geng bas sekolah

Friday, February 24, 2012

pesanan ringkas dari mak.


kadang benda yang paling ringkas tu lah yang paling malas kita nak buat. contohnya:

1. maimun (bukan nama sebenar) makan nasik. habis makan maimun pun kenyang. maimun pergi basuh tangan. maimun letak pinggan dalam sinki. ehh maimun tak lupa basuh pinggan. cuma maimun malas. 
moral: aku paling pantang dengan perangai macam maimun.

2. bedah (bukan nama sebenar) basuh pinggan. sinki pun tersumbat. banyak sampah dalam sinki. bedah pun biar dan bedah pergi. bedah tak lap tepi tepi singki. 
moral: aku paling pantang dengan perangai macam bedah.

untuk certain perkara aku memang tak berapa nak rajin. tapi kalau hal sinki, aku memang pantang. mungkin sebab dari kecik sampai besar mak asyik dok bebel pasal sinki memanjang. mak kata, kalau nak tau orang tu macam mana, pertama sekali tengok sinki atau tandas rumah dia. dari situ kita boleh tau orang tu macam mana. bukan nak kata cermat sangat guna sampai haruslah shining sentiasa macam iklan mr muscle. tapi kalau dah tahap tersumbat, penuh sampah, lalat sana sini, tak lap, lalu ke kau nak makan kat rumah dia? mintak simpang. 

lagi satu mak pesan, kalau dah habis masak, selagi dapur tak habis kemas, jangan nak duduk makan. bila dah habis makan, jangan nak longgok pinggan dalam sink. barulah rumah tak disinggahi lalat dan yang sama waktu dengannya. 

haha banyak sungguh bebel. banyak lagi kalau mak yang bebel. hihi. sekian toceh.

Saturday, February 18, 2012

cirit birit.


tajuk yang agak straight forward aku kira.

sepanjang hari ni entah berapa kali keluar masuk tandas sejak pagi lagi. pukul 10 tutorial calculus, dan 9 setengah aku masih dalam tandas untuk kesekian kalinya, berperang dengan cirit birit. waktu yang sepatutnya aku dah ready untuk final touch up betulkan tudung yang senget benget. rupanya mekda bilik sebelah lagi dasyat dari aku. dah siap muntah bagai. ok ini menakutkan. sebabnya.....bendalah ni..


itu dia, safety alert dari utp  [klik untuk tumbesaran]

agak kecundang jugak dengan fakta rupanya cirit birit juga membawa maut. housemate aku saja dah 3 orang mengalami simptom ni. dan finally aku memang yang paling tegar sebab tak relakan diri menapak ke poket c nun jauh di sana untuk klinik semata. (yang nyatanya air garam je pun yang dia baginya)

dan akibatnya, agak melampau aku berlamaan di tandas semasa kuiz calculus sedang ke udara. tutor suruh ke washroom for refreshment, tapi aku ke sana berperang dengan perit dan jerih yang kalau aku mengadu kat mak, pasti dia takkan sama tarafkan dengan sakitnya melahirkan aku. (aha, ini dah jauh menyimpang)

mungkin aku terlebih makan sambal semalam. bukak puasa laju laju makan sambal kerang. sebab kehadiran aku diperlukan selepas maghrib untuk satu program. perasan orang penting. dan seusai program tamat, dibekalkan lagi dengan nasik lemak super sambal telur mata. mana boleh tolak, mustahil mustahil. hmm mungkin ini puncanya.

habis kelas calculus, perut rasa lega sikit singgah kafe tapau food. wah sambal tempoyak. lupa habis hal cirit birit dan terus dengan niat suci murni untuk pekena sambal tempoyak pulak. balik bilik habis makan barulah merasa azab yang teramat pedih. aku harap rollercoaster dalam perut berhenti beroperasi menjelang esok. 

