geng bas sekolah

Saturday, January 31, 2009

akulah bibik.

macam bulan bulan lepas jugak,bulan ni mak aku balik kampung lagi.tiga hari ini bukanlah seronok bagi aku.menjadi penjaga rasmi dua jejaka itu lagi.terutamanya oh bapakku yang tak suka makan di luar.oh,abangku juga dua kali lima.suka arah itu dan ini.tadi aku sampai rumah.dia yang on da way pak munawe nak ke manapun aku taktau,sukahati suruh aku siram pokok sedangkan dia tahu banyak lagi kerja aku nak buat.dalam penat tu aku bercotcetpotpet dengan dia kejap.apekah yang dia buat sehari suntuk kat rumah agaknya? takkan menonton astro ceria sampai bejamjam? ataupun siaran tamil yang paling dia gemari tu? mungkin jugak hanyut di alam mimpi siang.sejak habis sekolah,perangai malas dia menjadi jadi.

ini saja hari ini.aku nak pergi masak.kejap lagi bapak aku balik mintak makan.adios.

Friday, January 30, 2009

awan muntah lebat

semalam hujan lebat.seronok gila mandi hujan lepas kawad.sekolah aku banjir lagi.itu perkara biasa kott.mujur aku tak bawak beg.satu badan dah basah.berdoa aku agar pakcik bas rapid menerima aku dengan hati terbuka.ternyata beliau baikhati.terimakasih pakcik.jasamu kukenang walaupun seringgit aku tetap melayang.

perut aku dah lama berkeroncong.akibat tak lunch tengahari tu.balik rumah terus makan.lepas makan mandi hujan bersambung.seronok kali kedua.terimakasih mak kerana memahami anak daramu yang berjiwa muda ni.ternyata aku memang belum matang.

hari ini tidak sekolah.banyak sebabnya.badan kurang sihat akibat mandi hujan melebihi had.kalau pergi pun,dapat penat.hanya kawad satu hari.belajar tidak.tiada motif untuk pergi menempah penat.langsung tak seronok.terimakasih lagi sekali mak kerana menghalang anak daramu pergi sekolah.tidur lagi bagus kan mak.

Wednesday, January 28, 2009

hilang seronok.

aku baru dapat berita henset nazz dicuri masa dia sibuk kawad.siot je.kurang ajar gila.kalau orang luar curi boleh terima lagi,masalahnya yang curi tu mungkin budak pbsm sendiri yang seangkatan dengan nazz.sebab hanya budak pbsm je yang duduk dalam bilik rawatan tu.kalau aku dapat la pencuri tu,aku cuah budu campur durian.itu kira berhati perut lagi.kalau bapak aku jadi bapak si pencuri tu,memang hangus dia kena ikat kat tiang elektrik.haisy,seram sejuk dulu aku dengar amaran bapak aku agar anak beliau tak panjang tangan.

diorang senang senang je ambik hak orang.dia ingat sekali mintak,terus kitorang dapat kot barang barang ni.macam aku,nak dapat sesuatu,banyak cabaran mendatang.beratus kali menitik airmata pun,mak aku bukan kisah.bila tergerak hati beliau,baru aku dapat.macam nazz,bukan senang dia nak dapat.lagilagi masa dia dapat tu bonda dia buat surprise.mesti kesan mendalam gila.geram gila aku kat si penyangak tu.mau aku sekeh sampai botak tujuh keturunan.

memang sakit hati dapat pengalaman barang dicuri.dulu pernah sekali.aku kumpul duit punya la seronok nak beli apetah kan.sekelip mata je hilang bila anak kawan mak aku datang.dia dah ambik duit aku,suruh pulak aku beli magazine guna duit tu.aku kenal la duit aku wahai kakak kurang manis.tapi sebab hati aku yang lembut ni,aku halalkan aje.anggap la dia sangat memerlukan.tapi lepas tu,aku gila berjaga jaga bila dia datang.takkan aku nak biarkan pisang berbuah dua tiga kali kan.pendek kata,jangan tidur dalam perut orang.binasa badan.lagi lagi perut orang yang berhati busuk.

pipi merah.

