geng bas sekolah

Monday, January 31, 2011

my someone is no one,



aku perlukan seseorang untuk diajak bicara
untuk apa?
sedangkan bila disuruh bicara
aku kaku
aku malu
aku membatu
jadi bagaimana?

bagaimana hendak aku luah
segala yang terbuku
jauh di lubuk sanubari
yang aku rasai
yang aku alami
yang aku deritai
bagaimana lagi?

tidak salah aku kira
bertemu dengan buku
bertemu dengan si pena
ku lakar semua
ku karang semua
ku coret semua
semua yang aku rasa

biar nanti suatu hari
ada yang melihat
ada yang membaca
ada yang menyelami
rahsia terdalam yang aku miliki

lalu nanti ada yang datang
datang menghulurkan tangan
yang bakal kuraih
yang bakal kugapai
yang bakal kugenggam
seeratnya dalam genggaman

saat itu aku hanya mampu berterima kasih
kerana sudi menyelami rasa hati ini
lalu menenangkan sekeping hati ini
hati yang aku miliki.



bukan main lagi gelak ya,


aku jadi hairan tengok perempuan bertudung labuh di satu ipta ni. manis memang manis. ayu memang ayu. nampak sopan sangat sangat. dari jauh la. dalam hati aku, 'alahai, muslimah sejati ni'. tup tup bila lalu depan aku, gelak bagai nak gila ha, berirama betul dia punya gelak. aku pulak jadi malu tengok diorang gelak. bukan main lagi seronoknya. kalau hati aku boleh geleng geleng, bukan kepala aku je yang menggeleng. aduhai aduhai. dan aku ingat satu group tu je yang otai sikit gelak sampai pecah gegendang telinga aku. tup tup barang 60 saat lepas tu, datang lagi satu geng punya gelak yang sama. apa diorang ni ada kelab gelak sedunia ke ?

kalau yang aku jumpa tu tak pakai ala ala muslimah sejati, tak de la aku heran pun ko nak gelak sampai high pitch sekalipun. aku pedulik hape. sebab rasanya pakaian kita mencerminkan siapa diri kita. malu la malu. lagipun sayang la kak, gelak besar sangat, ilmu habis keluar, rugi rugi.

faktaharini: misi 2011 untuk tidak subuh gajah lagi berjalan lancar setakat ni. alhamdulillah :)




Sunday, January 30, 2011

shy,


I had too many chances that I blew just because I was too damn SHY,

how can I handle it?

will you help me?