geng bas sekolah

Thursday, February 25, 2016

Ada kat sini tak?

Assalamualaikum.

Oh hello blog, it's been awhile, kan?

Bertenang, gua hidup lagi. Blog ni je hidup segan mati tak mahu. Nak delete sayang, nak tunjuk dekat cucu kan, ni je harta nenek mampu beri. Nak update takde masa, busy cari ketenangan lepas balik hadap jammed ibu kota. Okay meh nak update pasal diri sendiri for those yang in case terbaca. Dah start baca jangan gedik gedik nak stop. Lemme feed you stalkers. Basically saya ni....eh saya pulak

  • Alhamdulillah dah selamat konvo October last year
  • Alhamdulillah employed pun since October last year
  • Alhamdulillah masih dalam dakapan mak sebab single kan, kalau tak single dalam dakapan mak dan suami la kan. Eh bergurau pulak dia.
  • Alhamdulillah masih boleh bersabar dengan manusia tukar lane tak bagi signal.
  • Alhamdulillah walaupun stress kerja, colleague semua mashaAllah baiknyaa
  • Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas walaupun sekarang hidup dekat mesya ni sesak nafas dengan aneka pancaroba yang menghimpit. 
  • Alhamdulillah diuji dengan bermacam ujian tapi Dia tetap sayang and tiupkan energy sampai sehina-hina gua sebagai hamba pun diberi peluang survive.
  • Alhamdulillah masih mas idayu, belum bertukar jadi cicakman lagi.
Ups and downs in life ni lah sebenarnya yang didik diri yang entah pape ni jadi manusia. Syukur selalu eh yu people :) 

Entah apa gua mengarut dol kali ni, macam tak biasa en.

Sekian toceh.

Wednesday, December 17, 2014

Langkawi Vacayy Uols - Percutian Bajet Part 2

Assalamualaikum.

Hai, nak sambung Langkawi Vacayy part 2 demi nak hilangkan stress dayah. Baca blog time stres seronok katanya.

Snorkeling @ Pulau Payar



Muka muka sebelum mabuk laut


Pagi pagi dah pergi jeti naik feri, muntah muntah mabuk laut. Sampai sampai pulau tu, dengar kejap brader tu bagi instructions (takdela denga sangat sebab sume tengah pening mabuk laut), ambik instrument sume,  laju laju lah terjun dalam laut. Tunggu apa bro, no time to waste. Datang nak terjun laut, bukan nak usha awek korea berbikini ye dak? Kih kih kih. Awek mesya alhamdulillah masa tu takde yang dijumpai dalam keadaan dhaif tak cukup kain. Awek takde, tapi ada la sorang brader ni buat perangai runway jual spenda. Astaghfirullahalazim. *Geleng kepala sejuta kali*



Aslah and clans GoPro


Introducing, Payar Island's next top model


Jambatan sudah roboh sudah roboh sudah roboh


Cubaan mengorat terumbu karang


Sopia ajerinaaaaaa


Jom skodeng abam runway


Abam instructor kata tak boleh bagi ikan makan, tapi macam tak biasa, mak larang pun kadang tak dengar kata (mintak ampun mak), inikan pulak abam instructor yang takde kaitan dalam hidup. Tahap kebulur ikan ikan dekat situ, memang boleh bawak bergaduh dengan abam instructor yang tak bagi weols bagi diorang makan. Kelibat anak jerung pun ade gak. Terasa terancam kejap. Sekali dia balik bagitau mak dia ada makanan dekat situ, mau keluar paper iols dikejar jerung.


Comel gila dol diorang ni


Balik penat masing-masing macam nak pengsan dah dalam bas. Sembang penat, kaki laju je terjun pool apartmen. Alang alang nak mandi, daripada berebut shower dekat atas, separuh terjun pool lah dulu. Thanks bos nad, ajar saya berenang. Jasamu dikenang. Ihiks.


Swimming class berlangsung dengan jayanya


Lepastu semua pengsan.

Shopping @ Haji Ismail Group


Kalau tak shopping, bukan perempuan lah namanya. Kalau tak shopping, bukan ke Langkawi lah cerita dia. Malam tu melantak kepci sedas, masing-masing kebulur macam apa. Lepas dah cukup energy, ibu ibu supir kami laju meluncur ke Haji Ismail Group. Nama arwah tok ayoh gua tuh. Tapi tak, shopping mall tu takde kena mengena dengan susur galur hidup gua. Berduyun-duyun manusia sorong troli penuh ceklat dalam tuh. Diorang ni punya shopping, macam nak bukak kedai ceklat dah. Murah weh, kalau yang jual kat KL tu, nak jeling pun rasa terancam, inikan nak beli.


Perempuan dan shopping berpisah tiada



Lepastu balik semua sambung pengsan lepas gelak gelak tengok hasil tangkapan GoPro bos nad.

To be continued.

Sekian toceh!



Saturday, October 4, 2014

Langkawi Vacayy Uols - Percutian Bajet Part 1

Assalamualaikum dan Salam Aidiladha !

Baru balik yutipi 2 minggu dah menempek balik muka ni dekat rumah. Bapak punya perli boleh tahan kari berapi jugak pedas dia. Habis takkan nak salam perantauan lagi macam taun lepas. Syahdu siot hari raya pegi main bowling pakai baju kurung. Bajet bajet obersi gitu.

