besar sangat - abes musnah bangunan
aku tanak jadi sailormoon sebab dia overgedik dengan mamoru
aku tanak jadi spiderman sebab aku takut lelabah
aku tanak jadi superman sebab dia pakai baju adik dia - ketat gila
aku tanak jadi baja hitam sebab bila ending je mesti tempat tu meletup - pencemaran udara
aku tanak jadi power rangers sebab aku taktau nak jadi kaler apa.

pendek kata, kalau diberi peluang pun, aku tanak jadi superhero. biarlah aku jadi ordinary person saje.

*p/s - aku terlalu naif dulu sebab percaya cerita superhero. tapi sekarang aku dah matanglah! aku yakin aku mampu terbang! oops :)


akulah hero!


Sunday, November 16, 2008

siapa di sisi kau?

best friends Pictures, Images and Photos
daripada pandangan mentaliti aku, orangorang macam yg aku senaraikan di bawah adalah stupid tahap bebal!

-tak suka berkawan dengan sesape pun. pendek kata sombong!
-jenis kawan makan kawan. pendek kata tikam belakang!
-berkawan semata-mata sebab kepentingan peribadi.
-jadikan kawan balaci tahap hamba abdi.
-berkawan bila happy je. ko sakit ke, ko susah ke, ko sedih ke, dia peduli hape!
-selfish tahap tak laku!

itu je la rasanya yg terlintas dalam benak aku. tapi kalau ikut logik akal, takde kot manusia yg pakej semua perilaku tu. kalau ada, nauzubillah. tak payah la buat kawan. merana badan oi.

rasanya tak perlulah aku senaraikan perilaku baik seseorang kawan. sebab memang tak terkira banyaknya. lagipun bagi aku, kawan adalah the best thing yg muncul dalam hidup selain family aku sendiri. mohon jauhilah kawan kawan yg berperilaku stupid drpd aku. dan jauhilah aku drpd tergolong dalam kawan bersifat stupid. amin panjangpanjang.

*p/s-tajuk ni disarankan oleh cik alia.trimas yunk!

-no friend no school-

Saturday, November 15, 2008

bulan

moon Pictures, Images and Photos
mengikut apa yg tersirat dalam benak aku ni, bulan tu begitu indah. ni bukanla pandangan dari remaja yg sedang hangat bercinta dan melihat semuanya indah. tapi hanyalah reaksi kosong aku si gadis yg tak penah ada kena mengena dengan cinta. hmm, indah sangat la kau rupanya. sampai aku terguda. hoho.

darjah keterujaan aku meningkat bila dengar lagu yg ada memasukkan bulan dalam lirik dia. contohnya macam:-

'biarlah bulan bicara sendiri...'
'tapi sayang, hanyalah impian, bulan tak bisa tumbuh di taman'
'oh bulan tolonglah daku katakan padanya ku cinta dia'

aku ingat lagi hari aku nak amik pmr. aku keluar rumah nampak bulan. cantik je. sempat aku berceloteh sorangsorang dengan si bulan. tapi entah kenapa hari tu aku tersenyum je on the way ke sekolah. penangan sang bulan memang hebatla. indahnya dunia ciptaan YANG MAHA ESA. dengkinya aku dengan sheikh muzaffar. boleh datingdating dengan si bulan. haha.


-terang rembulan lebar senyuman-

bermula semula

aku mula menjengah blogblog yg dipost merekamereka yg kukira hebat berblogger. sepantas kilat aku delete semua blog aku yg terdahulu. terasa diriku ibarat hidup segan mati tak mahu dalam dunia blog. terlalu kecil blog aku berbanding mereka. tabik spring lah kat korg! trimas kepada mocha di atas nasihat beliau untuk aku buang blog aku tu! kewajarannya jelas terpancar. hoho.

blog ni aku jadikan yg pertama. trimas dan maaf kpd merekamereka yg sudi memberi luahan peribadi terhadap blog aku dulu. aku nak majulah! harap korg faham. hoho.


-trimas sejongkong emas-