geng bas sekolah
Wednesday, August 31, 2011
i like u banyak banyak, boleh?
dia ni style gila kott. kretip habis. aku sukaaaaaa! siapa dah tengok, mari tengok lagi. belum tengok, sila la sila. ngeh2.
Tuesday, August 30, 2011
salam aidilfitri.
salam aidilfitri.
aidilfitri tahun ni, err mendukacitakan. masing2 takde mood nak beraya especially mak. gara2 kawan beliau yg ditimpa musibah, mak pun turut terpukul sebagai orang terdekat. yeah tabik mak. sahabat sejati. sahabat menangis, dia turut menangis. sedaya upaya mak tenteramkan sahabatnya. tabik mak sekali lagi. tabik bapak jugak. sokong mak dari belakang. tabik tabik.
berbalik kepada cerita raya, raya KL memang tak seseronok raya klate kan. takde kanak2 pengarang jantung aku sekalian, takde mek, takde kambing nak beraya sama. hmm, macam biasa terjah rumah tok sedara di semenyih. ternyata rumahnya jugak tak meriah macam tahun sebelum ni. tak ramai sedara bertandang. dan ternyata mereka pun sedang dirundung duka.
raya pertama takde foto raya. yang banyaknya gambar pose-gila-kamera aku aje lah. dah masing2 muka seposen dua, aku sorang muka tak sedar diri nak final exam. hmm, takpe raya kedua aku cuba tarik mereka semua bergambar gambaran. hehe.
harini saja aku dah makan 2 round ketupat di rumah, 2 round soto, 1 round rendang, 1 round mihun sup, beberapa round yong tau fu, pizza - pepperoni dan hawaiian chicken serta kuih muih. wahhh gila punya perut. bila renung2 balik, aku pun terkejut. tahun depan insaf taknak buat dah. ngeh2.
dah nampak masa depan kan kan kan? haha.
ni ha, yang paling kuat makan harini. sila larikan diri dari makhluk asing ni!
Monday, August 29, 2011
ampun beribu ribu ampun.
gara2 sibuknya mak, busynya-lah-sangat bapak, dan terlampau-busy-lah sangat abang aku, maka esok pagi baru rebus ketupat, baru bikin rendang. warghhhhh, pathetic gila. aku dah termimpi mimpikan si rendang, tapi itu yang belum ada. sabar sabar, sooner or later dia mai jugak dalam perut. sabar ya. sabar.
maka pada tahun ini, julung2 kalinya aku jadi tutor tak berbayar kepada fie yg kononnya dah hilang ingatan macam mana nak anyam ketupat. cehh, padahal pemalesssss. aku dengan kuasa diktator menyergah dia yang bersenang lenang dalam bilik bersama desktop barunya. ah, saja bikin hati aku letup letup. lepas diterjah beberapa kali, tau pun nak mengalah. hehe esok nak kena mintak maap banyak2 dengan dia ni, sukasuki ngumpat kat sini.
baiklah, sempena dengan raya yang dah selamat diumumkan tadi, saya [dengan penuh kesopanan dan kejituan] ingin mengucapkan selamat menyambut aidilfitri. maaf zahir dan batin. ampunnnnn andai kasar saya berbahasa. ngeh2. bak kata sahabat den, muka legend hati kiut. ngeh2.
nah! tatap gambar ketupat ni sepuasnya. siapa nak makan ketupat ayam ni, datang rumah aku. setakat ni aku reti bikin ketupat bawang dengan pasar je, yang ayam tu fail lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)