geng bas sekolah

Thursday, September 29, 2011

mana kau duit ?


duit mencurah curah keluar minggu ni. sem lepas style gila, jangankan buku teks, lecture note pun langsung tak beli. jimat betul. bantai cara klasik je. salin salin salin. bersepah nota cacingan dalam kitab. kedekut habis. satu buku untuk semua subjek. bukan apa, senang nak cari. tapi kang hilang satu hilang semua.

maka kocek pun dah tak lagi berkepuk macam hari aku sampai sini. sedih mengenangkan duit keluar. tapi takpe lah, demi ilmu. mak pun tak bising. aku pulak sedih lebih lebih. well, kalau buat beli makan tak kisah pulak kan. errrrr hehe.

[saya suka la lecturer thinking skills]

Tuesday, September 27, 2011

siapa di sebelah kamu sebenarnya ?


sepak bola.
bukan hanya guna satu kaki.
tapi kedua-duanya.
satu menyepak.
satu lagi bertongkat teguh.
menampung yang menyepak.
agar tubuh tidak jatuh.

kadang kita tak sedar.
yang sentiasa di sebelah kita.
sebenarnya yang paling menjaga kita.
kadang kita tak perasan.
tak pernah pula berterima kasih.
berjalan megah pula.
kerana kita rasa,
kejayaan itu milik kita sahaja.
tanpa kita sedar,
hadirnya dia menongkat kita.

Monday, September 26, 2011

urat berjoget.


kelas pertama untuk sem 2 dah menunjukkan aura negatif. bukan dari sudut emosi. emosi memang sedang terkinja-kinja nak resap ilmu baru. ni dari sudut fizikal. barangkali urat terkejut hangkut bagasi raksasa selepas hidup senang lenang 2 minggu. sakit urat. kepala berat. lenguh. mual. suhu naik. lidah hilang deria. ya ini semua dugaan.

terasa nak terjah klinik poket C malam ni. tapi bila memikirkan se-bundle ubat-ubatan yang paitt, lupakan saja klinik. lepas ni perlulah joget joget aktifkan diri supaya bakteria hodoh cepetan berambus dari tubuh aku.

hoyehh malam ni ada kelas english di poket D jam 10-11 malam. wahh, tak boleh lewat lagi lah kelas. sejuk panas sejuk panas terasa badan ni. malam ni kena embun lagi. tadi dah bantai redah hujan. nak bawak payung ke taknak? ya, payung aku memang tersergam indah atas rak buku. jauh dari cacat cela. haih.

[hoyehh, lepas ni boleh henshin lagi macam haritu]

Friday, September 23, 2011

em emma es esa. masa.

procrastination is the thief of time. ya idiom ni memang layak untuk aku. lempar tepat tepat kena batang hidung. tangguh itu tangguh ini. ungkapan rilek, ada masa lagi memang dah terlalu asyik menari-nari di bibir ni. hasilnya, macam biasa lah, itu tak siap, ini tak buat. bukan takde masa. maklum lah, busy sangat rilekkan diri. kejadahnya.

masa itu emas. ya, malah lebih berharga lagi. at least emas dah gadai, ada duit kang pegi tebus. dah jual ada duit kang pegi beli baru. masa kalau dah buang takde makna nak recycle balik. dia tak layan dah. sekali pergi tak balik balik lagi dah. mahal tu. sekarang masa bukan berkuasa siput macam dulu. kalau puasa nak tunggu berbuka, tengok jam macam tak gerak gerak. sekarang puasa rilek tak rasa apa. tau tau, eh dah berbuka.

time waits for no man. betul, memang betul. aku dengan kau, kau dengan dia, dia dengan mereka, mereka dengan semua umat manusia sama. masa yang kita ada sama. tak payah nak dengki dengki.

well, ekceli aku nak motivate diri sendiri. inilah natijahnya, cuti dah dua minggu. harini baru nak susun jadual sem 2. berpinar pinar jugak lah nak menyusunnya. haritu berlagak bukan main. alah, setakat susun jadual. sambil lepak makan kuaci tengok shin chan esok boleh susun. ambik kau.

Thursday, September 22, 2011

aneka aura.


dua tiga hari lagi, mulalah 'aura malas balik' ke udara. tengok muka mak macam tau tau je aku akan protes lagi bila cakap cuti dah nak habis. mulalah mengamuk satu rumah. itu tak kena, ini tak kena. mulalah demand nak makan macam macam. pendek kata, semua isi rumah, sila berikan full attention pada aku sorang je. haa, mintak peha biru ada. mau kena pulas dengan mak.

satu. malas nak berkemas.
dua. malas nak naik ETS.
tiga. malas nak memunggah barang.
empat. malas nak susun jadual sem dua. sem dua?

wah wah, banyak betul malas. tukar pulak. sayu

lima. sayu nak tinggalkan family [anak mak]
enam. sayu nak tinggalkan masakan mak [tandaseru]
tujuh. sayu nak tinggalkan katil [lagi tandaseru]
lapan. sayu nak masuk sem dua. sem dua?

cukup cukup sayu. habis airmata aku. aaaaaa sokmo macam ni. bersemangatlah! cepetan lah ke udara 'aura back-to-uni' wooiiii. curi tulang saje. cehh

dan kau SEM DUA, sila lah berbaik baik dengan aku. cukup lah sem satu dengan empat subjek. nampak sikit walhal dalam empat tu, lagi dua puluh topik muncul. dalam dua puluh tu, lagi entah berapa banyak anak anak topik muncul. sem dua lima benda nak kena belaja. dilipat lipat gandakan jadi berapa dah tu? ahh takmau pikir. kelak, kena hadap, kena hadam.

sekian toceh.

