geng bas sekolah

Friday, October 14, 2011

kelam malam.


semalam. aku habiskan sisa sisa malam dengan berjalan. berjalan meneroka malam. malam yang cerah dengan cahaya bulan. dengan cahaya lampu warna-warni pada pohon sekitar. bercerita bepuluhan bab sketsa kehidupan. yang lama dikenang. berkongsi kisah sang rakan. nyata dia pedih dalam manisnya oh senyuman. aku masih setia mendengar. dan akan terus setia. kerana hanya itu aku mampu.

saban malam, aku hanya melingkar di katil ini. tak pernah aku cuba jenguk ke luar tingkap. melihat indahnya malam. menyaksi drama tempatan. banyak, memang banyak. rimas aku melihat. aneka warna kulit manusia. bercengkerama di mana-mana. ini kan sebuah institusi pengajian. kau datang mengaji atau datang berpasang-pasangan ?

andai saja itu jadi pada aku. betapa hati emak akan tercarik kan ? betapa hati bapak akan terguris kan ? lelah mencari rezeki demi ilmu untuk aku. sewenangnya aku calarkan kepercayaan mereka. ya Allah, jauhkan aku dari itu.

Wednesday, October 12, 2011

buku lama.


bukak buku lama lagi sedap dari bukak buku baru.
tengok apa aku conteng dulu dulu.
baca apa aku karut dulu dulu.
kenang apa aku hilai tawakan masa lalu.
buku lama penuh cerita seronok.
buku lama penuh cerita sedih.
sedih sedih pun seronok.
kan ada yang bagi perhatian penuh.

buku baru terlalu bersih.
buat aku segan nak hala dakwat hitam.
buat aku keliru bila harus aku mula.
buat aku kaku tiada apa nak dilakar.
tak banyak kata boleh dikarut.

tiba tiba aku rasa aku rindukan aku yang tingkatan tiga dulu.
yang tak endah berkaki ayam dalam hujan.
yang ramai kawan yang aku cinta.
biarpun hitam tudung kelepet.
biarpun tak reti pakai bedak.
biarpun hari hari jalan kaki hangkut beg berat pergi sekolah.
kan seronok.

akhir kata, mas idayu, sila bersyukur. sekian toceh.

Thursday, October 6, 2011

find x.


result sem satu dah keluar. result sem satu dah keluar. result sem satu dah keluar.

tiga kali jiran sebelah bagitau. pura pura tak dengar. malas nak ambik tau. malas nak bukak lappy. malas nak cucuk wayar. malas nak tekan suis. malas nak tunggu loading. malas nak bukak web utp. malas nak bukak profile. malas nak tekan password. malas nak berdebar. malas nak dup dap dup dap. pendek kata malas.

hmm dalam malas malas laju jugak tangan bergerak nak tengok result.

dah tengok, hmm laju pulak call mak bapak mintak dileteri.

lepas kena leter, hmm hmm hmm laju gila buat homework.

takkan nak bagi pisang berbuah dua kali kan ? yang lepas tu, ok selamat tinggal, yang akan datang, mesti nak lagi cantik kan. ugly duckling pun tak selamanya hodoh.

tak berjodoh dengan Din Lis (dean's list) . apa ya result aku ?
3.0 < x < 3.5 kau agak berapa pointer ? anda tentukan. muahaha.

find x.