geng bas sekolah

Monday, August 31, 2009

mauduitka?

hari ni hari isnin,
hari ni cuaca cerah,
hari ni aku gembira,
hari ni aku mimpi kawen,
hari ni aku lapar lagi,
hari ni aku kena balik,
hari ni jempol memanggil manggil,
hari ni istimewa,

kau tau kenapa?

sebab hari ni malaysia 52.

mungkin kau tak rasa,
tapi cuba cuba la kau rasa,
nanti baru kau rasa syukur.

burung pun mampu menyanyi nyanyi,
mampu ke burung menyanyi dekat palestin?


p/s- bapak aku tanya aku "mauduitka?" aku kata "maukereta :))"

Saturday, August 29, 2009

dua hari satu malam

28 ogos 2009

aku pergi giant. dengan tira. dengan nazz. mak aku tak tau. sebab aku mintak izin bapak aku. mak aku takde dekat rumah. tengah hebat bersopping, mak aku call. dah agak mesti mak aku yang call. rupanya suruh aku balik cepat. yelah, siapa nak masak nasi. mak aku kan takde dekat rumah. jadi aku rush balik. dah habis masak nasik. aku jalan dengan tira. dengan nazz jugak. pergi bazar. lagi berapa minit tah nak berbukak masa tu. sopping lagi dekat bazar. laju laju jalan balik takut tak sempat bukak puasa. tak guna punya jam. ingatkan dah dekat sangat waktu berbuka. penat aku rush. berbuka dengan dua orang tanggachi tu kat taman belakang. seronok gila. gelabah gila la diorang suruh aku pakai baju kurung, pakai tudung lawa lawa. padahal rumah aku sendiri. cis, nak bergamba rupanya. padan muka pie. kau memang layak jadi si kameraman. hai mak, mak pun nak posing sama. memang mak borek anak rintik.

hoorey! kenapa aku bersorak? nak kata dapat result gemilang, haiyo result macam @^#&! itu dua tanggachi dapat lesen tido sama aku weyh. gila seronok, berpapan papan coklat cadbury habis. makan sampai lebam. sampai sudah tanggachi dua orang tu tak kasi aku tido. perempuan, lama tak jumpa macam tu la. macam macam umpatan keluar. itu pun kira kurang la sikit. bulan ramadhan weyh, kene kurangkan buat dosa. cis, nazz beriyo tak kasi aku tido. tau tau dia terbongkang dulu. macam alien jatuh ke bumi. aku dengan si tira pulak, kisah hati tak habis habis sampai sahur.

29 ogos 2008

aku dengan tira tak bangun bangun lagi. nazz gelabah gila. mentang2 cukup tido, awal gila bangun on9 myspace. ingatkan bertadarus ke apa ke. ha, mak aku memang pandai bikin surprise. pagi pagi dah ajak pi the curve. haha, terimakasih mak sebab sudi mengajak dua tanggachi tu sekali. hangout dengan kawan, dan emak juga. haha, mak memang the best in the world lah. pie, thanx jadi driver. kau memang baikhati lah lately ni. sopping lagi weyh. gila kentang!


makanan tak habis, pie yang habiskan.

aku memang suka diapit awek cun,haha

si mabuk dan gadis gadisnya, haha

sopping sopping

mak aku cun kan kan kan?

tanggachi ni nama dia nazz, dia gila sikit

tanggachi ni pulak tira. dia pun 2 kali 5 jugak, heee

aku la ni weyh,

mak dan drivernya, haha. itulah broku sayang,pie

hoi bang, xkan nazz kot kakak ipar aku?

mereka ni abang aku kutip kat mana tah.

p/s: mak aku kata, "lain kali kita sopping lagi eh" aku kata, "bereh blako!"

Thursday, August 27, 2009

warkah dari bonda

surat cinta daripada bonda

kehadapan anakandaku mas idayu yang tercinta. cuti yang hanya seminggu ini, adalah hari berkurung untukmu. tidak dibenarkan sama sekali melangkahkan kaki keluar bersuka ria kecuali bersama bonda,ayahanda dan kandamu. bonda bukan mahu mengurung. biarlah kakimu berpuasa juga. selamat beramal.


reply si anakanda

oh bonda. anakanda tahu kasih dan sayang bonda terhadap anakanda mencurah curah banyaknya. tapi please bonda, sekali saja, boleh bonda? sekali pun cukup la bonda. bukan bersuka ria. bertemu sahabat sahaja bonda. boleh kan bonda? boleh kan?


balas bonda

itulah. kalau perihal kawan, memang pantas anakanda ya. tunggu dan lihat saja bagaimana nanti. bonda tiada jawapan.



p/s: macam mana nak bagitau diorang ha? (-_-")

Tuesday, August 25, 2009

tarawih bukan tawarih

bulan ramadhan selalunya banyak cerita best pasal tarawih. dulu masjid dekat rumah aku tu buat 20 rakaat tarawih plus 3 rakaat witir. tapi lepas lapan rakaat memang berduyun duyun jemaah keluar. aku pun salah satunya. masa tu aku jahil lagi. witir pun aku tak buat. pastu balik berlagak cakap aku dapat pahala lebih dekat kawan aku yang tak pergi. padahal pahala aku pun kira kurus jugak. masalahnya aku balik pun bersebab. kanak kanak riang tu kalau dah main mercun macam nak bom masjid. kan dah tak khusyuk solat aku. tapi kira ok la bagi aku yang masih muda dan belum matang lagi masa tu. kalau nak dibandingkan dengan pakcik makcik yang dah boleh berfikir menggunakan logik akal yang sempurna, ehem, tak tau la. masalahnya kalau buat lapan terus balik rumah tu consider la jugak. ni buat lapan lepak luar masjid tunggu time makan. ada pulak yang time makan baru datang masjid. ape kes diorang ni.

