geng bas sekolah

Saturday, December 31, 2011

diari baru.


2011 bakal melabuhkan tirai. dan aku, masih melabuhkan punggung di sini, menanti tahun depan muncul dengan penuh kesabaran. well, tahun depan kan final exam [bak kata sir MN]. 2010 dan 2011 aku bertahun baru di rumah, lepak beranda, makan kek, tengok bunga api keliling rumah, and do weird stuffs dengan syafiqa zakaria. sedihnya kali ni takde lagi semua tu. tapi kali ni ada athirah anuar dan nadhirah rosdi dan nampaknya kami akan berbual panjang malam ni. lama sangat tak jumpa athirah. sanggup pulak datang jauh dari UM. terharu T-T

malas cerita tentang azam sebab awal muharam haritu dah banyak sangat azam yang baru beberapa persen tertunai. maka aku cuma perlu upgrade-kan azam tu untuk lebih baik di tahun depan. kalau nak diceritakan banyak sangat cerita perihal 2011. mana taknya, umur masuk 18 memang banyak sangat lah story-nya. dengan culture shock masuk U lagi. kalau selongkar balik entri entri sepanjang tahun, banyak sangat yang aku dah carut marutkan. gelak sorang sorang bila aku baca balik. gila. entah berapa banyak masa aku dah laburkan untuk blog kan.

sekian, toceh. selamat datang diari baru, 2012.


Wednesday, December 28, 2011

study week bermula!


adios langkawi and hey again utp.

hey again study week dan tak lama lagi muncul si exam week. mak ajak melancong untuk kumpulkan study spirit dalam ketulan daging dan tulang supaya aku tak bermalas malasan untuk meraih best marks. tiga hari tinggalkan utp, dah rasa macam setahun tak balik sini. hebat hebat.

banyak fakta aku raih sepanjang aku bercuti. sini aku kongsi.

#1 - kalau ada yang pernah naik cable car @ langkawi, mesti tau bridge dekat atas gunung tu. gayat tak gayat sampai abang aku tak berani nak pegang apa benda pun. dia kata takut shaking. lol. masa aku naik tu, ada satu family dari klate. satu pakcik tu tibatiba bersuara lebih kurang macam ni la. 'ni baru jambatan dunia, tinggi sikit pun dah takut. titian sirat dekat akhirat, macam mana lah'. terkesima aku satu keluarga. tabik la pokcik. kira beruntung sebab pergi holiday ada jugak dapat something yang berharga macam ayat pakcik tu.

ni haa jambatan tu

#2 - aku rasa aku taksub sangat dengan nasik sampai jadi tak keruan bila sehari tak jumpa nasik. mak cakap patut gantung periuk nasik je kat leher aku. haikk, sampai macam tu sekali?

#3 - abang aku adalah insan yang sangat tak matang. 24 jam gelak. yang lebih menghairankan, aku mesti follow gelak sekali walaupun aku taktau di mana lawaknya. err.

#4 - tumpang tanya, orang langkawi masak memang lambat ke? semua restoran yang aku pergi, servis lembab gila. sorry to say tapi itulah hakikatnya. nak kata ramai customer, hmm nampak macam ramai angkat kaki je. mungkin kami yang salah pilih restoran kot.

#5 - jeti langkawi memang dah cantik sangat. dah macam kl sentral. last time aku pergi bak kata mak, takda apa pun sana. 14 tahun lepas. memang lah kan. tapi aku tak tau apa function dia bina kaunter untuk teksi walhal dia suruh deal sendiri dengan driver teksi. kejadahnya? dan lagi servis dia tak berapa nak efektif sangat. menurut pandangan aku lah. tapi uncle teksi semua baik belaka. dan paling penting bukan jenis ambik kesempatan caj mahal mahal.

