sudikah kau berdamping dengan aku lagi menjelang beberapa minggu mendatang? sudikah kau menemani hari hari terakhirku sebelum datangnya SUKACITA pada tanggal 27/8 apabila aku mula melangkah keluar dan pulang ke rumah tercinta? sudikah kau masih bersama dengan aku pada tanggal tersebut saat bahu aku memikul bagasi? sudi ke tidak?
ke hadapan OTAK,
sudikah kau terima belasan bab lagi minggu ini untuk ku bawa kau berperang? sudikah kau segarkan diri di tengah malam menemani aku terkumat-kamit menelaah? sudikah kau dibebani aneka soalan membunuh menjelang hari yang mendatang? sudikah kau bantu aku lulus dengan cemerlang? sudi ke tidak?
ke hadapan MATA,
sudikah kau berjaga pagi petang siang malam tanpa sedikit keluhan? sudikah kau sentiasa segar tatkala katil empuk memanggil kamu? sudikah kau baca lagi nota-nota cacingan yang aku cakar sekian hari? sudikah kau dipakaikan lensa akibat pandanganmu yang semakin kabur? sudi ke tidak?
PENAT, OTAK dan MATA. tolong reply ASAP!
ikhlas dari yang mencintaimu, cik sengsara yang semakin kuat mengeluh.
[balik balik tulis surat en. bila la aku pulak nak dapat surat ni? muahaha]
9 comments:
ke hadapan cik chopu, sila lahh ngadap buku dan stop n9! HAHAHA
buat kawan blog, cik chopu.
selamat menempuh segala halangan di bulan barakah ini :D
sincerely,
SBS
qeen: ala, takpela nak santai2 kejap apa salahnya. 24/7 hadap buku, gila la aku
SBS; terima kasih :))
ke hadapan cik chopu. anda amik exam apa?PMR ke SPM ? : P
anas; mak aih. pmr spm semua dah tinggal kenangan. simpan diam2 result dalam laci. final exam foundation 1st lah.
nk bagi tau sy dapat acess ke blogspot dashboard kamu.. jangan risau, saya tak usik apa2.. ini blog saya.. nanti saya buat entry mengenainya.. maaf atas segala2nya
awthm.blogspot.com/
(ini juga bukan id google saya)
yuuki taiyou: haaaa, sama sama. ter access belog orang lain kan. ok thanks bagitau
haih itms, itms.... =.=
jemput datang ke teratak pisyek. xD
Post a Comment