K dah boleh stop throwback salam perantauan made in toronto tronoh. Ekceli nak throwback langkawi vacay buat perabih sisa sisa cuti intern before start sem haritu. Aweks techies ajak holiday, check elaun intern macam cun cun je baki kalau nak vacation. Since vacation memang termasuk dalam wishlist before jadi hakak final year, so kecik tapak tangan, tiket airasia laju laju gua suruh deyols booking-kan. Nak pergi obersi, tapi tengok poket gaya kupas bawang merah nak menangisnya. Tahap Langkawi tu pun dah parkinson dah cucuk duit kat atm. Ketar semacam. Haha.

Tips: Nampak tiket airasia cam murah tu, terus book tanpa was was sebab kalau pagi ni murah, boleh jadi malam tu dah mahal dah. Nice gameplay. Serius.

So kitorang pergi ni guna pakej NBR Lifestyle Enterprise tapi tiket flight asing. Basically murah kalau pergi in group. Sebab pergi dengan aweks techies yang sangat sangat bagus bab event management, vacation yang nampak macam main aci redah ni siap ada budget planning and estimation. Daebak daebak.

Basically pakej tu include accomodation (apartmen Sri Lagenda dekat2 dengan Kuah - 3 bilik fully furnished), dua ketul kenderaan untuk ke sana ke mari (Avanza & Myvi) dan Snorkeling @ Pulau Payar. Pakej tu ekceli maksimum untuk 10 orang dalam RM2200++ so sorang dalam RM220 tapi weols 12 orang, so kow tim je ngan akak tu. Serius nice gila service sebab senang nak nego.


(gambar apartment Sri Lagenda hasil tangkapan di Google)

So lepas semua dah cukup korum (sebab ada yang naik flight, ada yang naik feri) , first thing pagi esoknya tu, cari bekpes. Taktau la pulak exact location dia kan, tapi yang pasti dekat dekat dengan MRSM Langkawi tu ada satu kedai nasik dagang. Melantak nasik lemak barang sepinggan add on air limau suam. Serius mengancam.

Nasik lemak dia nasik minyak tapi guna sambal bilis. (Dayah sebagai model terlaris abad ini)

Serius sedap!

Then jemput kanak kanak riang dekat jeti, pung pang pung pang, petang tu cari lunch pulak. Well tujuan vacation selain nak rest kan minda yang celaru, haruslah mencari food sedap sedap kan. Pekena Laksa power dekat dekat dengan airport Langkawi. Sebelah kanan flight landing, sebelah kiri pantai. Mengasyikkan bukan. Dengan angin tak berbudi bahasa (flip tudung everywhere) hahaha. Tapi serius laksa dia memang thorbaekkkk! Char kue tiow pun mengancam. Gulp!

Tak sure kenapa ada gamba chef wan dekat situ, uhuk uhuk.

Wefie sebelum makan perkara biasa

Sebelum dilicinkan beberapa minit kemudian

Khusyuk menelan eh korang

Yang dalam mangkuk silver tu cendol pulut yummy. Chucky telan tanpa waswas.

Then lepas dah kenyeng kenyeng tu memecut pulak pergi Pantai Cenang usha parasailing. Harga asal RM120 sorang tapi hasil mulut manis berbisa aweks techies sekalian, dapat RM50 sorang. Weh kalau tak tawar, tak ke dah rugi RM70? Nak bercuti secara poket semput kena pandai sikit la mengayat. Jangan aci redah je terus bayar tanpa waswas okay. Kalau gegels boleh request naik dengan instructor perempuan. Unless korang sanggup nak naik dengan abam abam langkawi rapat rapat erat erat, tu hmmm sendiri mau ingat la. Paling best ada couple arab ni naik husband and wife sekali. Pakai purdah uols. Jubah flip flip atas awan tapi takpe, aurat masih terjaga. Pandai kawal bendalah tu takpelah. Kalau nak harap skill ke longkang aku nih, ada yang landing kat guabatu. Hahahaha k melampau.

Tak payah risau kalau satu kedai tu tak bagi murah sebab choices bersepah. Kitorang guna yang ni sebab yang ni je ada instructor perempuan.

Masa kat atas tu Subhanallah, taktau nak describe macam mana. Cantik sangat. Nyanyi I believe I can fly kuat kuat biar satu langkawi dengar.


Now mungkin korang tau kenapa taknak naik dengan instructor lelaki. Mampus kena piat dengan mak kalau naik jugak. Dilututnya gua dari belakang. Alahai.

Ke pantai cenang ke kite?

Then lepas dah penat penat ber-parasailing, jalan jalan Pantai Cenang pulok. Jalan jalan kejap hirup segala macam udara yang boleh hirup. Window shopping dulu, survey harga barang. Nak shopping awal awal takut bajet lari. Takut tersadai kat Langkawi kang tak balik rumah. Lepastu dinner kat kedai seafood area Pantai Cenang jugak. Makan secara kenduri, hehe, pilih seafood bebanyak lepastu makan ramai ramai. Dapat la dalam dua hidang ketam masak pedas, tiga hidang sotong celup tepung, siakap tiga rasa, siakap stim, tomyam campur, sayur kailan, air macam macam and etc etc etc, baru je 200++ untuk 12 kepala. Serius murahhhhhhh! Haha eksaited di situ. Untuk jimat, makanlah secara kenduri ye uols.

Tips: Nak vacation, stamina mesti kuat. 

Haha takde kaitan dol tips. Tapi serius ah, balik tu pengsan gua cakap lu. Esoknya nak snorkeling pulak. Kena save energy, recharge balik muscle muscle tak berapa nak sado nih. Haha later sambung day 2. Dah males and rasa cam entri ni dah panjang semacam.

Sekian toceh!