#6 - kalau nak pergi mangrove tour langkawi, digalakkan datang ramai2. dalam 10 orang ke, baru berbaloi. sebab satu bot memang harga sama tak kisah la berapa orang dalam tu. kami yang rugi sebab naik 4orang je. dan ambik pulak pakej yang tak pergi andaman. sangat tak seronok. kalau pergi ramai2 boleh share money, ambik pakej paling mahal, rm400 rasanya. yang tu macam best sikit. dapat ronda banyak tempat.

aku rasa kena duduk seminggu baru habis satu langkawi aku terjah. hihi. dan sekarang aku kembali hadap buku dan tunggu kertas putih datang sergah aku.

Thursday, December 22, 2011

vacation.


hmm lately ni tak boleh nak berlagak macam orang free 24 hours sangat memandangkan final exam bakal datang terpa aku. words dari lecturer programming, serius tak boleh terima. 'lambat lagi kan final exam kamu. tahun depan kan'. ha ha ha, itu sangat lawak sir. yes, memang tahun depan, tapi kalau dah tinggal dua minggu je lagi nak end 2011, tak payah nak tahun depan sangat lah kan. hmm rasa macam baru semalam final exam sem satu.

maka krismas ni warga utp pun berpusu pusu pulang ke rumah. mencari ketenangan mungkin sebelum nak hadap study week. aku pulak bukan main gelora jiwa sebab mak tak bagi balik. mula mula macam dah pasrah je kan, siap plan nak ke gua tempurung merawat luka. but then, mak cakap, kita akan ke langkawi. aku pun macam, 'apa mak? serius aa serius aa serius aa.' hmm apa cerita vacation emak ke chiang mai?

hihi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, vacation mak dan bapak officially cancelled. patutla nada cemberut semacam. tu lah, lain kali kalau plan kena include anak dara yang tercinta baru menjadi. kiranya plan mengejut ke langkawi ni merupakan episod merawat hati yang lara lah. haha terbaik lah mak. berbekalkan fakta yang kita memang dah lama tak jejak langkawi, berita ini adalah sangat menggembirakan. hihi [last time aku empat tahun je kot. mana ingat apa2]

moga moga vacation ni akan menambah exam spirit aku! hoyehh. sekian toceh!

Monday, December 19, 2011

tiga hari dua malam.


dah banyak hari sangat aku speechless bila hadap blog. tangan aku dah hilang daya nak menaip. lebam habis. kem punya pasal. terkejut jugak balik tengok tangan semua lebam. itulah akibatnya menjadi lepasan spm yang tak dipanggil sertai plkn. urat terkejut tak pernah main lasak.

DAY 1
masing masing bising sebab bas gerak sejam lewat. dah la nak kena menapak sejauh-jauh chancellor hall. pentadbiran agak kucar kacir mungkin sebab faci tak cukup experience. memandangkan girls adalah minoriti, maka protes besar-besaran dimulakan apabila terpaksa menapak jauh-jauh. haih. salah batch kitorang. ramai tarik diri saat akhir. counselling unit pun banyak kuciwa.

macam biasa aktiviti first wajiblah ice breaking. seronok sembang dengan international. semangat sangat diorang tu. kadang ada yang over bersemangat tu, memang tahap kena gelak la. malamnya nightwalk. nightwalk paling osem dalam sejarah hidup aku. lama sangat nak tunggu sorang sorang turun, tertidur atas bukit berlantai tanah, berbumbung langit. group aku among yang last turun. around 6am baru kitorang turun kot. tangan lutut semua berbirat langgar batu, pegang tali.

DAY2
haa, ni lagi osem. tak pernah aku pergi kem dia bagi rest lama lama. disebabkan semua kepenatan, maka aktiviti start pukul 11. memang tahap tidur berguling guling lah semua orang. faci pun dua kali lima. petang tu obstacle pulak. yang ni memang betul2 plkn punya aktiviti. dalam sejarah hidup, monkey bar adalah musuh ketat yang paling aku benci. dulu kini sama saja. aku tak pernah reti nak gayut2. so dalam terpaksa aku pegang dua palang, dan dengan lafaz bismillah terus aku terjun dalam air. aura gelak tawa pun mula ke udara.

preparation untuk culture night paling seronok. platoon aku kena buat boria. preparation terbaik tapi persembahan, haha teruk sangat. sebab aku lupa lirik. wahaha. kesian international semangat gila hafal lagu. tapi seronok tengok diorang enjoy gila belajar boria.