tapi tu dulu. tahun ni masjid rumah aku dah tak buat 20 rakaat. sekarang sistem baru buat lapan je. tapi lepas tu 20 minit tazkirah. lepas tazkirah baru witir tiga rakaat. aku suka kot cara baru ni. sebab penceramah yang bagi tazkirah tu memang bijak bijak belaka. pandai menyampaikan ilmu. ringkas dan bermutu. tak kurang kacaknya. haisy, itu tak diambil kira kot.

tapi bila aku teringat balik, dulu niat aku pergi terawih memang tak betul. ni masa zaman aku sekolah rendah la. pergi sebab nak jalan dengan kawan. pergi sebab lepas balik tu nak beli burger ramai ramai. pergi sebab saja saja nak tunjuk telekung. haha. kanak kanak.

p/s - juadah kat masjid sedap tak? seumur hidup aku tak pernah merasa. segan weyh, haha

Sunday, August 23, 2009

kawan, aku nak tanya sikit boleh?

rakyat jelata,siapa boleh cerita dekat aku motif orang berkapel? aku dah jalankan survey dekat sekolah. malangnya jawapan mereka semua karut marut belaka. buat aku rasa nak penampar je. ada la satu dua jawapan yang bernas. tu pun still aku takleh terima. sebab macam tak masuk akal je. yang aku boleh terima satu je "dan couple itu adalah pemusnah sebuah persahabatan". entah kenapa aku ambik yang negatif. mungkin kerana aku berotak cathode kot. jadi, siapa yang tau silakan la bagitau aku kawan. aku ada exam lagi dua minggu ni. kalau masuk periksa nanti tak boleh jawab kan ke haru.

Saturday, August 22, 2009

workaholik - work without horlick? oh,ramadhan

macam dah lama aku tak berbelog,
jangan salah faham,
sekarang bukan lagi sebab malas,
sebab aku bukan lagi pemalas yang berkaliber,
aku dah melakukan sikit anjakan pada diri sendiri,
mungkin 10 peratus lancar,
bagi aku 10 peratus dah cukup hebat,
sebab cikgu aku cakap,
sikit sikit lama lama jadi bukit,
nasihat cikgu kadang kadang boleh pakai jugak,
malangnya aktiviti belog aku tertunda kerana cikgu jugak,
yang kasi kerja berlambak lambak kenapa,
sampaikan masa cuti aku,
habis dengan menghadap buku je,
kasi can la sikit cikgu,
fakta tentang form4 tahun honeymoon,
hanya tinggal fakta,
mungkin aku anggap tu auta semata mata,
ah,tertipu aku dengan kata kata senior,


once upon a time in sbpi jempol:

KISAH SATU
aku baru nak seronok seronok main game lucu dengan geng 7W, miss heng lak tetibo muncul depan kelas. "4HR belapa olang?" "24 miss heng" "mana ketua kelas?" "sakit miss heng" "penolong?" "syera miss heng" "sekalang kamu pigi ambik modul addmath atas meja miss heng,ambil dua puluh ampat saja,cepat" "kene buat semua ke miss heng?" "saya tak cakap buat semua,saya suruh buat saja,buat sebanyak mungkin la" "tak payah buat boleh tak miss heng?" "misti buat punya". keceriaan 4HR sebentar tadi hilang seketika. tebal gila modul tu. page depan belakang. cis!

KISAH DUA
prep hari sabtu selalunya aku tak pegi kelas. belaja kat ruang legar seronok sikit. kafe dekat. aku kan selalu lapar. boleh usha orang lalu lalang. kelas aku dah la atas sekali. memang malas nak mendaki. jadi seperti biasa sabtu tu pun aku prep kat ruang legar. aku pun berpeleseran la sekitar sekolah bila kerja aku dah siap. malangnya malam tu aku baru dapat tau yang pagi tu dapat modul fizik kat kelas. tebal gila. rugi aku tak pergi kelas. kalau tak boleh la aku buat separuh. bertambah kerja rumah aku. siot je.

KISAH TIGA
dalam hari yang sama aku dapat kerja BI dan arahan ustazah supaya hafal semua topik PAFA. naik cuti ustazah nak tasmi'.nasib la senang. kalau tak, gila meroyan aku.

KISAH EMPAT
emelya berpesan "mas,jangan lupa siapkan ruangan klik2 untuk majalah sekolah cuti ni"

cikgu KNZ berpesan "cuti ni saya nak kamu cari dan buat pelan rumah macam yang saya suruh.nanti naik cuti buat model rumah tu ikut kumpulan masing2" dalam hati aku "ah,dah la dapat kumpulan dengan mamat dua orang yang blacklisted tu. jabal ok la lagi. hezry, bueekkk!"

pipo berkata "mas,ko masuk pertandingan membina laman web tau.ko dengan aku buat grafik" aku bermonolog dalaman "apa? sukahati je taruk nama aku. adui, cuti ni mesti aa kene cari idea. ah, makin belambak keje"

niqi berpesan "mas, ko jangan lupa prepare bahan bahan study group kita cuti ni. naik cuti senang aa nak ikut jadual" aku bermonolog dalaman lagi "ya, ya, makin bertambah kerja aku"


belog ini ditaip semata mata untuk aku recall semula kerja yang aku kena bereskan. kalau tak,mesti aku lupa. aku dah la selalu makan semut dua tiga hari ni. dah makin nyanyuk dah. sekian, aku berlari membereskan kerja.