aku baru balik dari klinik buat xray.entah ape jadah tah,nak masuk sekolah asrama pun kena buat medical checkup.menghabiskan duit bapak aku je.beli makanan kan lagi mengenyangkan.tapi seram gila duh tadi.doktor tu suruh aku aku bukak tudung,baju, b*a*opps.lepas tu pakai baju apebenda tah.tersipu sipu la jugak aku.memang la dia tak tengok adegan salin baju aku.tapi,eeee.dah la berdua je dalam bilik tu.otak aku yang kadang kadang kurang senonoh ni mula la berfikiran hijau*biru padehal.haha.

kuku aku macam biasa la kalau cuak.pucat lesi macam orang mati.tangan aku apatah lagi.macam dekat alaska dah ni.gigi aku mula la menggigit bibir yang tak bersalah.mata aku,meliar je mengalahkan orang nak menikah.haha.

lega aku bila dah selesai xray tu.cepatcepat aku tuka baju.lepas tu doktor sorang lagi ni suruh masuk bilik dia.macam macam dia tanya.yang pasti, 10% je berkaitan kesihatan.selebihnya,sejarah hidup aku pulak yang dia korek.aku ni dah la kaum pemalu.tersengih sengih je la.suara tibatiba jadi merdu semacam je.haisy.macam la aku ni nak interview jadi doktor kat situ.entah apa benda hasil yang dia dapat borak borak dengan aku.tiba tiba dah habis.nasib baik dia tak suruh aku duduk sampai esok.

*p/s - abang aku dasat uh.dia suruh aku framekan gambar tulang aku tuh tampal dalam bilik.tau la tulang aku cantik kan.tapi takkan la sampai nak tayang tayang.

Sunday, January 25, 2009

hari ini.

setelah menulis post ni dengan panjang lebar,akhirnya aku padam semua sekali.ini ringkasan ceritanya.hari ni aku ditugaskan jadi jurukamera.pakcik aku baru menikah.ajak bini dia pusing kl.datang jauh dari kelantan.aku setuju dengan tugasan.penat tapi seronok.pakcik aku romantik gila.cemburu aku dengan bini dia.pakcik aku dah dimiliki.apepun aku tau,dia dan bininya sayang sangat sangat kat aku.kan poklang? :)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

*p/s - takde gamba mereka yang boleh aku kongsi.pakcik makcik aku posing gila hot.bahaya untuk disebarkan kepada umum.haha.

Friday, January 23, 2009

coretan hari jumaat.

bangun lewat pagi tadi.
first time untuk taun ni masa hari sekolah.
mujur harini sukan je.
horey,tak payah gosok baju sekolah.
seterika ternyata nak jugak aku pegang dia.
tudung aku pulak kedut.ciss.
terasa malas nak naik bas.
jimat duit kalau pegi dengan bapak je.
arah kami sehaluan.
lampu hijau diberi.
hati kecil bersorak riang.

warga sementas ternyata pemalas.
pasif melebih lebih.
kalau hal sukan je,yang datang hanya sekerat.
sekerat lagi syok bermimpi kat rumah.
aku bangga jadik salah satu yang hadir.
cikgu shukri ucap tahniah kat kitorang.
ayahanda nampak bersemangat.
malangnya beliau pakai baju merah.
apeni? kata semangat kuning.
papehal,tabik springlah sama ayahanda.
sama macam kes taun lepas,
lompat jauh aku batal lagi.
cilakak punya line kuning.
besarkah kaki aku sampai memijak lebih line itu?
yang lain semua pas.
tiga mata pun jadilah.

hati perempuan aku tersentuh lagi.
mungkin aku kurang memahami.
tiga tahun berkawan.
kenapa aku masih tak memahami kawan aku?
pelikkkan.tapi itulah kebenaran.
ini bukan kenangan yang aku harapkan.
mungkin mereka tak faham.
elok rasanya aku pergi.
mungkin mereka akan lebih bahagia.
apepun,terimakasih kawan.
aku sayang koranglah.

kes tidur siang berlaku lagi.
bukan sengaja cuma terlena.
mak aku tak salahkan aku.
beliau tahu aku sudah berhabis peluh bersukan.
tidur pun,mimpi tak seindah mana.
panas sangat cuaca.
dapat peluh lagi sebaldi.

hari ini hari jumaat.sekian aku membebel.

Thursday, January 22, 2009

persoalkan lagu?

setelah menjenguk blog ruangkosong, aku jadi teringin nak post tag seperti dia.kerana aku terlalu teringin,maka inilah hasilnya.

