mana pun aku pergi,aktiviti harian aku yang selalunya aku laksanakan dengan jayanya adalah makan.sesungguhnya kampung aku adalah gedung makan yang terhebat bagi naluri si pemakan macam aku.nenek aku bukanlah rajin dalam hal masak memasak.mak aku sendiri mengakui hal tersebut.dulu aku ingat mak aku timba ilmu memasak dari nenek aku.rupanya aku salah.ternyata mak aku lebih hebat dari nenek aku sebab mak aku berguru dengan moyang aku.
tapi kenapa nenek aku taknak berguru dengan moyang aku? mungkin tak sempat.maklumlah,nenek aku kahwin umur 13.nasib baik nenek aku tak suruh aku contohi dia.jadi,senang je tugas aku.beli je la makanan sedap mana yang aku nak.dekat sana semua sedap.paling seronok,semua murah.memang berbaloi.
tapi bukanlah aku kerja melahap je kat sana.sekali sekala aku pergi la jugak jenguk pantai yang menyimpan banyak nostalgia cinta zaman kecik aku.ah,malu aku.sekarang aku tak kenal pun
hero yang aku jadikan mangsa cinta aku tu.haha.wujud lagi ke dia? terkenang saat dia intai aku mandi laut dari jauh.tau la aku seksi masa tu.melampau betul.nasib baik masa tu aku hanya seorang budak berumur tujuh.hai,gatal sungguh aku kecik kecik dulu.
hari hari aku layan kamen rider masa kat kampung.kadang kadang nenek aku pun join sekaki.pakcik makcik aku dan anak anak mereka pun tak lepas peluang menonton.layan gila la.ungkapan "nenek aku kata" tu macam seronok gila je.patut la abang aku sanggup beli DVD tu.kadang kadang bila tamu datang,diorang macam tertipu je bila tengok kitorang semangat tengok cerita tu.konon ingat kitorang tengok drama jepun la kan.aku bantai gelak je bila
tiba tiba hero bertukar.haha.gerenti bengang diorang uh.
2 comments:
ko tak gemuk ker?
kamen rider hero terlatest ker?
luffy; ya,aku memang gemuk. tu aku kurang pasti,tapi aku layan je
Post a Comment