geng bas sekolah

Monday, December 24, 2012

melangkah sampai lelah.

Assalamualaikum.

ada tiga hari lagi untuk final exam. persediaan? oh man, parah sangat dah ni. 50% pun tak lepas lagi. hopefully otak tak delete lagi kandungan ilmiah yang aku sedut minggu2 lepas untuk test and projek. dah dua tiga hari takde kelas, dua tiga hari dok rilek projek semua dah setel, test semua dah setel, bajet final exam sebulan kemudian, memang nak suruh download otak baru ke apa.

Ok, so I'm having precious time bersama keluarga terchenta 4 hari ni. unfortunately trip to cameron was cancelled sebab bapak busy, abang busy, semua takleh cuti. sobssssss (tangkap leleh gua gini). tapi takpe, sebab perut aku di-treat dengan layanan superb oleh seisi keluarga. hehe semua macam set dalam minda, my ecstasy adalah segala macam makanan especially hasil air tangan mak :) so setakat cameron highland tu, kacang je nak padam dari memori, hidang nasik lemak sepinggan terus lupa. haha lepas ni nasik lemak boleh lah masuk dalam akta dadah merbahaya hingga boleh mengakibatkan lupusnya ingatan. puiiiii !

maka esok ---> back to reality :'(

lima paper untuk ditumpaskan. 2 januari, tunggu lah aku lompat tinggi tinggi pada hari kejadian. sekian, toceh! and selamat berperang tuan rumah !

lokasi kejadian: UIA



Monday, December 17, 2012

rojak perasaan.


Assalamualaikum.

harini jiwa teramatlah gundah gulana. tengahari tadi called mak, dengan niat nak sembang panjang sebab sabtu call mak kejap je gara2 event silat yang alhamdulillah dah berakhir. so mak angkat call dengan nada eksaited mengalahkan berita thailand menang mengalahkan malaysia, eh hehe. *sentap makkk*

ok proceed, patutlah mak eksaited kemain, rupanya tiga beranak tu which are bapak, abang and of course mak, tengah shopping sakan and have lunch together gether while aku dekat sini rasa nak hentak kepala berjuta kali ke dinding2 berdekatan *sentap kuasa dua*

we had a very long conversation, dan akhirnya aku redha dengan ketentuan Ilahi yang masih belum mahukan aku berjimba bersama family. tapi mak janji study week nanti akan kidnap aku dari cengkaman kesengsaraan utp. hehe we're planning for a short holiday before exam week, as usual lah. cadang nak pi cameron je pun. but still, precious gila since aku dah tak tertahan tahan dah rindu neh. *sentap mulai reda*

so aku ada another one week yang membunuh before study week yang lima hari cuma tu, tolak holiday jadi tiga lah kot. then final exam sampai 2jan. then cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ! 4 months break, tak cukup tak cukup tapi alhamdulillah lepas 5sem duduk bertapa kat utp, ada jugak cuti panjang sikit. banyak plan dok berkhemah dalam kepala dah ni. tak sabar tak sabar tak sabar *nada lisa surihani istabul aku datang*

by then, semoga Allah permudahkan another 2 tests dan 2 projects, amin.

sekian toceh!


Wednesday, December 5, 2012

nyawa nyawa ikan.

Assalamualaikum.

harini baru nak ada masa update blog. bukan takde masa before before ni, tapi rasa macam banyak lagi benda berfaedah nak buat seperti twitter - facebook - games - sudoku langsaikan esaimen tertunggak, renung notes tanpa ekspresi untuk tests, menghulurkan jasa bakti untuk event silat next weekend, dan akhirnya bersedia untuk jutaan projek yang tak lama lagi akan memalu kepala aku dengan sekuat hati.

nampak atas tu ada sudoku? yeah entah kenapa dalam serabut kepala macam nak gila ni pun aku ada hati nak kemaruk dengan sudoku yang boleh menggondolkan kepala tu. dah lah eksyen kemain, taknak tu buat yang  kacang kacang, nak buat tahap pro, tahap buat tiga hari pun takkan habis. 

aku dah nyawa nyawa ikan dah ni

dan minggu lepas je aku baru dapat surat yang mendetakkan jantung. masalah masalah masalah. rasa nak menangis sampai banjir mesya tapi tak boleh. hipotesis dia, jika hati aku fragile, maka hati mak akan jadi bertambah fragile. maka aku kena stone-kan hati dan proceed dengan kehidupan penuh pancaroba tanpa banyak komplen. ya, kita merancang tapi Allah has the best plan. dan alhamdulillah He shows me that setiap masalah ada penyelesaian. and again, alhamdulillah sebab Allah kurnikan hati kental untuk this craying baby wanita besi :)

aku dah ketandusan kata-kata

okay folks, doakanlah aku berjaya harungi semester yang tougher than ever ni, dan doakan aku dikurniakan hati segagah hulk. ngeh ngeh. sekian toceh!

TAKA TORA BATA! TATOBA TATOBA TATOBA

LET'S KICK THE STRESS NIGGA !