RULES : -
1. Put your iTunes, Windows Media Player, Realplayer etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song name down NO MATTER HOW SILLY it sounds.
4. Put any comments in brackets after the song name.
5. For best result,put in various song from various singer at least 50 songs.

1. If someone says, "Will you marry me... you say?
permintaan hati - letto

2. How would you describe yourself?
viva forever - spice girls

3. What do you like in a girl / boy?
follow me - uncle kracker

4. How do you feel today?
too little too late - jojo

5. What is your life's purpose?
seribu tahun - imran ajmain

6. What is your motto?
dikala bermain biola - hujan

7. What do your friends think of you?
la la la kerjalah - meet uncle hussein

8. What do you think of your parents?
wall to wall - chris brown

9. What do you think about very often?
sisa - nitrus

10. What is some good advice for me?
tattoo - jordin sparks

11. What do you think of your best friend?
i have a dream - westlife

12. What do you think of the person you like?
hold on - jonas brothers

13. What is your life story?
tak bisa memilihmu - 6isxth sense

14. What do you want to be when you grow up?
i used to love you - john legend ft kanye west

15. What do you think of when you see the person you like?
cinta dalam hati - ungu

16. What will you dance to at your wedding?
demi waktu - ungu

17. What will they play at your funeral?
i write sins not tragedies - panic at the disco

18. What is your hobby/interest
kau yang punya - najwa ft malique

19. What is your biggest fear?
4 minutes to save the world - madonna ft justin timberlake

20. What is your biggest secret?
10:04 - one buck short

21. What do you think of your friends?
u and i both - jason mraz

22. What did you do last night?
7 things - miley cyrus

23. How would you describe your mom?
happy ending - avril lavigne

24. What do people assume when they first look at me?
that's not my name - the ting tings

25. Will I have a happy life?
i'm with you - avril lavigne

tamat sudah.sesiapa yang teringin melakukan eksperimen ini juga,secara automatik anda tertag.

Wednesday, January 21, 2009

ini hanya sebuah tag.hobi melampau

tag menjelma lagi.kali ini dari syakirah :) *payah duh.kene taip balik.

hobi hobi atau tabiat yang melampau dan sebabnya

rules:
1. anda tidak boleh meng'tag' orang yang tag anda.
2. sila jawab dengan sejujurnya,dan no repeat answer dan tak boleh copy org len punya jawapan
3. dan sila tag sebanyak tiga orang yg anda ske dan letak di end of reason number 5.


gelak almost everytime - kadangkadang sebab terpecah dengan jenaka sendiri.kadangkadang gelak for no reason.sedikit melampau.

makan - aku boleh makan sepinggan nasik lagi jika ada lauk feveret aku walaupun baru sahaja memenuhkan isi perut.selalunya susah untuk aku tolak yang namanya makanan.

tidur dalam kelas - ia bukanlah satu hobi yang baik.tapi aku dapati ia berlaku hampir setiap hari.

betulkan tudung - entah kenapa tudung sekolah aku selalu messy.selekeh bebenor.ramai yang menegur,jadi aku ambik iktibar.setiap masa betulkan tudung.

goyang kaki - di manapun aku berada,kaki aku tau nak goyang je.ia tak reti menjadi normal saja.

cik wany;adeq;cik azyan - anda ditag.sekian.

Tuesday, January 20, 2009

back to the future?

bicycle Pictures, Images and Photos


6.45 pagi tadi sama jugak macam 6.45 pagi sebelum ni.lampu jalan masih belum ditutup tapi kenderaan dah semakin bertambah di jalan raya.destinasi mereka mungkin tak serupa tapi tujuan sama.ada yang hantar anak ke sekolah,ada yang ke pejabat, dan mungkin ada jugak yang sekadar menghabiskan minyak kereta*adekah?.aktiviti aku pagi tu jugak masih sama.menunggu mana mana bas yang datang dulu untuk aku ke sekolah.memerhati gelagat manusia.memandang langit yang gelap,indah sangat.

