geng bas sekolah

Monday, April 30, 2012

hujung mei.

study week dah bermula !maka mari berjalan jalan ke ipoh menikmati suasana bandar yang menyesakkan dada. 

29.04.2012

penghujung april dihabiskan dengan menghabiskan wang dan masa berpeleseran di bandar ipoh. permulaan hari dengan assessment sport science yang membuat aku terbuntang seketika. jika anda tahu apa itu SEGAK, maka itulah assessment untuk co-q sem ini. sangat menakjubkan. aku kira SEGAK dah jauh ditinggalkan sejak jempol aku tinggalkan. haih.

dengan urat yang masih terkejut gara-gara tak stretching, terus meluru ke ktm batu gajah hantar roomate balik kampung. tukar baju terus di sana dan terus ke jusco ipoh. perut lapar. maka bantai nasik ayam sepinggan. tiket menonton The Avengers pukul 4.40 maka syeda ajak ke jom heboh. itulah first and last aku jejak jom heboh. lepas ni, takkan lagi. bernafas pun susah, air pun mahal, parking pun susah, dan paling extreme ramai sangat artis-wannabe. haih laju laju aku angkat kaki. apa pun tak beli. tapi yang tak tahan, kawan aku kata, 'tu tu kamal adli' dan aku boleh blur tahap apa sebab kamal adli pun aku tak kenal. haih dasar.

balik ke jusco ipoh, jumpa sir nordin. okay yang ni eksaited mengalahkan jumpa iqram dinzly. rupanya sir datang tengok the avengers jugak. try nak usha bini dia tapi tak jumpa pulak. laju pulak sir melarikan diri. ngeh ngeh. after all, cerita tu seronok dan aku dah jatuh cinta dengan ironman. ngeh ngeh.

habis movie terjah jusco pengkalan. lepas sebulan bukak, baru nak terjah. besar memang besar, dan more organized dari jusco ipoh. sebab parking jusco ipoh macam haramm je. ni much better. makan makan then balik. mira macam biasa, wajiblah shopping barang dapur dia tu. hihi.




seronok dan penat. lepas ni hadap buku. lagi seminggu final. sekian toceh ~

Saturday, April 28, 2012

habis sudah.


assalamualaikum ~

semalam: final class for foundation ! at last habis jugak. tapi tak officially habis lagi. final exam 7-9may. lepas tu baru habis. dan lepas tu degree.

siapa yang tak suka final class? masa ni lah lecturer nak share apa yang patut seperti soalan bocor, kata-kata motivasi, sesi maaf maafan, sesi nangis sana nangis sini (not my case), sesi insap seketika dan paling ditunggu-tunggu adalah sesi bergambar. sepanjang sem taknak pulak approach lecturer mintak gambar, time sesak2 ni la nak sibuk kacik sana kacik sini. penat lecturer aii jadi artis. ngeh ngeh.

antara yang best, shared by sir nordin:

  1. you must have good thoughts.
  2. instead of fikir diri malas, baik fikir 'ohh saya perlu bermula perlahan, supaya mudah catch up'
  3. instead of fikir 'buat apa belajar rajin2 result teruk jugak', baik fikir 'I feel honored and principled when I study hard no matter what the result is'
  4. bad: ulat dalam batu pun boleh hidup, good: aku bukan ulat
  5. bad: buat apa nak attend kelas, aku boleh belajar sendiri - good: you must appreciate majlis ilmu
dan banyak lagi. miss ainol pun share banyak benda. yang paling extreme bila maisarah tacing dengan ayat miss ainol sampai berlari dia ke toilet menangis. ngeh ngeh. comel lah maisarah. 

lepas ni masuk degree suasana mesti lain sikit. hihi. so berikut adalah gambar rakyat jelata ICT BIS yang mengada nak tacing konon lepas ni ICT berpisah dengan BIS padahal tak sama satu kelas je pun. ngeh ngeh. till we meet again dear friends :)


ICT + BIS = TECHIES :)


syeda | raf | mira | akuaku | maisarah
housemates, classmates, mealmates, jogmates, hangoutmates, bollymates :) hahahaha

sekian toceh !


Wednesday, April 25, 2012

ohh lecturer ~


assalamualaikum.

bangun pagi bukak fb.
tengok kot kot lecturer cancel kelas lagi.
nyata memang betul takde siapa nafi.
quiz pun postponed jumaat ni.

hai lecturer yang kami sayang.
kami punya schedule dah boleh buang.
mari schedule anda kami pegang.
senang nak rujuk waktu lapang.

cancel kelas sesuka suki.
replace kelas waktu kami tak free.
markah sikit salah kami sendiri.
sebab jadual lecturer kami tak curi.

cepatlah berlalu semester tiga.
aku nak balik kampung ~~