DAY3
dah nak balik semua pun dah penat. ada satu game ni, train-apa-tah. memang sangat perlukan team work. team girls berperang mulut dengan faci time game ni. well, faci memang diwujudkan untuk menyeksa kami dari hujung rambut hingga hujung kaki kan. syeda paling dasyat sampai kena panggil bagi ibrah. haha.

dah balik. penat. tido. badan berbirat. otak kejang. marathon siapkan esaimen. haha.

Thursday, December 15, 2011

berputar urat.

dua tiga hari ni tak dapat nak usik sangat blog ni. nak menulis pun macam banyak lagi benda yang lagi penting mintak ditulis. nak taip, lagilah ber-bundle esaimen nak ditaip. alahai, paling syahdu tang nak jana idea. semalam macam nak pos entri tapi tak jadi sebab dah blank sangat sangat. at last, terkubur hasrat.

alhamdulillah sebab semalam marathon siapkan esaimen islamic studies. dah siap tapi nak kena touch up sikit sikit sebelum present esok. hari ni yang sepatutnya free after 1pm tadi dah jadi tak free gara2 class replacement. tapi takpe, penat hari ni untuk minggu depan punya heaven. minggu depan banyak kelas cancel. tapi ada test programming. takpe takpe, all is well :)

dalam busy macam ni, tiba tiba jiwa menggedik merindu insan insan yg dah lama gila tak bersua muka. wahh menggedik jiwa dan raga. rasa nak jumpa semua tapi bukan jasad aku boleh belah2 pun. dan hakikat esok kena pergi kem mematikan segala rasa jiwa.

sekian toceh.

[lalu dengan rindu kita kembali ke dalam dakapan ukhwah]

Thursday, December 8, 2011

mak, nak ikut!


minggu lepas balik rumah. aku dikejutkan dengan berita tergempar. tak, tak gempar pun. mak dengan bapak akan cuti cuti di chiangmai TANPA AKU dan fie. ulangan, TANPA AKU dan fie. mulanya AKU DISENARAIKAN sebagai calon yang turut serta. malangnya, pada tarikh yang berkenaan aku sedang study week dan final exam bakal menerjah aku.

dari mood sukaria bertukar ke mood muram durja. sangat mendukacitakan. tapi takpe, bagi chance. fie macam biasa, muka heartless gila. ahh dia memang tak pernah kisah pun. untung la, selalu on vacation sendiri dengan geng dia. aku ni, utp dah la kedekut cuti. time orang lain seronok cuti, kami orang exam. inilah kehidupan. woahhhhh.

minggu depan kanak kanak foundation may dan sept akan dipos ke kem plkn teluk rubiah. wahhh mau bikin apa sana? ofkos lah untuk diseksa dan dipaksa jalani kehidupan ala ala pelatih plkn kan. hmm, diseksa macam kejam sangat je. aku dah meloncat loncat ni. suka sangat kem kem ni. harap harap takde pacat yang meloncat sama.

sekian, toceh!

Saturday, December 3, 2011

ditindih lalu aku menjerit.


aku sedang tidur. ada sesuatu datang timpa aku. jatuh satu demi satu. buk buk buk. aku celik mata. aku masih mamai. pandangan masih kabur. bila dah jelas aku meraung. warghhhhhhhhh! lambakan esaimen jatuh timpa aku. lepas satu, satu. aku derita. aku tak suka. aku selalu macam ni. suka tangguh lepas tu kabut lepas tu kecewa. cepat lah berubah, kata nak hijrah. cepat lah berlalu minggu penat lelah.

err balik rumah pun tak rasa heaven macam dulu kala. haih.