tapi pagi ni sedikit berbeza.aku terlihat perkara yang aku rasa cukup istimewa.seorang budak perempuan,pelajar sekolah rendah*sekolah aku dulu mengayuh basikal dengan sepenuh tenaga kecilnya dengan membonceng adiknya di belakang.dan aku dapat rasakan yang perbuatannya tu teramat sangat ikhlas.di bibirnya hanya ada senyuman.langsung tak nampak terpaksa atau menyusahkan.tak sampai berapa minit lepas tu,lalu seorang ibu mengayuh basikal juga membonceng anaknya yang bersekolah tadika*tadika aku dulu jugak.adegan ni buat aku teringat cerita shinchan pulak.tiba tiba aku rasa macam balik ke masa dulu je.ramai pulak yang menunggang basikal.ada jugak sorang pakcik berumur 40-an menunggang basikal tua dengan pakaian pejabat.terpegun la jugak aku dibuatnya.bagus tindakan mereka.jimat petrol jimat duit.

aku teringat kisah duludulu.aku pernah dihantar ke tadika naik lori masa aku tertinggal bas.seronok betul aku masa tu walaupun bapak aku hanya bawak lori.kalau budak lain mungkin malu kott.bapak aku jugak pernah hantar aku ke sekolah rendah naik kereta yang ibarat hidup segan mati tak mahu.pun aku masih begitu teruja.kononnya kereta tu antik.mungkin hidup aku dulu tak sesenang sekarang.tapi aku cukup bersyukur.dan sekarang aku jadi teringin nak pergi sekolah naik basikal.kan itu satu senaman.paling penting,jimat seringgit aku :))

Sunday, January 18, 2009

tag menjelma lagi

ditag lagi oleh cikwany.tag kali ni menarik.aku tutup mata dan pilih gamba secara rambang.sebab aku taktau nak pilih yang mana.ini hasilnya :)

1. Take a recent CUTE photo of yourself.
2. Don't change anything, edit or whatever.
3. Post that photo.
4. Post this instructions with the photo.
5. Tag 10 people to do this;

-nicole
-adeq
-moira
-azyaan
-sya
-shahirah
-caer
-syakey
-si kura
-kamulah


Saturday, January 17, 2009

berlari lari anak

sebenarnya apa erti merentas desa ya? perlu ke berlumba di desa? takkah itu merbahaya? aku rasa cukupla sekadar berlari lari anak secara normal dan bukan berlari seolah olah kau berada di trek larian.macam tu apa maknanya larian kau? semata mata nak mengejar kemenangan dan melupakan tujuan sebenar acara ni diadakan.dapat ke kau amati kawasan perumahan dengan seluruhnya kalau kau asyik memecut je.lagi lagi kalau sampai melupakan terus semangat perpaduan dek kerana pentingkan diri sendiri.sampai makcik sebelah rumah jerit panggil dia pun boleh buat dek je.ape jadahnya tu.

aktiviti aku sepanjang merentas desa;
1. menyanyi dengan kuat lagu penambah semangat.tanpa iringan muzik ya.
2. menegur makcik yang sedang menyapu sampah.tapi tidak dilayan.sungguh kesal.
3. mengejar si rerama.juga tidak dilayan.
4. memimpin sahabat yang memerlukan tenaga extra.
5. 10% berlari lari anak dan 90% berjalan sepanjang acara.
6. memberi senyuman manis kepada makcik makcik yang aku kenal.
7. memuji rumah rumah yang ada.
8. berborak melebihi had.inilah masa terbaik.cikgu tak marah.
9. termengah mengah walaupun kurang berlari.
10. sepanjang larian aku memikirkan air sejukk.

tahun ini paling best.dan paling memenatkan.dan macam yang dah aku sangka,tak dapat nombor pun.haha :)

Friday, January 16, 2009

kekesalan yang melampau

seringgit boleh beli nasi lemak.
seringgit boleh beli laksa.
seringgit boleh beli keropok dua bungkus.
seringgit boleh beli roti coklat satu dengan berbaki tigapuluhsen.
seringgit boleh beli aiskrim coklat.
seringgit boleh beli nugget ayam.
seringgit boleh beli kentang.
seringgit boleh beli air kotak.
seringgit boleh beli bebola ketam.
ah,pendek kata macam macam makanan kat sekolah boleh aku beli dengan seringgit.tapi hari ni aku dah bazirkan sekeping not seringgit untuk perkara yang teramat sangat merugikan.dan aku teramat sangat menyesal sampailah sekarang.ini semua akibat diri aku sendiri yang menjadi semakin pelupa dari hari ke hari.

