geng bas sekolah

Wednesday, March 2, 2016

Penjajahan Bukit Tabur level Beginner Semput

Oh hello there manusia sejagat.

This time takde bebel dah, no worries. Nak share sikit je pengalaman aci redah hiking Bukit Tabur level beginner yang tak buat research, main serbu asal boleh hiking kita hiking. Last weekend colleague viatnamese gua ajak hiking, so sebagai Malaysian sejati, laju laju gua suggest pergi Tabur. Gila, padahal sendiri punya body tak pernah jejak Tabur. Celah mana kedudukan atas map pun tak tau. Padahal sekangkang kera je dengan rumah sendiri. Konfiden je. Ni semua pengaruh banyak sangat follow ig hispter. 

Okay, konfiden punya pasal, kira jadi la ni nak pergi hiking ni. Sesat jugak la nak sampai Tabur West tuh. Well memang guna waze, tapi kalau dah kepala batu guna waze, azab jugak la cerita dia. Waze kata kiri, gua pergi kanan. Maka gua yang Malaysian ni tiba lewat gara-gara sesat. Sorry gua dah malukan mesya di mata seorang viatnamese. Padahal kereta dia sempat break down pun dia boleh sampai dulu. Demmit.

So cerita dia gua pergi dengan dua gegadis. So kiranya 4 orang include gua and Tina kuch kuch hota hai, eh bukan, Tina tu kawan gua yang vietnamese tu la, lek ah gurau je weh. Dah sampai ni, nak naik belah mana? Misteri jugak tuh. Misteri tak misteri, memang kitorang pergi wrong way pun sampai la ada braders yang nak hiking jugak ni tegur. 

Braders: Dik, nak hiking ke? Sekolah mana ni? Mak korang tau ke datang sini? Eh bahaya la korang ni.

Ye, kau jangan ingat perempuan je suka buat tuduhan melulu, brader yang sado juga bisa wa cakap lu. Selamba je cakap kitorang budak sekolah. Siap serkap jarang kata datang tak bagitau mak pulak. Okay takpe, nasib baik gua cool. 

Gua: Haa kitorang festaim ni, taktau jalan gak. Kitorang folo korang je lah.

Memang, memang kena gelak. Tapi tak dapek la nak folo sangat weh, gila laju sepantas kelajuan cahaya braders tuh tau tau dah tak nampak kelibat. Mungkin taknak dilihat bergaul dengan so-called-budak-sekolah en en en. Okay nak dijadikan cerita, gua tak sempat bekpes sebab bangun 5.40 dah kelam kabut macam apa. Siap siap ambik wuduk, subuh pun dekat rumah kawan. Sampai checkpoint kedua, gua dan Tira (yang ni bukan Tina eh,yang ni Tira gadis mesya) dah pancit. Maka Tina naik dulu dengan adik Tira, dan berhuhuhuhu lah kami dua orang dekat checkpoint dua. Mula mula macam dah nak give up sebab dah puas hati dah nampak view subhanallah cantik sangat dah. Lagipun pancit en, syaiton mula la berbisik nak suruh malas. 

Tapi tah macam mana, lepas makan energy bar hasil rembatan dari Tina, tiba tiba ada energy. Lagipun kena perli dengan uncles, "Haiya, sampai sini sudah mau rehat ka?" Gila la kalau tak tercabar keremajaan kami. So slow slow start daki balik. At last berlaku lah jejak kasih dengan Tina and adik Tira yang sudi tunggu kitorang yang berkelajuan kura kura semput nih. Tina cakap, "The first part is always the hardest, I told you right?" Okay memang tak syak lagi kata kata Tina tu. Sebab lepas pada tu memang senang gila, tak letih sangat and smooth je. Sampailah kitorang tiba di the real rock climbing punya checkpoint. Masa ni gua cam, alamak dosa banyak lagi, tak mintak maaf dengan mak bapak abang cikgu kawan najib rosmah etc etc lagi. Gua ikut hati memang taknak continue dah. Dah puas hati gila tengok view. Tapi tak sanggup pulak nak tengok muka hampa Tina, rasa cam tercabar keMalaysia-an gua nih. Maka rock climbing without safety rope pun rock climbing without safety rope lah. Kira tawakal habis dah ni. But the thing is, dari jauh tengok memang macam serius doh, I'm not gonna make it tapi bila dah sampai turn nak climb tuh, takdelah susah mana. Tak try tak tau. 

Fuhhh nasib baik tak give up kat checkpoint dua hahahaha.

So naik makin naik makin naik tau tau dah sampai kat highest peak. Feeling dia cam pehhhh tak sangka doh mampu je rupanya. Propa je lebih. Lepas tu turun tuh sekejap je, tapi dah letih sangat so banyak gak la berenti minum ayaq. As beginner, kitorang naik pukul 7, sampai highest peak pukul 10. Nak cakap not bad macam riak pulak, kira memang bukan best time ah 3 jam kot. Orang pro 15 minit sampai. Eh yeke? Yang kelakar, dah sampai bawah, lagi dua inchi nak jejak jalan tar ni, boleh pulak gua tergelincir, bongok je kena gelak dengan viewers yang tah datang dari mana tah tetibe ramai orang plak kat situ. Ada pakcik ni siap cakap, " Ooh kat atas tak jatuh, dah sampai bawah nak jatuh pulak adik ni" Ye pakcik, kalau Allah kata kun faya kun, kat mana mana pun saya boleh jatuh pakcik. Mas memang pakar bab memalukan diri sendiri. Haih.