Sunday, February 12, 2012

alhamdulillah.


result semester dua dah release sejak tengah malam semalam. aku pulak baru tau pagi ni. tercengang bila ada yang datang bilik tanya result. alamak dah keluar ke? takde pulak kelam kabut tengok macam sem 1. pagi petang bukak prism kalau kalau result dah keluar. alhamdulillah ramai sangat yang dean's list semester dua. dan alhamdulillah aku pun DL. walaupun tak empat rata, walaupun rasa jauh sangat dari empat rata, aku dah syukur banyak dah. hidup ni bukan untuk kejar empat rata semata. dunia luar sana bukan cuma perlu empat rata semata. 

mari muhasabah diri kejap. ramai sanggup sengkang mata stay up sebab nak kejar result bagus. tapi berapa ramai sanggup bangun malam bertahajud. ramai sanggup hapal buku itu buku ini demi exam, tapi berapa ramai sanggup selak quran at least sekali sehari. hubungan dengan lecturer cukup terjaga demi markah, tapi hubungan dengan Allah cukup terabai. kita rajin sangat jalan kaki kunjung library masa study week, tapi berapa kali sangat kaki melangkah ke masjid. 

jangan kencang sangat mengejar dunia, nanti akhirat lari dari kita. 

ingatan untuk aku sendiri terutamanya dan semua


Wednesday, February 8, 2012

abang.


#1

tadi aku tanya abang.


aku: kalau aku kawen nanti, kau nangis tak?
fie: tak.
aku: kenapa?
fie: buat apa aku nak nangis, dapat makan free.

cis kau kalau bab makan memang kan. no wonder lah aku menurun kau.


#2

tadi aku tanya abang

aku: bang, bila kau nak kawen?
fie: esok.
aku: haritu kau kata suruh aku kawen dulu baru kau kawen.
fie: so kau kawen la harini.

cis kau ni memang cakap semberono je kan bang.

_________________________________________________________________

entah la tiba tiba rasa abang aku dah tua sangat. nak masuk 21. ahh tua la tu.

Saturday, February 4, 2012

hangat-hangat tahi ayam.


aku selalu hangat-hangat tahi ayam macam ni.

# aku selalu ada diari. dan aku selalu bersemangat tulis diari. at least untuk tiga hari pertama. tiga hari pertama mungkin aku buat full essay. hari keempat aku mula tulis point. hari kelima aku tulis sebaris. hari keenam aku tulis aku bosan. dan hari ketujuh, '...........'. jangankan setahun, aku cuma bertahan seminggu. itu pun tak sampai.

# aku selalu rajinkan diri tulis perbelanjaan harian. [hanya bila aku rasa duit dah makin sikit atau aku dah terlebih belanja] . dan hal yang sama terjadi. hari pertama aku catat setiap benda yang aku beli. dari beringgit-ringgit sampai ke sen-sen. sikit pun tak terkecuali. hari kedua dan seterusnya aku mula malas dan page tu tinggal habuk sampailah tiba saat aku rasa dah overuse money semula.

# aku bersemangat nak beli itu ini bila shopping. tapi ni kes shopping guna duit sendiri. nampak je benda yang nak beli, ambik ambik ambik ambik dan ambik. pergi ke section lain, mula rasa barang2 yang aku ambik macam tak penting sangat. lalu aku pun mula letak letak letak dan letak balik sampai yang tinggal cuma benda yang betul2 penting. biasanya yang tinggal tu cuma makanan. wahh aku sangat cinta aku yang macam ni. takde aku membazir membeli semberono.

# aku selalu bersemangat nak buat origami. maka aku pun beli kertas origami. aku pun cuba. bila semuanya tak menjadi, aku mula lupakan semangat aku, dan kertas-kertas tu pun terkubur begitu saja. pathetic. at last aku bagi sepupu-sepupu kecik yang datang rumah, biar diorang ada benda nak buat. hmm ada kebaikan jugak ni. hmm tapi sekarang aku dah pandai sikit, mungkin aku patut beli semula.

ada banyak lagi kes hangat-hangat tahi ayam aku ni, tapi rasanya cukuplah sampai di sini.