pagi pagi aku pergi sekolah naik rapidkl.bermakna aku akan balik dengan bas rapidkl juga dengan tiket yang sama.tapi masa balik tu,aku telah terlupa bahawasanya dalam dompet aku dah ada tiket rapidkl.jadi aku membayar tambang sekali lagi dengan harga seringgit.setelah bas mula memasuki kawasan rumah aku,barulah benak aku ni teringat tentang tu.sungguh mengecewakan.saat tu yang aku bayangkan hanyalah makanan di sekolah yang boleh aku nikmati dengan seringgit tersebut.aku sangat kecewa sebab aku telah rugi seringgit dan ia bukanlah untuk keenakan rasa makanan tetapi untuk menambah akaun syarikat bas rapidkl.aku menyesal :(

Wednesday, January 14, 2009

drama tak sehebat kartun

pertama kali aku menonton renjis 2 hari ini.episodnya bernoktah di sini.tak perlu memanaskan punggung berabad lamanya menonton penuh asyik.cukup sekadar peleraian ceritanya.entah apa permulaan,perkembangan,klimaks, mahupun konfliknya.tak kisah la sebab bagi aku keseronokan sesebuah cerita terletak pada peleraiannya.hebat peleraian maka kebaboom la cerita tu.macam yang biasa aku tengok,konflik bagai nak rak, peleraian macam haktuih! menghabiskan airmata dan peluhpeluh masin aku je kemaruk menonton.dan paling menyakitkan bila mak aku mula membebel kerana keasyikannya menonton selama ni berakhir dengan frust menonggeng sebab ending langsung tak masuk akal.wahai pengarah drama bersiri sekalian,janganlah kau terus menyeksa perasaan kaum wanita seperti mak aku tu.sesungguhnya,kami kaum yang kurang perkasa.lemahlembut tu sentiasa ada*adekah? sebab itu aku lebih gemar layan digimon,slam dunk,detective conan,doraemon,shin chan dan seangkatan dengannya.cerita seperti ni lebih memahami kehendak sanubari aku yang sentiasa memerlukan kepuasan drastik*bukan dari individu.

*p/s - kadangkadang layan cerita tamil best woo.abang aku yang ajar aku.bila kau bosan kan,kau bukak cerita/berita tamil, mute, pastu ko buat dialog sendiri.kalau orang dalam rumah kau mampu gelak,maka misi kau berjaya.kalau tak,cuba lagi taun depan.haha.

Monday, January 12, 2009

i lap you :)



amaran: jangan melakukan aksi ni di hadapan awek kau.beri perhatian pada liriknya :)

Sunday, January 11, 2009

bukan merungut tapi meluahkan

status - menjaga 1 rumah dan 2 jejaka selama 3 hari

kadang kadang aku macam nak protes.tiap tiap bulan mesti mak aku kena balik kampung.mungkin aku takkan runsing kalau rumah aku dilengkapi tukang masak, tukang cuci baju, tukang sapu, tukang kemas rumah, tukang siram pokok dan sebagainya.hakikatnya,satu pun takde.yang ada hanyalah tukang mintak makan,tukang campak baju sukahati,tukang arah orang sanasini dan seangkatan dengannya*sori bro,aku mengumpat kau.

jadi,tugas segala tukang tu terletak 200% atas bahu aku seorang.selama ni takpela,aku berganding bahu dengan mak aku.takkan nak harapkan bapak aku dan anak terunanya buat keje pulak.redha je la aku sebagai anak dara dalam rumah ni.

pagi tadi abang aku gerak aku bangun semata mata suruh aku masak nasik goreng*dia peminat setia nasik goreng buatan aku.dengan malasnya aku buat la jugak.bapak aku pun turut sama menikmati masakan aku.katanya sedap.terbangga sekejap aku masa tu.tak sia sia aku berkursus dengan mak aku.sekarang ni banyak la jugak makanan yang aku mampu masak.yela,takkan pagi petang siang malam nak makan nasik bungkus kalau mak aku balik kampung kan.

