pukul 12 tadi serius berdebar jantung macam nak terkeluar dah. macam budak2 lain, aku tak terkecuali pergi sesak sesakkan diri di web upu. tak letak harapan tinggi, tapi memang luarbiasa dasyat punya debar. haih debaran hari jumaat. berbuih buih baca bismillah moga2 berkat hari jumaat. dah tersembul keluar keputusannya, alhamdulillah aku dilempar ke uiam untuk asasi kejuruteraan dan sains komputer.
lepastu sepantas kilat bukak fesbuk. jadi stalker kelas satu kejap, investigate senyap2 depa yang lain dapat pi mana. huahua. yeah setakat ni yang dah berjaya diselongkar, berbelas jugak la geng sbpij yang lain dapat uia jugak termasuklah syahirah mahyat yang kucintai. haha. gua banyak suka lah.
oke done. nafsu untuk bercerita dah terubat. sekian toceh!
