ke hadapan encik spm,
tak lama lagi kita akan bersua muka,
pertemuan ini telah lama ku nantikan,
hatiku berdebar-debar,
menanti ketibaan hari keramat itu,
adakah aku akan jatuh pengsan?
dek kerana perasaan gemuruh menghantui diri,
oh,alangkah gemuruhnya aku!
aku malu hendak bertemu,
kerana rendahnya diri ini,
kerana kurangnya ilmu di dada,
mampukah aku menghadapimu?
aku terus menanti,
menanti tibanya saat itu,
aku takkan melarikan diri,
semoga pertemuan ini,
mengukir senyum di bibir,
membisik riang di hati.
geng bas sekolah
Saturday, September 25, 2010
Friday, September 24, 2010
Thursday, September 9, 2010
syawal berlari ke mari
mak,sila tambat saya di rumah,saya takut mak.
aku takut sangat,
takut jadi macam mereka,
berpelukan sana sini,
berpegangan satu body,
boleh luruh jantung aku melihat,
boleh hilang rasa hormat,
sekeras-kerasnya laranglah aku teman,
jangan sampai aku mengikut jejak mereka,
jangan sampai aku malu pada diriku sendiri,
hanya kekasihku yang boleh melindungiku,
kekasihku yang satu,
hanya Kau ya Allah.
Monday, September 6, 2010
Sunday, September 5, 2010
jantung berlari laju
mak, saya meminati dia tu,
dia taktau pun mak,
minat dari jauh je,
mak marah tak?
minat je mak,
minat je la,
minat je,
hehe :)
dia taktau pun mak,
minat dari jauh je,
mak marah tak?
minat je mak,
minat je la,
minat je,
hehe :)
Saturday, September 4, 2010
meet my sunshine
bunga tak mencari kumbang,
kumbang perosak keindahan bunga,
bunga mencari si matahari,
harapan bunga untuk terus hidup.
bulan tak mencari bintang,
hanya menumpang keindahan bulan,
bulan mencari si matahari,
pemberi sinar buat sang bulan.
burung tak mencari teman yang lain,
yang buat ia tak terbang bebas,
burung mencari si matahari,
supaya ia tak buta dan terbang sebebasnya.
aku mencari dia,
dia yang ingin menjadi matahari,
bukan kumbang,
bukan bintang,
dan bukan yang lainnya.
tapi bukan sekarang,
tunggulah saatnya nanti.
boleh ENCIK MATAHARI?
Subscribe to:
Posts (Atom)