geng bas sekolah

Sunday, January 29, 2012

kasut aku mana?


dua hari lepas.

punyalah bosan. nepal sista ajak jog. memang tepat pada saatnya. semangat sangat. dah siap siap. menuju rak kasut. kasut aku mana? senyap. kasut aku mana? senyap lagi. ada nampak kasut aku? semua geleng. ah sudah. rembat kasut rumet. sepanjang jog berfikir. kasut aku mana? alahai kasut aku mana?

balik geledah satu bilik cari kasut. aku ingat aku ada susun atas rak. converse corduroy aku yang sejak beli tak pernah cuci. kasut yang sebelum nak beli turun naik sungai wang cari merata. kasut yang bila bosan situ pun jadi medan menconteng. kasut yang dah macam macam lumpur aku salutkan tapi cuma sekali aku simbah air. ya, aku simbah. tak sampai hati nak berus. kasut yang aci redah je pakai bila masa sahaja yang aku nak. dengan baju kurung ke kelas, jog petang petang, hangout pun boleh, pegi kem pun lepas. kasut yang selalu kena bebel dengan mak sebab aku taknak basuh. kasut yang susah payah aku mintak dengan bapak baru aku dapat. ahhh tak tension pulak aku. aku tak tau kenapa aku sedih sangat sampai sembab mata menangis. 

wahai sesiapa yang ada terambik kasut aku. kasut berkarat aku tu, aku sayang sangat. ambik sepuluh kasut yang lain pun aku tak kisah asalkan jangan ambik yang tu. haih mana la kasut aku pergi ni?


sila kembali segera.






Thursday, January 26, 2012

start.


semester tiga dengan rasminya bermula harini.

punyalah semangat nak attend kelas. setengah jam tunggu, lecturer tak datang. semua angkat kaki. hilang semangat. kelas petang dah macam malas nak datang. kot kot la lecturer tak datang jugak. kot kot la. tapi aku tau kot kot aku tak pernahnya nak jadi nyata. lemah longlai datang kelas. ya, lecturer ada di sana. cuma biasalah, minggu pertama memang penuh dengan boring intro yang sebenarnya tak payah dengar pun takpe tapi semua orang anggap penting. unsur unsur skema masih wujud bilamana aku take note setiap yang ada pada slide. aku memang suka doodle sana sini. mana mungkin aku menganga saje mendengar konon semua boleh masuk kepala. this short-term memory of mine adalah sangat merunsingkan.

hmm bila difikirkan kalau aku balik sini ahad nanti pun takpe. esok sampai ahad dah takde kelas balik. hmm. atau aku patut balik je rumah harini. hmm hmm hmm.

jangan harap.


Tuesday, January 24, 2012

padang hijau.


ku menghadap
sebuah padang bola
padang hijau yang kosong
cuma berteman tiang gol
sunyiku tidak lama
apabila muncul segerombolan manusia
memenuhi padang
bermisikan tiang gol
semangatnya mereka berlari
kencangnya mengejar misi
membuat aku lantas berfiikir
sepatutnya aku curi sedikit 
cuma sedikit
semangat mereka
agar aku kencang
mengejar misi aku sendiri
supaya hidup aku
tidak cuma menjadi
sebuah padang hijau yang kosong
berteman tiang gol.

# hihi aku cuma nak bagitau, aku dah pindah bilik baru. meja stadi hadap padang bola. setiap petang konfem syiokk skodeng abang abang bola. hahahahahahaha. shhh jangan bagitau mak.


Thursday, January 19, 2012

aku halimunan.


aku ini satu insan bernyawa. dan aku kira kamu juga insan bernyawa. aku punya hati. dan aku kira kau juga punya hati. lalu kau layan aku bagai halimunan. aku kira kau insan cukup sifat. dikurnia pancaindera. ada daya mendengar, melihat, merasa. itu buat aku jadi kecil hati. kau membuat aku merasa seperti sebuah objek halimunan yang sedikit pun kau tak nampak. aku harapkan komunikasi, kau diam membisu. bukan susah memberi respon. aku kenal kau bukan sehari dua. padahal kau luar biasa mesra dengan yang lain. padahal kau ada masa memberi respon pada yang lain. hati aku jadi luka. sampai kau buat aku terfikir. lebih elok andai aku bicara sahaja dengan dinding. asal aku tau, dinding memang tak punya daya responsi. 

aku dah terlalu lama diam. terlalu lama sampai hari ini aku menangis. menangis kerana terlalu rindukan sebuah persahabatan. menangis kerana sahabat mengibaratkan aku halimunan. 

