geng bas sekolah

Thursday, July 28, 2011

serabut fius.


rilek sehari dua. tengok rumet buat report itu ini. aku senang lenang goyang kaki. takde benda nak buat. pretend macam takde. padahal segunung esaimen. satu hari rumet bertanya, 'senang kan jadi kau. rilek takde keje'. aku bukan apa, malas bawak hipertensi bawak balik bilik. kang kau pecah otak, aku pecah kepala, tak ke haru? aku tak boleh gelabah. kau dengan aku ibarat angin dan air. biar kau bergerak laju bak angin bertiup. biar aku setenang air di tasik utp. baru saling melengkapi.

lambakan esaimen kembali datang terpa aku. aku cuba tepis. aku cuba elak. malang tidak berbau. sepandai pandai aku mengelak, akhirnya terkena jugak tempiasnya. cis.

Sunday, July 24, 2011

takungan di mata.


melihat orang menangis. yang menangis itu kawan. takkan aku duduk diam. takkan aku jadi tugu negara. takkan aku senyum. takkan aku gelak. tentu aku buat sesuatu. tentu aku nak tolong.

jadi aku pegang bahunya. aku usap kepalanya. aku tenangkan dia. aku biarkan dia menangis. aku diam tak bertanya apa. lalu dia mulai reda. dan aku mula bertanya. lalu dia mula bercerita. dan aku kembali diam. diam mencari solusi. sedang aku tak pakar cari solusi.

kemudian masalah dirungkai. dia kembali tersenyum. aku lari ke sudut asal. aku senyum. dia dah kembali. aku gembira. dia gembira. masing-masing tertawa. kita kembali menjadi kita. aku suka.

kenapa kau menangis? bukan itu persoalaannya. persoalannya sudikah kau seka air matanya?

Thursday, July 21, 2011

ruski ganti nasi.

ahhh perut. malam malam macam ni kau menjerit. malam malam macam ni kau demand lebih. siapa nak supply? jenguk loker memang banyak stok lagi. ruski ada berpaket2 lagi. jacobs satu bekas lagi. twisties lebih lima plastik lagi. dalam banyak2 bahan, nasik jugak kau demand-kan. cis. tahan sampai esok memang naya. esok niat nak puasa. andai malam ni sahur gigit biskut, esok memang derita perut. apa nak buat ni? patut ke aku telan ruski malam ni?

Friday, July 15, 2011

yang aku cari.


sesekali aku pandang ke langit.
ternyata banyak sekali bintang.
aku cari bintang paling terang.
lalu aku terjumpa.
tapi aku musykil
adakah itu bintang yang paling terang?
jadi aku terus mencari lagi.
sampai aku jumpa.
dan aku masih juga tidak berpuas hati.
sampai bila aku kan terus mencari?
sampai semua bintang pergi.
ternyata mentari yang aku temui.


Friday, July 8, 2011

dah ada kekasih ke?


hari ni aku ke rumah kawanbaik mak aku. soalan pertama yang beliau tanya adalah: dah ada kekasih ke? maka berdekah-dekah tawa menyusuri segenap jiwa sedang hakikatnya aku tersipu-sipu malu depan yang bertanya. serius aku malu. malu. malu. malu. malu. dan malu.

dalam banyak2 soalan, sangat tak wajarlah tanya aku soalan maut macam tu. sedang hati aku jangankan taman, belukar pun takde. hutan belantara ada. hoyeh saat tu mak aku cuma mampu menyatakan yang anak daranya buat masa ini dan 4tahun kemudiannya hanya boleh fokus pada segulung ijazah dan bukannya segulung sijil nikah. kemudian senyum aku kembali mekar.

lama tak melawat rumah kawan2 mak, mereka kira aku dah dewasa. hoyeh, matang sangat lah muka aku ni kan. sampai si vijay pun sukasuki arah aku pegang watak mak dalam projek drama. cis cis cis.

serius-ly kapasiti otak aku tak mampu menanggung beban memikirkan hal2 kekasih, nikah kawen dan yang sama waktu dengannya. haih. susah jugak kan jadi aku.



Wednesday, July 6, 2011

bergembiralah, i'm home!


pertama kali naik ETS menyaksikan adegan tidur yang lena. dua jam setengah perjalanan, majoriti masa terisi dengan tidur tidur dan tidur. sampaikan ada yang tanya kawan aku, 'kawan kau ni memang suka tidur ke hape?' ok honestly aku dengar perbualan mereka. tapi terpaksa abaikan. sebab sayangkan tidur.

ETS tak selaju yang aku sangkakan. adakala ia tetap berperangai seperti KTM biasa. contohnya speed yang tak tentu hala, sistem elektrik yang tak se-efisien mana. mujur ada seat yang lebih selesa dan tak perlu rebut rebut macam KTM biasa. teringat kenangan berdiri dalam KTM seremban-kl sentral dahulu kala.

enough dengan complaining yang taktau noktahnya mana, maka hati sangat sukacita pada saat dan detik ini sebab jasad dah kembali berenang renang atas katil yang kucintai, rindui dan manjai. hoyeh, berborak sakan dengan ibu bapa adalah sangat seronok bila lama tak duduk semeja. mak kata, rumah sunyi sepi tanpa aku. sedang fie buat hal sendiri dalam sarang dia, takde siapa nak hiburkan hati mak dan bapak.

dear parents, from this while, bergembiralah cause i'm home! [walaupun cuma empat hari]

Saturday, July 2, 2011

sbpi jempol.


sepanjang terpenjara di sbpi jempol dahulu kala. hidup bukan macam dalam penjara pudu sangat. cuma kadang berhiperbola balik rumah cerita dekat mak kononnya sengsara. saja meraih simpati. sedang hidup berbahagia di sana. hihi malu nak mengaku, rindulah jempul jambul. haha.


sidang redaksi alqalam 2009

playing around with DSLR sekolah

gelanggang ini menyaksikan detik bersejarah pertama kali memegang raket tenis.

beberapa jam sebelum aku dipaksa ke pentas berduet memori daun pisang bersama cikgu zaki. [hi tea tariq]

a day with students of sapporo high school, japan

membawa kamera ke tapak perhimpunan - aktiviti wajib

mafia of TZ4 2009

jamuan bakar dan makan IVHR 2009 di ceruk astaka

aktiviti mingguan- rollcall bersama geng pening lalat

few days before spm - masih ceria gembira bersantai bersama teacher wahid

percutian 3h2m di melaka berbekalkan buku buku

parti liar dorm TZ4 2010

cabaran mendaki gunung negeri sembilan. menanggung kekalahan lumba daki dengan warga emas.

seusai spm tamat. loncat gembira

budak kantoi fly.

jamuan raya 2010 [7wonders]

kem ibadah haji. hajah 7wonders dan haji bolis

tsunami melanda kelas.

dua biru di depan: sbpi selandar . yang mengepung: sbpi jempol

kerana spm, aidiladha di jempol. lokasi: rumah teacher wahid

jelitawan redaksi alqalam 2009

[hari guru 2010] baju batik yang dah mula berbelacan

persatuan sayap kanan bangunan akademik sbpi jempol.