hoover Pictures, Images and Photos cook Pictures, Images and Photos Washing Dishes Pictures, Images and Photos

status esok - rumah-sekolah-anak-pelajar-bibik-muslim-puasa

Friday, January 9, 2009

impian tercapai :)

hari ini di sekolah; sambutan pelajar cemerlang pmr 2008 buat aku teruja.bunga plastik tahapehape yang aku idamkan*buruk taste aku, teddy comell yang aku dapat.wah,berbaloi aku tunggu sampai berabad lamanya*ini tipu.dengan segan silu aku ke depan terima hadiah.stupidlah aku.bukan aku dapat hadiah sempena buat dosa pun.aduh,cikgu pulak suruh duduk lama lama kat depan.pastu pulak sesi begamba.dah la aku tak reti cover cun.kabut semacam je.kan dah tak jadi cikgu *tutt nak buat menantu.haha. kalau ada yang minat aku diamdiam terus aku terkeluar senarai.haha.gila punya imaginasi.stupid betul.

actually teddy yang aku dapat tu taklah seberapa pun.aku rasa aku lebih appreciate 3 bijik limau mandarin yang jadi hadiah selingan tu.suka betul benda yang boleh kenyangkan perut ni.bahagia je.haha.lagi lagi limau tu sumbangan ayahanda.thanx ayahanda.3 arif love u.

*p/s - sabtu ahad ni,psp milik aku,thanx bapak!*akhirnya aku akan dapat psp.tu pun dengan susah payah.orang lain senang je dapat.mungkin cara aku lebih berkat.amin


Thursday, January 8, 2009

kisah sibajubiru dan budakcina

si baju biru mendekati satu group student cina junior dengan rambut straight tapi masih serabai.pada waktu itu semua pelajar petang dah berpusu pusu ke kelas masing masing.

sibajubiru: ni form brapa?
budakcina: saya form 4 maaaa.(menipu dengan yakinnya)
sibajubiru: nonononono, i don't think so. (agak menggedik bunyinya)
budakcina:(mengulangi perbuatan si bajubiru)
sibajubiru:(entah kenapa tibatiba menari nari tanpa sebab munasabah di hadapan budakcina)
budakcina:(berlalu pergi.mungkin kerana memikirkan sibajubiru kurang waras)

selepas adegan tersebut berakhir, semua pelajar di kawasan berdekatan memecahkan tawa mereka.saat itu barulah sibajubiru sedar bahawa dia telah memalukan dirinya sendiri.namun,beliau masih berbangga kerana skill tersebut telah berjaya menghalau budakcina masuk ke kelas mereka.

*p/s - ini adalah kisah benar yang tidak langsung ditokok tambah.berlaku kepada sibajubiru yakni aku sendiri.sekarang kau tahu betapa taktau malunya si pemalu ni.

Wednesday, January 7, 2009

hari ini di sekolah

macam biasa aku antara yang terawal sampai ke sekolah.langit masih gelap.rutin harian masih sama.melambai mesra mereka yang dikenali.perhimpunan panjang terpaksa aku tempuh lagi hari ni.ternyata cuti dua bulan menyebabkan para guru merindukan yang namanya mikrofon.sedangkan pelajar sekolah masih dengan perangai lama,masuk telinga kiri keluar telinga kanan.kenapa perkara itu langsung tak cikgu sedari? mungkin aku saja yang sedar.

dalam kelas aku masih berperilaku normal.mungkin lebih aktif berbanding yang lain.aktif mengawetmudakan diri sendiri dengan gelak tawa.hampir setiap minit haha haha.mereka juga.satu hal yang memalukan terjadi.akibat terlebih gembira bermain gam,aku terjerit apabila cikoala yang semakin nakal melakukan perbuatan kurang sopan terhadap aku(perbuatan tersebut terpaksa dirahsiakan).terima kasih warga 4musytari kerana hanya memandang kosong tingkahlaku aku.sesiapa berani gelak memang tak sayang nyawa.malu jugak terhadap puan norimah.pengawas jenis apekah aku?

mengenai pembelajaran; aku belum berpeluang berkenalan dengan yang namanya addmath.sedangkan yang lain sibuk bergosip tentang kepayahan subjek tersebut.betulka? tunggu saja sampai cikgu rashidah habis cuti naik haji.sabar kan separuh daripada iman.tentang biology pulak; berdasarkan apa yang diceritakan oleh puan salwati,aku dapat menangkap bahawa subjek ini extremely hard.kenapa abang aku paksa aku ambik subjek ni? mungkin dia menantikan ayat ini terkeluar dari mulut aku,"aduh,aku gagal duh!".kata mereka gagal perkara biasa untuk subjek begini.bila spm nanti mesti result cun.betulka? tunggu dan lihat jelah.hari ini di sekolah,banyak kerja.jadi,adios :)

