geng bas sekolah

Saturday, January 31, 2009

akulah bibik.

macam bulan bulan lepas jugak,bulan ni mak aku balik kampung lagi.tiga hari ini bukanlah seronok bagi aku.menjadi penjaga rasmi dua jejaka itu lagi.terutamanya oh bapakku yang tak suka makan di luar.oh,abangku juga dua kali lima.suka arah itu dan ini.tadi aku sampai rumah.dia yang on da way pak munawe nak ke manapun aku taktau,sukahati suruh aku siram pokok sedangkan dia tahu banyak lagi kerja aku nak buat.dalam penat tu aku bercotcetpotpet dengan dia kejap.apekah yang dia buat sehari suntuk kat rumah agaknya? takkan menonton astro ceria sampai bejamjam? ataupun siaran tamil yang paling dia gemari tu? mungkin jugak hanyut di alam mimpi siang.sejak habis sekolah,perangai malas dia menjadi jadi.

ini saja hari ini.aku nak pergi masak.kejap lagi bapak aku balik mintak makan.adios.

Friday, January 30, 2009

awan muntah lebat

semalam hujan lebat.seronok gila mandi hujan lepas kawad.sekolah aku banjir lagi.itu perkara biasa kott.mujur aku tak bawak beg.satu badan dah basah.berdoa aku agar pakcik bas rapid menerima aku dengan hati terbuka.ternyata beliau baikhati.terimakasih pakcik.jasamu kukenang walaupun seringgit aku tetap melayang.

perut aku dah lama berkeroncong.akibat tak lunch tengahari tu.balik rumah terus makan.lepas makan mandi hujan bersambung.seronok kali kedua.terimakasih mak kerana memahami anak daramu yang berjiwa muda ni.ternyata aku memang belum matang.

hari ini tidak sekolah.banyak sebabnya.badan kurang sihat akibat mandi hujan melebihi had.kalau pergi pun,dapat penat.hanya kawad satu hari.belajar tidak.tiada motif untuk pergi menempah penat.langsung tak seronok.terimakasih lagi sekali mak kerana menghalang anak daramu pergi sekolah.tidur lagi bagus kan mak.

Wednesday, January 28, 2009

hilang seronok.

aku baru dapat berita henset nazz dicuri masa dia sibuk kawad.siot je.kurang ajar gila.kalau orang luar curi boleh terima lagi,masalahnya yang curi tu mungkin budak pbsm sendiri yang seangkatan dengan nazz.sebab hanya budak pbsm je yang duduk dalam bilik rawatan tu.kalau aku dapat la pencuri tu,aku cuah budu campur durian.itu kira berhati perut lagi.kalau bapak aku jadi bapak si pencuri tu,memang hangus dia kena ikat kat tiang elektrik.haisy,seram sejuk dulu aku dengar amaran bapak aku agar anak beliau tak panjang tangan.

diorang senang senang je ambik hak orang.dia ingat sekali mintak,terus kitorang dapat kot barang barang ni.macam aku,nak dapat sesuatu,banyak cabaran mendatang.beratus kali menitik airmata pun,mak aku bukan kisah.bila tergerak hati beliau,baru aku dapat.macam nazz,bukan senang dia nak dapat.lagilagi masa dia dapat tu bonda dia buat surprise.mesti kesan mendalam gila.geram gila aku kat si penyangak tu.mau aku sekeh sampai botak tujuh keturunan.

memang sakit hati dapat pengalaman barang dicuri.dulu pernah sekali.aku kumpul duit punya la seronok nak beli apetah kan.sekelip mata je hilang bila anak kawan mak aku datang.dia dah ambik duit aku,suruh pulak aku beli magazine guna duit tu.aku kenal la duit aku wahai kakak kurang manis.tapi sebab hati aku yang lembut ni,aku halalkan aje.anggap la dia sangat memerlukan.tapi lepas tu,aku gila berjaga jaga bila dia datang.takkan aku nak biarkan pisang berbuah dua tiga kali kan.pendek kata,jangan tidur dalam perut orang.binasa badan.lagi lagi perut orang yang berhati busuk.