geng bas sekolah

Thursday, February 25, 2016

Ada kat sini tak?

Assalamualaikum.

Oh hello blog, it's been awhile, kan?

Bertenang, gua hidup lagi. Blog ni je hidup segan mati tak mahu. Nak delete sayang, nak tunjuk dekat cucu kan, ni je harta nenek mampu beri. Nak update takde masa, busy cari ketenangan lepas balik hadap jammed ibu kota. Okay meh nak update pasal diri sendiri for those yang in case terbaca. Dah start baca jangan gedik gedik nak stop. Lemme feed you stalkers. Basically saya ni....eh saya pulak

  • Alhamdulillah dah selamat konvo October last year
  • Alhamdulillah employed pun since October last year
  • Alhamdulillah masih dalam dakapan mak sebab single kan, kalau tak single dalam dakapan mak dan suami la kan. Eh bergurau pulak dia.
  • Alhamdulillah masih boleh bersabar dengan manusia tukar lane tak bagi signal.
  • Alhamdulillah walaupun stress kerja, colleague semua mashaAllah baiknyaa
  • Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas walaupun sekarang hidup dekat mesya ni sesak nafas dengan aneka pancaroba yang menghimpit. 
  • Alhamdulillah diuji dengan bermacam ujian tapi Dia tetap sayang and tiupkan energy sampai sehina-hina gua sebagai hamba pun diberi peluang survive.
  • Alhamdulillah masih mas idayu, belum bertukar jadi cicakman lagi.
Ups and downs in life ni lah sebenarnya yang didik diri yang entah pape ni jadi manusia. Syukur selalu eh yu people :) 

Entah apa gua mengarut dol kali ni, macam tak biasa en.

Sekian toceh.