Sunday, September 18, 2011

hati cuma satu. akan jatuh sekali. sekali sampai mati.


dah lama aku ikat lidahnya hati
aku biar ia kelu tiada menjerit
aku biar ia derita tiada mengungkit
hati ada bisik
tiada aku dengar
hati ada pekik
lalu jiwa aku pekakkan

hati cuma satu
belum jatuh maka jangan
sampai saat tibanya waktu
satu nama terisi
satu nama itulah yang muat cuma

tiada hati untuk disewa
tiada hati untuk dibeli
tiada jiwa untuk dicarik
untukmu nanti
untukmu kelak
mahligai indah aku sedia
percuma
bukan disewa
bukan dibeli
bukan dimiliki
tapi anugerah untuk kamu

Saturday, September 17, 2011

episod makan.


kepak kepak kebung kebung
kepak kepak kebung kebung
kepak kepak kebung kebung

hari ni marathon kenduri kawen. ramai pulak kawen harini. aku tumpang senyum, tumpang suka, tumpang gembira. pasaipa? haaa pasai nasik kenduri lah. sedap sedap sedap. hari ni bapak aku tewas. bapak menyerah kalah untuk kenduri yang ketiga. dia tak hadap nasik dah. makan tapai saje. berbanding anak dara dia ni, tiga kenduri, tiga pinggan nasik lah. wajib lah kan. lain kenduri lain menu kan kan kan?

kenduri satu - menu dia yang paling sedap adalah pecal. jawa mari. mak, febret ai tuu ~

kenduri dua - menu biasa biasa je tapi boleh tahan la sedap. sambal belacan dia, pergh.

kenduri tiga - mula mula macam taknak makan. tengok menu klate, mana boleh lepas. nasik dia sedappp. nampak sangat orang kelantan masak, nasik je pun dah sedap. dengan gulai kawah. waaa rasa macam makan kenduri rumah mek <3

haih, malam ni dua lagi open house. taktau la nak redah ke taknak. macam macam dah makan harini. tolong lah, jangan buat majlis serentak boleh tak? kang esok esok dah tak dapat makan kenduri. hihi.



Friday, September 16, 2011

menara jagung lagi.


hoihh rindu gila aweks aweks VHR. well dah rindu kenalah jumpa. dah jumpa kenalah kongsi aneka cerita. dah cerita kenalah saling respon each other. dah respon kenalah saling gelak. well, tadi sesi saling nangis takde. semua tengah mood ceria gembira. lama pulak tak jumpa. weeee

meet syahirah mahyat @ kl central. tunggu dia agak lama ya. memang 7kali jugak la aku tawaf kl central tuh. dengan manusia berasak. line beli tiket bukan main panjang. nasib baik aku hangkut TnG. kalau tak, aku patah balik. takmau lah seksa diri berdiri lama tunggu tiket. sampai je anak encik mahyat, mula la drama tempatan. apelagi, tak segan silu dah lari peluk peluk. hoih malu jugak bila teringat.

meet shira, tya dengan mon @ klcc. woaa serius seronok. makan makan. movie lah yang lawaknya. cerita tak rancang. cerita best ofkos lah penuh kan. cuti umum pulak. so aci redah lah masuk pi tengok CONTAGION. haaa memang tahap membatu lah dalam wayang tu. nak gelak rasa tak lawak, nak nangis rasa tak sedih, nak tutup mata rasa tak seram, nak jerit rasa tak terkejut. haih. bunyi kunyah popcorn je lah. haha.

suppose jalan dengan nazz jugak. tapi selisih kejap, cadang nak jumpa balik. lepas tu jalan jalan, mak call kata dah ada depan klcc. nak tak nak kena menapak keluar, balik rumah. takpe, dah lepas rindu. weee tak payah berasak dalam lrt. seronok seronok.

nah layan gambar. mengantuk sudah. plus, nak kumpul energy marathon kamen rider. weeee :)

. shira . den . tya . mon .

abaikan aksi terlebih happy di atas

double couple. haha.