Monday, January 5, 2009

sehari di sekolah

hari ini di sekolah;

-berjalan dengan gembira sambil melambai makhluk yang dikenali(hey kau!)
-menempuh perhimpunan yg maha bosan dengan jayanya(zz.zz)
-kesal kerana anugerah untuk pelajar pmr ditunda(cess.penat aku berlatih)
-menerima kelas 4musytari dengan redha(sains?aduh)
-bersempit dalam kelas yang dihuni 50 pelajar(kebanyakan berkacamata tebal)
-tuntut hutang piutang yang belum diorang langsaikan(weyh,duit aku mana?)
-berlegar legar dalam kelas ibarat wakil rakyat(hai,boleh berkenalan?)
-melahirkan hilai tawa rakan seperjuangan(athirah kata dia akan jadi pelupa kalau duduk sebelah aku)
-melahirkan bibit suka pada subjek chemistry(aku ada chemistry dengan chemistry.hehe)
-mengeluarkan riak bosan semasa meeting pengawas('saya nak kamu jaga sana,jaga sini,blablabla')
-melantak nasik lemak sementas(makcik,nak sambal lebih buleh?)
-gosip yang terkumpul pun terlerai(nak tau,bedah tu kan..blablabla)

*p/s - aku rasa macam baru form3 je.sedangkan dah form4.aduhai.perasan muda.


menanti hari esok

my bilik my hero :))

kenapa aku suka bilik aku?

sebab bilik aku ada laptop aku.dalam tu ada kawankawan aku(termasuklah kau).
sebab bilik aku dicat warna kesukaan aku.ia buat aku tenang.
sebab bilik aku ada cermin panjang.ia buat aku sengih selalu.
sebab bilik aku ada katil dan tilam yang paling memahami tulang aku.
sebab bilik aku ada bantalpeluk yang empuk.
sebab bilik aku ada empat buah bantal yang mengelilingi aku.
sebab bilik aku ada selimut yang menghangatkan aku.
sebab bilik aku boleh aku buat sesuka hati aku.
sebab bilik aku tempat aku menjerit sekuatnya.
sebab bilik aku tempat aku lepaskan geram(bang bang kebabom).
sebab bilik aku tempat aku mengesak sepuasnya(takmalu dah).
sebab bilik aku tempat aku mendedahkan aurat tanpa segansilu.
sebab bilik aku tempat aku bersengkang mata menelaah(poyo je).
sebab bilik aku tempat aku beribadat jugak.
sebab bilik aku tahu segalanya tentang aku.
sebab bilik aku peneman aku yang setia.
sebab bilik aku tempat yang paling nyaman bagi aku.
dan akhir sekali,
sebab bilik aku adalah bilik aku.

i love u bilik.terimakasih sebab kau bilik aku sejak sepuluh tahun lalu :))
macam mana kalau aku kawen nanti? mampu ke aku tinggalkan kau?


Saturday, January 3, 2009

saya budak sekolah

semangat backtoschool semakin terasa.
baju kasut stokin beg buku pensel pemadam pembaris pen semua dah tersedia.
perasaan teruja tak terkata.
otak dihuni gosip panas berjela jela.
asas ilmu sains, kirakira, sastera dan seangkatan dengannya seinchi pun takde.
ke pusat tusen,ah! aku pemalas orangnya.
tak sabar nak bertemu kerusi dan jugak meja.
langgar langgar tu kan perkara biasa :)
rindu pada cikgu cikgi pun makin membara.
tambah tambah lagi pada rakan sebaya.
lima satu dua kosong kosong sembilan tarikhnya.
kaki melangkah ke sementas dengan megahnya.
moga adegan manis yang berlaku berkarangan panjangnya.

kau tak teruja? tipu la kau


Thursday, January 1, 2009

tata08.hey09

dua kosong kosong lapan bernoktah tepat jam 11.59 malam tadi.dan saat itu jugak aku berkenalan dengan dua kosong kosong sembilan.azam aku? mas versi o9 bakal menjadi lebih baik daripada mas versi 08.itu saja.taknak aku buat list panjang hanya untuk azam yang pasti takkan tertunai.hey kau,happy newyear :)

lagi dua bulan aku enam belas :)