geng bas sekolah

Tuesday, November 29, 2011

5.50 KONTES


hihi dah lama tak join kontes. di sini aku mempersembahkan sebuah kontes oleh BUDUDANBELACAN .

ni haaaa kontesnya


siapa nak join silalah sila. boleh la asah thinking skills. dah lama tak jumpa paper BM kan, apa salahnya ada aura back-to-school sekali sekali. untuk maklumat lanjut, sila lah selongkar sendiri tuan punya blog ya. awesome!


Monday, November 28, 2011

sound trouble.


aku benci earphone, headphone dan yang seangkatan tentera dengannya. sebab, hati aku yang gabak ni mudah sangat dikecikkan gara2 si penyumbat telinga dua ketul tu. hish.

tak ke rasa macam lagi bagus cakap dengan tong gas, daripada cakap dengan orang yang telinganya disumbat ketulan ketulan bulat pengeluar bunyi tu? dah banyak sangat pengalaman. habis air liur aku bercakap, dan si anon yang terbabit pun dengan sukacitanya bertanya, 'KAU ADA CAKAP DENGAN AKU KE? [senyum kambing]' . takde pulak yang nak tanya, 'kau tengah berzikir ke?' . mungkin mereka ni ingat aku berkomunikasi dengan alam kot.

nak kata tak dengar, aku rasa aku dengar je apa bunyi bunyi lain bila pakai earphone. atau earphone aku tak cukup canggih? tak tau lah pula. habis kalau dah dengar lagu sampai aku pun boleh tau lagu apa kau dengar, baik pakai speaker terus.

tapi kalau yang pakai speaker ni lagi lah. aku tak tau la telinga dia ada masalah apa, sampai tandas pun boleh dengar lagu. kalau lagu takpe lagi. habis kalau dah pasang citer hantu, citer thriller jerit jerit every night, tak ke haru orang dengar. agak agak la. ni baru kejiranan dalam kampus. haih.

pssss, abang aku pun sama. suka pasang lagu tamil kuat kuat. bila aku terjah bilik dia, tau pulak nak menghalau. cehh.

Sunday, November 27, 2011

hijrah.


salam maal hijrah :)

aku sedang cuba berhijrah. dari aku yang malas. kepada aku yang rajin. dari aku yang lalai. kepada aku yang tekun. tekun beribadat. tekun menelaah. bukan tekun makan aje lebih. banyak sangat azam baru kalau nak dikarang. yang di mulut, yang di hati, yang di akal. memang banyak sangat. kalau nak dijelas, takut tak terungkai. jangan tamak sangat. nanti semua pun tah ke mana. sikit sikit lama lama jadi bukit. perubahan tu tak semestinya mendadak. asalkan ada niat. insyaAllah akan berhasil. tapi mesti datang dengan usaha. niat tanpa usaha pun sia-sia. macam ilmu tanpa amal. kan sia-sia. dianalogikan seperti keldai yang membawa kitab yang berat. renung renungkan.

ya, malam ni memang aku sedang rajinkan diri. harap bukan untuk malam ni je. alhamdulillah, satu kerja berat dah langsai. dan di atas meja sana, dua tiga lagi kerja berat menanti. atas katil ini, ada mata yang berat gara-gara non-stop action hadap esaimen. mungkin aku patut kesiankan mata yang berat. esok ada lagi tugas menanti. bangun pagi pagi hadap Ilahi. ya Allah, moga semua azamku terlaksana. amin.

selamat malam.

Wednesday, November 23, 2011

kahwin? belum.


