geng bas sekolah

Thursday, May 26, 2011

MAS - minggu aluan siswa

pejam celik pejam celik, harini hari kelapan aku terperosok di ceruk tronoh. hari kelapan aku tinggalkan rumah. hari kelapan aku tinggalkan bilik. orientasi baru tamat semalam. maka inilah alkisah orientasi ~

you are rubbish! you are rubbish! all of you are rubbish! rubbish! rubbish! rubbish!

aku = manusia. aku = student. aku = anak orang. maka dari mana datangnya aku=rubbish? dari mana datang? dari mana? sakit hati tak orang samakan kau dengan sampah? sedangkan kau salah apa pun, kau taktau. oke, tak nafi batch aku memang degil lain macam sikit. mana pergi mulut orang dok kata batch paling teruk, batch paling teruk. statement basi.

maka agak muak lah dengar 'you're rubbish' again and again masa orientasi haritu. head of discipline luarbiasa betul dia punya baran. kecut perut aku tiap malam. sikit punya salah pun boleh bergegar bumi. terpikir jugak nak buang diri kat tong sampah je tiap malam rather than balik tido kat hostel. dah nama pun rubbish kan.

serius penat gila minggu orientasi dengan kejar sana kejar sini. nak gegar fasi mintak sign lagi. bukan sorang dua, 100 lebih kot. siapa tak penat. aku bukan robocorp. dengan kena prank lagi. gila lurus bendul aku. mentah mentah kena tipu. empat fasi bantai komplot kenakan aku. cis cis cis. tapi bila ingat, sumpah lawak.

at last semalam, tengok semua effort depa, tengok video depa buat, tengok birthday surprise depa buat, memang berbaldi airmata. serius kalau harijadi aku semalam, seminggu aku nangis terharu. huhu. dan rupa rupanya head discipline pandai gila berlakon. lagi tak matang dari kitorang kott. haha. susah nak percaya yang dia dok marah2 selama ni gimik semata2. cis tertipu lagi. dia paling tak matang among all! haha.

thanks facilitators !

harini pagi petang kelas, balik hostel dah taktau apa nak buat. selalu lari terkejar kejar nak pegi chancellor hall, main hall, masjid annur, sports complex untuk slot orientasi. ni dah takde apa nak buat. lepasni aku bantai tido je lah. oke, fasi ajar jangan complain, jangan compare, jangan criticize. ai ai kapten! hehe sekian toceh!

[aku kagum gila dengan med tech club. macam nak join, hehe]

Tuesday, May 24, 2011

i need some massage. anyone?

status: currently in utp. sedang jalani minggu penat minggu lelah kejar kelas, kejar minggu aluan siswa (MAS), kejar masa yang makin lama makin laju dari roller coaster, kejar telunjuk fasi lagi. aktiviti ternak lemak tak berjalan lancar. kurang masa untuk makan. otot kaki semua dah loose. aku balik rumah nanti nak ajak mak pegi spa manjakan diri diurut urut. hostel tingkat tiga bikin aku merana. kafe sebelah hostel, alhamdulillah memenuhi selera pemakan berkaliber :0 kelas berbatu batu jauhnya. cuaca sangat panas. aku sangat malas bawak payung. maka aci redah panas hujan. tiga benda kena buang - complaining, criticizing and comparing. kenapa? later on aku explain. huahua.

serius banyak gila benda aku nak cotcetpotpet kat sini. malangnya hidup kejar mengejar memang parah.

pssssttt: banyak sangat cakap homputeh kat sini. haih.

Wednesday, May 18, 2011

bertukar !


selamat tinggal family,
selamat tinggal tidur lepas subuh,
selamat tinggal tidur siang,
selamat tinggal online 24jam,
selamat tinggal malas malas,
selamat tinggal gaduh dengan fie,
selamat tinggal astro ceria,
selamat tinggal hangout day,
selamat tinggal ladang anggur,
selamat tinggal masakan mak,
selamat tinggal house chore,
selamat tinggal bilik,
selamat tinggal bilik air,
selamat tinggal rumah,
selamat tinggal guabatu,
selamat tinggal selangor,
selamat tinggal ~

hai UTP,
hai tronoh,
hai perak,
hai kawanbaru,
hai makhluk asing,
hai makanan asing,
hai bilik baru,
hai room mate,
hai tandas,
hai belajar,
hai stay up,
hai assignment,
hai rasa rajin,
hai jimat duit,
hai hai hai !

ahhhh malas nak packing. malas. dah segunung barang dalam bilik. mak dah potpetpotpet sejak semalam. haih, adios people ~