maka, setelah sebulan lebih terperap di sini, sebulan lebih tak balik rumah, baru minggu ni jiwa menggedik nak feeling feeling. homesick lah, ingat rumah lah, rasa dah lama tak kena buli dengan fie lah, rindu masakan mak lah, rindu bilik lah, dan yang seangkatan tentera dengannya.
punca? yeah tidak lain dan tidak bukan, jiwa dah mula sengsara dengan segala bebanan esaimen, dengan test1 yang berkuasa kuda berlari ke mari, dengan fakta minggu depan cuti sem pun bermula, muahaha. sebut cuti sem, dengar macam lama sangat je kan. empat hari cuma. ulangan, CUMA empat hari, EMPAT HARI!
sangat tak seronok. orang lain cuti sem boleh pusing satu dunia. aku cuti sem, aha dah boleh bayang dah aktiviti harian setakat empat hari tu. memang terperap kat rumah, meluangkan masa berharga bersama keluarga tercinta, dibuli fie, dan kalau bernasib baik, mak ajak shopping ke? ehem, moga moga bila balik nanti, mak dalam mood nak sopping sopping. weee ~
haih tak sabar nak balik. sekian toceh, aku nak menghitung hari.