geng bas sekolah

Saturday, April 23, 2011

pekikan jiwa.


hati mula memekik ingin bicara
sedang lidah kelu tanpa suara
diam seribu bahasa
bisu tanpa kata

ayat cuba diatur kemas
sedang jiwa mula rasa rimas
rasa parah kerana lemas
dalam secawan air di gelas

hari berlalu silih berganti
nyatanya masih juga sepi
di mana dia yang selalu dimimpi
takkan hilang terdiam sepi ?

tak sama macam dahulu
kebalku dah lama beku
nyata ada yang mula menyiku
ingatkan jiwa jangan mendagu

ya entah kenapa, tiba tiba kata demi kata berlari lari anak sekitar minda. yang mengejar sudah keletihan di kala yang dikejar mula berhenti. lantas yang dikejar mula mengejar si pengejar yang keletihan.

ok aku mengaku, aku bukan penulis yang baik. maka ampun beribu ribu ampun. aku tak rajin pergi kaji kamus dewan cari ayat bunga bunga. sekian terima kasih daun ketumbar :)

2 comments:

Nurfilzahnurfya said...

penulisan yang baik ! i likeee =)

cik chopu said...

feel: yeah, kalau diberi pada A samad said, pasti dikritik pedas saja. haha tengs yaww ~