*tiba tiba aku rasa post ni annoying gila*

dari semalam bawak ke hari ni, telinga aku ni asyik dengar kawen kawen kawen. haih. mula mula ustazah sentuh hal kawen. hal poligami. hal wife-to-be, husband-to-be, parents-to-be yada yada yada. tu belum campur topik sembang petang bersama classmate. haa memang tak berpenghujung dengan topik kawen. lepas tu semua nak andaikan aku yang dah berkahwin kelak. ish ish ish.

aku cakap, aku nak mak pilihkan. tapi mak nak aku pilih sendiri. tapi aku berkeras, aku nak mak pilihkan jugak. cewahhh, cakap as if esok nak kawen dah. foundation pun tak habis lagi. yang pasti aku taknak bapak pilih. nanti dia pilih yang sama geng dengan dia, senang ajak ngail. tak habis habis topik ngail ngail ngail. haih.

haa berbalik pada topik asal, maka semalam masa usrah pun sentuh bab perempuan jugak. atau lebih ditekankan, bab kawen. serius-ly, dengan pemikiran aku yang masih dipenuhi kamen rider dan yang seangkatan tentera dengannya ni, susah nak adapt hal nikah kawen ni. bukan nak perasan muda sangat, tapi memang muda sangat pun. tapi mek kawen umur 13, errrr.

otak oh otak, moga moga kau jangan serabut sangat pikir hal ni. esok ada test, konfem tak keluar soalan nikah kawen. better fokus pada benda yang sepatutnya. hihi. jangan nak menggatal sangat.

kawan aku tak habis habis membayangkan aku yang dah kawen kelak. tak kurang juga yang membayangkan dengan siapa aku kawen kelak. haha aku pun tak tau, apetah lagi kalian kan.


Monday, November 21, 2011

memadu kata.


semakin dicuba memadu kata,
semakin kelat kata tercipta,
sekali diibarat hempedu,
selamanya kelat terasa.
andai satu masa peria bertukar manis,
tetap gemetar lidah merasa,
tetap gentar gigi mengunyah,
bimbang pahit masih tersisa.
tapi andai tebu bertukar pahit,
pasti masih ada yang meneguk airnya,
ingin menikmati manisnya,
walau kini tak manis lagi,
suatu masa dulu lidah pernah mengecam manisnya.

Thursday, November 17, 2011

hihi dia dah 18


ke hadapan rumet yang dicintai dan manjai.

happy 18th birthday! aku nak gelak besar sebab kau akhirnya dah lapanbelas. selama ni kau sibuk intro diri 'NAMA SAYA NADHIRAH. SAYA TUJUHBELAS.' haa esok jangan kau nak kata kau cuma 18 tahun sehari pulak. ada yang aku baling tong gas. haha.

tadi kau kena prank habis habisan. ampun. dan ampunlah, rumet kau ni tak pandai lah nak aniaya orang sangat. so mungkin surprise party ni bukan the best dalam hidup kau pun. dan disebabkan banyak hal yang berlaku, plan A aku dah kucar kacir. dan malangnya aku takde plan B. dan sebab tu aku terpaksa guna plan C yakni aci redah sembur menyembur.

anyway, walaupun aku tau kau tak rajin selongkar blog aku, aku mendoakan agar kau berjaya dunia akhirat. jentik aku bila aku salah. jangan risau, akan aku cepuk kau bila kau silap. kita kawan dah lama. teruskan berjuang. aku ada dalam bilik yang sama dengan kau. haha nak tak nak kau kena hadap jugak muka aku. kita ada 3 tahun lagi untuk sebilik.

ok intan payung, semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki. iloveyou muah muah. haha rasa nak muntah.

Sunday, November 13, 2011

baik aku jangan ada diari.


subuh. bapak mula bising kejut subuh. geliat geliat sikit. bangun. solat. tidur. bapak dah keluar sarapan. tinggal aku dengan mak. bapak balik makan. bapak mandi. [haha keluar makan tak mandi]. bapak kejut mak. mak mandi. mak kejut aku. aku mandi. semua siap. check out. pekena nasik kerabu dengan mak bersama milo tarik dan nescafe tarik. bapak hisap rokok di luar. ish ish ish. bapak pandu kereta. kereta meluncur ke cameron highland. turun beli sayur. seronok. lalu jalan liku liku. tak seronok. pening. tidur. tahu tahu sampai utp. lagi tak seronok. mak dan bapak balik rumah. lagilah tak seronok. kemas kemas kain. homework bertimbun tak siap. arghhhhh. sampai sekarang masih arghhhhh. lepas ni tidur. esok kelas pukul 12. chill sudah.

