geng bas sekolah

Tuesday, May 17, 2011

perempuan perempuan


perempuan perempuan.
aku tak nafi perempuan memang rumit.
fikiran rumit.
perasaan rumit.
susah ditafsir.
guna kamus oxford sekalipun,
tak mungkin mampu tafsir.
aku siapa?
aku perempuan.
ya sebab itu aku berani bersuara.
siapa tak setuju,
oke takdehal.
kita otak lain lain.

perempuan perempuan.
mudah sangat jatuh suka.
ini kawan aku kata.
tapi aku tak nafi.
lelaki baik sikit,
lelaki caring sikit,
dah berdetak hati.
dah bergoncang jantung.
dah berbunga bunga jiwa.
siapa tak setuju,
oke takdehal.
kita otak lain lain.

perempuan perempuan.
jagalah hati biar kekal suci.
jagalah jiwa biar kekal bersih.
jagalah rohani biar kekal berseri.
jagalah pergaulan biar jauh fitnah duniawi.
jagalah diri biar cantik peribadi.
cantik luar cantik dalam cantik serba serbi.

perempuan perempuan.
jangan sampai orang gelar kita betina.
kita lahir sebagai perempuan,
membesar sebagai gadis,
matang sebagai wanita,
jiwa secantik srikandi.

[aura puitis sedang ke udara. ampun andai kasar aku berbahasa]



Saturday, May 14, 2011


yeah makin hari blog makin gila. terima kasih aku ucapkan kerana dah menghilangkan semua komen yang ada pada entri aku sebelum ni. larilah aku dari sini. pergi rawat luka rumah mak mentua. cis cis cis.

Thursday, May 12, 2011

kamen rider demam.


baca title, aneh tak? kamen rider mana pulak yang demam? bukan eiji hino, bukan tendou shouji. akulah aku, kamen rider yang demam tu. ditambah pulak mak kamen rider sakit pinggang. memang kacau bilau lah pentadbiran house chore. nasib baik mak kamen rider ni, wanita besi. dalam sakit pinggang, penuh jugak meja dengan santapan.

mula mula sakit tekak ingat selsema je. harini badan dah terasa sejuk panas sejuk panas. tapi jangan risau, kamen rider kan hero. bakteria jahanam yang sibuk melemahkan antibodi aku, tak lama lagi bakal di-flying kick keluar dari body. sekarang ni bukan masanya nak berlagak gemalai, lemah lembutkan tubuh terlantar atas katil. banyak benda nak kena settle. banyak lagi misi mengamankan dunia belum selesai. huahua.

tadi tengok berita, rupanya IPU area lembah klang dah cecah 101. tahap bahaya. mak, jom pindah rumah! udara sini dah tak sihat untuk dihirup! tambah lagi dengan orang sebelah yang nampak gayanya masih meneruskan aktiviti open burning dia seperti sediakala. memang senang lah aku dijangkiti. sekian laporan kamen rider harini. mari tatap poster hero mesya !

ingat jepun je ke ada kamen rider?

cak ! duduk jauh jauh sikit, nanti berjangkit

kamen rider perasan bagus.

sekian toceh!