Monday, January 16, 2012

what's in your mind?


sejak aku balik, ya aku dapati aku sangat bersemangat membina lemak sana sini. yang masakan mak, yang masakan sendiri, semuanya balun sampai senak. balas dendam punya pasal dengan episod catu makan di utp few weeks before. rasa macam dah overuse duit belanja, maka kenalah ibrah diri sendiri. catu duit makan. lelah jugak kalau hari hari makan sekali sehari. haru biru pentadbiran perut.

jarang sangat terjah blog cuti ni. blog sendiri pun terbengkalai. ni semua gara-gara amukan crime city. yeahh hari hari hadap game. jejom join mafia di google+. rasa macam kebal gila, padahal cehhhh haram jadahnya kebal, game je pun. bosan hadap crime city, main kamen rider @psp. terbaik fie, sanggup tu cari sampai dapat game kamen rider. kipas susah mati sungguh.

minggu ni bakal menyaksikan aku menjadi dreba mak pagi petang. maka games sekalian, ada masa aku hadap kau lagi. dan kau blog, jangan kecik hati. bukan selalu internet nak laju macam kat rumah. balik utp kang, aku hadap la kau balik. ok? ehehe.



inilah game-nya. hihi.


Wednesday, January 11, 2012

selasa rabu.

selasa. usai saja tamat paper Islamic studies, berlari balik tukar baju capai mop capai penyapu dan away ke rumah baru. dengan gaya se-stylo acik cleaner, serbu rumah baru, bilik baru. cis ingatkan aku dah cukup pantas. rupanya dah bising dengan bunyi vacuum. rumah 4bulan tak berpenghuni, memang berhabuk sangat. kemas kemas sikit, balik bilik lama packing barang. ada la dekat selori barang aku. terbaik. sakit sangat satu badan pindah bilik punya pasal. haih lepas ni ada yang aku stick je kat situ sampai habis degree. nak muntah sebut hal pindah.

malam dah penat sangat. habis kemas barang pukul 2 pagi. baru nak lelap, bunyi bunga api. haih bersuka ria pulak budak utp pasang bunga api. lambat benar sambut new year nya. sure kes merdeka habis exam. enjoy katak lah semua.

rabu. seronok sangat. balik rumah cuti sampai cny. bukan selalu utp nak bagi cuti lama2. dan paling seronok, seempuk mana pun tilam v4, tilam aku jugak yang aku rindukan. back to this bed again, ahhh heaven.

hoyehhh dan dah mula rindu masakan mak. mak, cepetan balik.

Wednesday, January 4, 2012

final.

asyik sangat stadi, tau tau esok dah start final exam. tak payah nak asyik sangat lah. asyik sangat melayang fikiran ada. tapi kalau dah tahap nak muntah hadap nota TS, memang terlebih asyiklah tu namanya. siang hari berjaga, malam membuta. tak berubah pun rutin hidup aku. aku bukan jenis yang rajin nak stay up. bukan tak rajin, tak mampu. errr kalau time last minit nak hantar esaimen tu mampu la pulak berjaga sampai 3 pagi. ok tu maksimum. 

saban hari aku tergelak mengenangkan rumet aku. siang hari kalau stadi 2-3 belas minit kemudian dia akan membuta. takpe la, otak dia power. lagipun, malam dia berjaga. aku ni? uhuk uhuk. selalu jugak dia lari keluar bilik ber-study group. aku ni? forever alone. jiwa solo tak suka stadi group. bukan tak suka, tapi macam tak sesuai dengan jiwa. bukan apa, kalau reti disiplinkan diri takpe nak stadi group. ni banyaknya gosip dari stadi, tak payah nak stadi group sangat.

aduhai dengan nak balik, dengan nak kemas barang, dengan nak pindah village, dengan nak final exam, dengan kena catu duit makan lagi. oh makkkkk, nak balik secepat mungkin. tambah lagi dengan kempunan nak makan ketam, manggis lagi. haih banyak benar dugaan. [dugaan ciptaan sendiri] 

nota kasih untuk final exam: cepetan beredar !

Monday, January 2, 2012

kau paling cantik.


kau paling cantik bila punya otak cerdik.
cerdik bukan pada cgpa semata.
bukan pada hebatnya lidah melontar kata.
tapi cerdik dalam mengguna nikmat yang Pencipta kurnia.