geng bas sekolah

Wednesday, September 17, 2014

Wedding Hanna & Azri

Assalamualaikum.

Sepatutnya sekarang ni tengah packing barang balik yutipi esok tapi curi tulang kejap sebab malas. Ekceli semangat anak muda dua puluh satu nak ber-joyah. Sebab my kawan zaman sama-sama comot sekolah rendah dulu dah menikah Sabtu lepas. Dua puluh satu okay. Husbeng and wifey dedua dua puluh satu okay. Okay, gua calon pun takde lagi. Okay. Ok. K. Abaikan.

So as the chosen one to be one of the bridesmaids, berjangok sakan la kan pada hari kejadian. Walau realitinya still comot, takde beza pun zaman sekolah rendah dulu, kena la melawa jugak. Ade kang terkezut rombongan lelaki tengok dulang girl setaraf kanak-kanak ribena main pasir berpeloh peloh. Jatuh saham noks. Haha.

Propa lebih takde guna, marilah menatap kepingan kepingan gambar yang di-capture dengan jayanya. Selfie wefie sumpah banyak. Kenduri tiga hari berturut, sampai 'hang' fon gambar selambak. Takpe, nanti sendiri kawen takde masa dah nak selfie selfie. Kan?

Day 1 - Sabtu, 13 Sept - Nikah


Bridesmaids tukang menghuru-harakan majlis. Banyak menyibuk dari menolong.



Sneak peak pengantin perempuan yang terlampau ayu pada hari kejadian. 
Nur Fatin Farhana Jaafar. Kenal ke? Siapa kenal angkat tangan.


Lapan dulang girls dan pengapit. Most of us baru je berkenalan pada hari kejadian. Baru kenal tapi gaya macam dah kenal dari dalam perut.


Hmm flying kiss ciked bole taa? Bole laa awaa.


Gegadis dua puluh satu. Who's next huh?
Hanahkun | Raihan | Sarah | FaraShahiera | FarahNatasya | Hidayah | IkaaHaris | MasIdayu


Flower crown gigih buat dengan mak haritu hehehe (caption takde kaitan)


#hannaazriraikancinta diapit dulang boys dan dulang girls sampai senget jadinya


Tak senget dah. Style majalah sekolah ada gak.


Masa ni abam photogtapher kata, 'free style and gelak tanpa sebab'. Haha boleh pulak kan gelak tanpa sebab tapi tak dianggap gila.


Day 2 - Ahad, 14 Sept - Reception perempuans


Macaroon tu palsu, kbai.


Visit this IG (#mylaceycookiejar) for super cute candy booth. Same person yang buat hantaran and deco deco pelamin ape sume. Wedding planner dia kot. Akak tu serius sporting and cekap gila handle majlis.


Pegang bunga dalam bilik pengantin dengan harapan I'm next. Hahaha boleh ke?


Kepak kepak kepung kepung kepak kepak kepung kepung


Comel kan candy booth? 


Hmmm bila lah nak sweet sweet macam ni agaknya?


Since 2000 (excluding groom - tak geng haha)


Day 3 - Isnin, 15 Sept - Dewan Bankuet PULAPOL


Flower girls dan pengapit. Recycle baju sama, tudung je tukar. Dah tak cukup korum sebab masing2 ada komitmen lain. Tinggal berlima je. 
Task: Baling baling bunga atas red carpet


Pelamin serius cantik. Rasa segan segan nak menapak naik atas. Tapi bila dah naik, segan hilang tunggu kat tangga.


Pelamin photobooth je ni okay noks. Membayang majlis gua kelak (berangan), mungkin pelamin real pun tak segah photobooth nih. Duduk bersila atas tikar mengkuang je boleh?


Okay bersanding dengan Hidayah Shariff pun jadilah kan sebab takde calon (desperate sangat ke nak mention banyak banyak kali?)



Wefie kekonon nak tunjuk pelamin belakang tuh tapi pencahayaan berseri terlebih so pelamin overshadowed by flower girls hmm.


Kek menara macaroon. Tak sesuai untuk yang diabetes. Yang pipi gemok macam iols pun dinasihatkan jangan.


Macaroon tu real. Mati mati ingat tipu.


Menyibuk tumpang nyanyi sekali dengan Nash. Haha backup singer yuuu.


K tamatlah sudah. Kalau nak upload semua memang cramp tangan tulis caption selambak.

Kalau perasan, tak banyak pun gambar pengantin kan? Haha sebab pengantin dah ada cameraman dah. Tunggu je deyols bagi gambar yang konfem tahap letup punya. Apepun, semoga bahagia sampai syurga kepada kedua mempelai. Sila sila cari #hannaazriraikancinta di instagram kalau rajin nak selongkar gambar lagi. Hehehe. 

Kbai, sambung packing jom. Sekian toceh!

*Next post, Langkawi vacayy*



No comments: