geng bas sekolah

Sunday, June 29, 2014

Betapa awesome-nya Ramadhan!

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan Al-Mubarak Wal-Murtabak *jangan nak murtabak sangat*

Maka harini dah start puasa. Malam tadi dah start terawih. Terawih masjid nakhoda macam biasa lah, buat 8 rakaat then ada tazkirah 20mins lepastu baru witir. Wa suka wa suka sebab mana lagi nak cedok ilmu sepanjang intern ni. Usrah lama dah berkubur sejak start intern. Dekat yutipi boleh la en nak usrah every weeks. Harapkan Tanyalah Ustaz tiap pagi je lah before pegi opis. Tu pun bukan fokus sangat. Fokus dok breakfast je lebih. Eheh.

Selain jumpa makcik2 geng terawih tahun lepas, jumpa jugak lah rakan sebaya sekolah rendah, sekolah menengah, geng main baling selipa, geng tak-berapa-nak-masjid dulu zaman nakal2 semayang 4 rakaat balik main mercun. Eh? Siapa je tak pernah buat kan? Ke guane? Haha tak kisah la tu, asalkan Ramadhan bulan mulia ni, selain boleh cedok ilmu kasi lebih sikit, bulan yang kita diuar-uarkan untuk tamak pahala, juga bulan kita mengerat silaturahim dengan masyarakat. Bulan paling daebak!

Tazkirah semalam banyak benda ustaz tu share, salah satunya pasal sedekah. Biasalah, masjid mana pernah miss cerita pasal sedekah. Sebab orang2 masjid sayang sangat dengan kita nak bagi kita kumpul pahala extra. Ye dok? Dan pahala beri makan untuk orang berbuka puasa tu sangat besar hinggakan ada chance untuk bersalaman dengan Jibril pada malam al-Qadr. *bersinar-sinar mata*

Mungkin ada yang dah tahu hadis ni, tapi almaklum saya yang katak bawah tempurung ni baru terhegeh nak tau, *nak nangis sebab miskin ilmu* rasa eksaited sikit nak share and sorilah kalau cara share ni tak berapa nak formal sangat sebab ustaz semalam pun share lepak lepak jugak, senang paham.

Rasulullah bersabda: "Siapa bagi makan pada orang berbuka dengan satu jamuan lengkap, maka para malaikat mendoakannya seluruh malam Ramadhan, dan berpeluang bersalaman dengan Jibril." Jadi adalah sorang ni dia tanya, "Kalau tak mampu ya Rasulullah?" "Maka berilah makan secukupnya" "Kalau tak mampu juga?" Berilah sekerat roti" "Kalau tu pun tak mampu?" "Cukuplah segelas susu". "Kalau segelas susu pun aku tak mampu ya Rasulullah?" "Maka cukuplah segelas air kosong" Lepastu barulah tenang hati orang yang bertanya tu sebab akhirnya dia ada chance jugak dapat anugerah bersalam dengan Jibril walaupun dia bukanlah dari golongan yang mampu.

So, kita kita? Mampu ke tak? Makan dekat market ikan manhattan tiap tiap minggu boleh, takkan nak infak sikit bagi orang berbuka nak lokek? Wallahu'alam.

Dan apa tandanya Jibril bersalam dengan kita?

  1. Hatinya akan jadi lembut
  2. Banyak air mata jatuh bercucuran (pada malam al-Qadr)
Pesan ustaz: Siapa yang dapat malam al-Qadr tu jangan pulak pegi heboh satu mesya. Mentang mentang dia dapat tanda, nak metro satu dunia. Kih3 gurau gurau.

K sekian wabila hi taufik, wal hidayah, jangan merempit, jangan buat jenayah. Toceh!



Saturday, June 21, 2014

Gedebak gedebuk internship

Assalamualaikum.

*flip hair sebab panas yang amat dol ini malam*

How I wish bilik ni taruk ekon macam dalam opis, senang je terdorong untuk tidur depan pc. Atas meja keras yang amat tu pun at any time boleh lentok. Usha line clear bos takde boleh lah nyenyak seminit dua. Dambaanku pilu sungguh dapat tempat paling tak strategik dok depan bos. Tapi incek bos hensem serius tak tipu. Anak dua pun muka babyface habis. Fuh nasib baik chinese. Kalau malay tu, bikin penasaran jugak. Alahai setakat keith foo tu apelah sangat.

Apa dok merepek ni dol?

Ahah jiwa tengah lara ni memang putus fius sikit. Ikutkan dekat opis, department tu aku trainee paling awal start. And last friday, yakni semalam, semua trainee yang start sebulan lewat tuh semua dah angkat kaki. Ekceli takdela angkat kaki sangat sebab most of them terus dapat keje situ. Maksudnya dah habis intern lah. Good for them takyah nak tanam anggur jadi penganggur lepas graduate. Tapi serius ah braders sekalian? Apa kejam sangat utp ni oii suruh intern lama lama. Naik kematu dah punggung wa duduk hadap pc hari hari. Intern lama lama pun bukan boleh terus kerja pun. Ada one year lagi lepastu baru grad. Grrrrrrrr. Malas lah gilaaaaa. Ingat aku ada mood sangat la lepas habis final year kelak nak masuk gear satu balik nak adapt suasana kerja?

Oh please, ain't nobody cares about your thoughts, mood whatsoever. Sentap makkkk. Aaaa bebel sampai esok tak habis. Go with the flow lah parpu. Banyak cekadak pulak en. Pasrah je lah. Apepun, still hope aku bukak mata pagi isnin tak payah kecoh gelabah nak mandi awal-awal, naik ktm super duper lembab pegi opis. Eheh.

For now, hadaplah so-called routine tuh. Dua bulan je lagi pun kan. Yukenduit!

Sekian toceh!




Saturday, June 14, 2014

Blogging is so last year?

Assalamualaikum.

Hai blog, it has been like berjuta tahun tak update kan. Eheh lama tak hiperbola. Because blogging is sooooo last year. Ye ke? Tak, aku je yang malas semalas malasnya. Ampun bloggers. Blogging still in lah, mana ada last year. In fact, selalu je berpeleseran blogwalking sana sini. Selalu sangat jadi silent reader. Cuma yeah, blog sendiri malas nak update. Takde benda informative pun nak share. Mengarut lebih. Haha. Lepastu gelak sorang sorang syok sendiri.

Dia kena ada starting point kalau nak start blogging balik. Kena ada bahan yang nak dicanang. Ahah and ini bukan blog gosip retis yang joyah nak canang cerita retis mesya abad nih. And bukan blog die-hard-fan world cup nak share betapa cutenya neymar jaringkan gol. Ni blog seorang makhluk narcissist yang cinta sedalam dalamnya terhadap diri sendiri. Haha sebab tu kot gua takde boyfriend hingga kini. Eh?

Ok, in case anak cucu baca blog ni kelak, sekarang ni tok tengah intern tau. Super duper busy banting tulang sebab utp memang kejam bagi intern sampai lapan bulan *nangis jap*. Sv pun boleh tahan kejam bagi kerja macam lah aku ni permanent staff. Bulan lapan ni habis intern and project pun tah ke mana mana lagi *nangis sampai lebam*. Lain kali lah cerita. Nak pergi melukut tepi peti ais kejap. Kot kot terjumpa food sedap sedap boleh jugak mengubat lara. Till then, adios amigos (la espana al kalah wal belanda).

Sekian toceh!