. mon . yett . shira . [bakal dipos ke mozambique]

tabik hormat

nasi ayam dia seciput je kan. aku pulang dalam kelaparan

megah gila muka masing masing

gambar adalah dikebas dari fesbuk cik syahirah mahyat


Tuesday, September 13, 2011

kamen rider fourze.


kamen rider ooo dah tamat di jepun. sob sob sob. sangat menyedihkan. aku tak habis tengok lagi. tapi takpe, fie dah habis download. maka boleh je mintak bila bila masa dan mula marathon tengok semua sekali gus. balas dendam habis exam kan. goukaiger belum tamat. tapi same case. lama tak hadap. boleh laa rembat sekali.

hoyehh, dah tengok dua episod siri kamen rider terbaru. omegi! aku sangat teruja! KAMEN RIDER FOURZE! baru tengok dua episod dah jatuh cinta. lawak. awek comel tahap senyum sampai telinga. hero lucu tahap tengok muka dia pun boleh cair anak mata [ok hiperbola].

hmm, memandangkan kat jepun pun baru episod dua, aku sibuk sibuk desak fie nak tengok episod tiga. padahal keluar pun belum. waaaa lepas ni banyak miss lagi. cis cis.

rilek, bertenang, tak lari gunung dikejar. sooner or later habis jugak. muahaha. evil spirit ke udara. ada jugak yang aku layan cerita anak-anak riang sampai tak tidur malam ni kang. hihi.


haha tak matang betul. lepas henshin buat gaya aneh ni <3

image

AWESOMEEEEE! [tak pernah terpikir impian macam ni]

image

haha dia pulak ajar macam mana nak henshin. KAWAIII <3

Monday, September 12, 2011

mana rakanku pergi?


hari berlalu. sunyi. semakin sunyi. sepi. kian sepi. tiada yang menghibur. lemau. lemau lemau. bercakap sepatah. noktah. sepatah lagi. noktah. dan deretan noktah mengikut. petanda sepi.

hari dulu. penuh tawa. bingit. penuh debar. jantung kembang kuncup. hati degup laju. tangan sejuk beku. suka bila suka. duka pun suka.

ke mana rakanku pergi?

Saturday, September 10, 2011

selamat datang kebahagiaan :)


hoyeh, dah boleh joget joget seperti sedia kala. dah boleh senyum lebar sampai telinga. selamat tinggal kertas putih sekalian. moga pandai pandai kau bodek lecturer bagi markah lebih di kemudian hari ya kertas putih.

esok balik. tak boleh nak kecoh sangat. setakat cuti 2minggu. makan tidur makan tidur dah habis pun 2minggu. lepas tu masuk sem baru. wah wah wah laju betul. rasa macam baru semalam tercampak di bumi tronoh ni. rasa macam baru semalam protes itu ini itu ini. haih,

tahun depan kang tak sedar diri pulak dah masuk degree. wooaa sangat menakutkan. hempas pulas menelaah malam tadi. boleh lah sambung sorong bantal lepas ni. takde la rasa bersalah sangat kan. selama ni tidur malam mimpi aneka formula. lepas ni boleh la mimpi abang SRK ke, uhuk uhuk.


Wednesday, September 7, 2011

SYAHIRAH MAHYAT, sini kejap.


SYAHIRAH MAHYAT!

kau mengejek aku kan,

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku manusia, belum naik hantu lagi. ngeh ngeh ngeh.


Tuesday, September 6, 2011

tak boleh susah lagi lah?


lebih baik balik rumah
balik jadi suri rumah
tak payah susah susah
jumpa paper payah payah

mak, baik nikahkan aje anak dara mak ni

.hipertensi dah datang.

Saturday, September 3, 2011

kau raksasa.


pergi raksasaku pergi
layangkan perkasamu
bingit telingaku
mendengar pekik amarahmu

mari raksasaku mari
layangkan perasaanmu
rindu hatiku
mendengar bait bicaramu

lari raksasaku lari
layangkan kentalmu
hancur jiwaku
mendengar kata dustamu

ke mari lagi ke sini raksasaku
dan jangan pergi lagi
nanti kau tiada
dengan siapa aku berperang kan?


jangan menangis sayang.


sedu sedan sang sahabat
menghadirkan sebuah rasa
rasa yang membinasa
rasa yang berbaur kecewa
mengapa engkau menangis?

menyedihkan.
mengapa aku tak erti bahasa matamu?
mengapa aku tak erti rayuan lesumu?
mengapa aku tak erti jeritan jantungmu?

walhal aku ini sahabat
walhal dahulu aku janji
aku janji aku setia di sisi
saat kamu suka
saat kamu duka
namun mengapa kau menangis sendiri?
mengapa aku membiarkan kamu?
sedang aku disibukkan urusan dunia
aku malu sahabatku
malu berdepan kamu.


Thursday, September 1, 2011

bukit kolonial.


harini panasla. kata aku. yelah. kata mak. aah la. kata bapak. hmm panas. kata abang. jom fraser's hill! kata putus.

lepas menjalani jalan liku liku. hoih pening pening.

puan emak dan cik anak mula senyum senyum

dan akhir sekali, wajiblah tepek muka tuan rumah yang makin ligat gondol lemak sana sini

sekian, wabilahitaufik walhidayah, jangan merempit, jangan buat jenayah!