Okay lepas dah balik tu dah brag dekat opis kata kitorang dah pegi Tabur, barulah ada dengar cerita rupanya yang senang tu Tabur East. Tabur West ni siap ada orang mati. Gua macam what? Betul ke weh? Tah laa macam malas pulak nak buat research. Nasib baik dah selamat pergi selamat balik, kalau diorang bagitau before pergi, maybe end up hiking naik turun tangga batu caves je kot muahaha.

Okay pada yang nak try, jangan lupa buat research do and don'ts, and apa yang kena bawak or prepare. Jangan tanya gua, gua ni contoh failed cases hahaha.

Sekian toceh. 

Nah belanja gambar sebagai inspirasi. Ceh.

Kalau give up, mampu ke nak happy macam ni?

Checkpoint 2


Kalau boleh jangan mengada pakai kasut cenggini eh jemah. Pakai yang mampu grip muka bumi eh.

Tira Iqah Tina Mas

Gajah juga mampu mendaki, kenapa tidak anda?

Subhanallah :)


90 degree of rock climbing, bak kata Tina

Acah acah sweet

Thursday, February 25, 2016

Ada kat sini tak?

Assalamualaikum.

Oh hello blog, it's been awhile, kan?

Bertenang, gua hidup lagi. Blog ni je hidup segan mati tak mahu. Nak delete sayang, nak tunjuk dekat cucu kan, ni je harta nenek mampu beri. Nak update takde masa, busy cari ketenangan lepas balik hadap jammed ibu kota. Okay meh nak update pasal diri sendiri for those yang in case terbaca. Dah start baca jangan gedik gedik nak stop. Lemme feed you stalkers. Basically saya ni....eh saya pulak

  • Alhamdulillah dah selamat konvo October last year
  • Alhamdulillah employed pun since October last year
  • Alhamdulillah masih dalam dakapan mak sebab single kan, kalau tak single dalam dakapan mak dan suami la kan. Eh bergurau pulak dia.
  • Alhamdulillah masih boleh bersabar dengan manusia tukar lane tak bagi signal.
  • Alhamdulillah walaupun stress kerja, colleague semua mashaAllah baiknyaa
  • Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas walaupun sekarang hidup dekat mesya ni sesak nafas dengan aneka pancaroba yang menghimpit. 
  • Alhamdulillah diuji dengan bermacam ujian tapi Dia tetap sayang and tiupkan energy sampai sehina-hina gua sebagai hamba pun diberi peluang survive.
  • Alhamdulillah masih mas idayu, belum bertukar jadi cicakman lagi.
Ups and downs in life ni lah sebenarnya yang didik diri yang entah pape ni jadi manusia. Syukur selalu eh yu people :) 

Entah apa gua mengarut dol kali ni, macam tak biasa en.

Sekian toceh.

Wednesday, December 17, 2014

Langkawi Vacayy Uols - Percutian Bajet Part 2

Assalamualaikum.

Hai, nak sambung Langkawi Vacayy part 2 demi nak hilangkan stress dayah. Baca blog time stres seronok katanya.

Snorkeling @ Pulau Payar



Muka muka sebelum mabuk laut


Pagi pagi dah pergi jeti naik feri, muntah muntah mabuk laut. Sampai sampai pulau tu, dengar kejap brader tu bagi instructions (takdela denga sangat sebab sume tengah pening mabuk laut), ambik instrument sume,  laju laju lah terjun dalam laut. Tunggu apa bro, no time to waste. Datang nak terjun laut, bukan nak usha awek korea berbikini ye dak? Kih kih kih. Awek mesya alhamdulillah masa tu takde yang dijumpai dalam keadaan dhaif tak cukup kain. Awek takde, tapi ada la sorang brader ni buat perangai runway jual spenda. Astaghfirullahalazim. *Geleng kepala sejuta kali*



Aslah and clans GoPro


Introducing, Payar Island's next top model


Jambatan sudah roboh sudah roboh sudah roboh


Cubaan mengorat terumbu karang


Sopia ajerinaaaaaa


Jom skodeng abam runway


Abam instructor kata tak boleh bagi ikan makan, tapi macam tak biasa, mak larang pun kadang tak dengar kata (mintak ampun mak), inikan pulak abam instructor yang takde kaitan dalam hidup. Tahap kebulur ikan ikan dekat situ, memang boleh bawak bergaduh dengan abam instructor yang tak bagi weols bagi diorang makan. Kelibat anak jerung pun ade gak. Terasa terancam kejap. Sekali dia balik bagitau mak dia ada makanan dekat situ, mau keluar paper iols dikejar jerung.


Comel gila dol diorang ni


Balik penat masing-masing macam nak pengsan dah dalam bas. Sembang penat, kaki laju je terjun pool apartmen. Alang alang nak mandi, daripada berebut shower dekat atas, separuh terjun pool lah dulu. Thanks bos nad, ajar saya berenang. Jasamu dikenang. Ihiks.


Swimming class berlangsung dengan jayanya


Lepastu semua pengsan.

Shopping @ Haji Ismail Group


Kalau tak shopping, bukan perempuan lah namanya. Kalau tak shopping, bukan ke Langkawi lah cerita dia. Malam tu melantak kepci sedas, masing-masing kebulur macam apa. Lepas dah cukup energy, ibu ibu supir kami laju meluncur ke Haji Ismail Group. Nama arwah tok ayoh gua tuh. Tapi tak, shopping mall tu takde kena mengena dengan susur galur hidup gua. Berduyun-duyun manusia sorong troli penuh ceklat dalam tuh. Diorang ni punya shopping, macam nak bukak kedai ceklat dah. Murah weh, kalau yang jual kat KL tu, nak jeling pun rasa terancam, inikan nak beli.


Perempuan dan shopping berpisah tiada



Lepastu balik semua sambung pengsan lepas gelak gelak tengok hasil tangkapan GoPro bos nad.

To be continued.

Sekian toceh!