[kalau aku ada diari, seronok abang aku selongkar]

Tuesday, November 8, 2011

lali dalam lalai.


aku semakin lalai. aku semakin lali dengan kehidupan lalai. aku ingin perbaiki diri yang lalai. aku bencikan diri yang lemah gemalai. aku benci rasa malas bak keldai. aku jadi bertambah lalai. lalaikan aku dari rasa lalai. buang jauh jauh, campak ke dalam gulai. jangan bagi aku makan nanti aku tambah lalai. nanti aku jadi apa yang kau tak andai. tak pasal pasal ada rotan datang tibai.

p/s: sukacita dimaklumkan, ambo nok kelik klate :)

shhhh rahsia.


hati, kadang aku rasa kau banyak berahsia dengan aku. padahal hati sendiri. akal pun sama. kuat kau berahsia. satu demi satu, hal yang bukan aku tak tau. tiba tiba aku jadi tak tau. kuat kau berahsia dengan aku. haa jiwa apetah lagi. bisu tak bersuara. kadang kau meroyan terpekik terlolong. sakit gegendang telinga. jiwa pekik kau dengar. akal marah kau pekak. ada pulak ? mulut pulak, tau nak bekerjasama dengan perut je. perut yang tak pernah pandai nak berahsia. lapar je bunyi simfoni alam. lapar je bergendang. cuba kau duduk diam diam berahsia macam yang lain. haih tegang urat aku kalau hari hari macam ni. dengan nak kawal mata lagi, mulut lagi. haih.

p/s: hihi sekarang pukul 2.41 pagi. aku dengar fie masuk dapur goreng goreng something. lapar lah tu ~

Friday, November 4, 2011

ktm.


duhai ktm:

- cukuplah menipu aku dengan jadual kau yang tak betul.
- aku dah penat dengan speed kuasa siput kau.
- aku kesian dengan kau sebab sering dinaiki manusia tak bertimbang rasa.
- aku benci kau di kala orang balik kerja.
- aircond kau memang dah berzaman tak servis ke?
- aku memang suka tunggu kau lama lama.
- bila kau nak maju ?
- ets pun macam dah nak ikut jejak langkah kau.
- tolong ya, berubah lah sebab aku sangat perlukan kau.
- kalau kau nak tau, ramai lagi yang akan gembira dengan perubahan kau.

Thursday, November 3, 2011

makan tidur.


mengenangkan esok balik, terasa malam ni tidur pun lena gila. mengenangkan esok ada test before balik, terasa malam ni takkan tidur [sebab dah terlajak tidur siang]. ni kalau mak tau, alamat kena lecture berbakul bakul. dah makan banyak sangat lunch tadi, mata pun mulai kuyu. cuaca pulak alahai, memang sedap kalau dapat sorong bantal ni. konon stadi kan atas katil. mula mula duduk. lepas tu meniarap, last last dah baring terus tarik selimut. sedar sedar dah asar. tak guna punya godaan. kali ni aku terpedaya. cis.

hujan sekarang tak menentu. pukul 12 tadi, dah macam maghrib gelapnya. padan muka, malas bawak payung. pesan mak bukan nak dengar. payung buat hiasan dalam bilik. jadinya, lencun sampai bilik. balik balik mandi. solat then makan. tu yg lagi sedap nak tidur tu kan. tengah sejuk. tengah kenyang. nikmat.

entah bila nak pack barang. entah bila nak stadi. entah bila nak angkat kain [yang dah basah pun kena tempias] . entah bila nak bangkit dari katil ni dengan gagahnya.

esok.