geng bas sekolah

Saturday, January 12, 2013

kejar dunia semata?

amarah menerbitkan lelah,
jadi hati perlu tabah,
jangan main redah,
kelak tambah parah.

rindu jadi tak keruan,
itu semua hasutan syaitan,
nafsu mesti lawan,
kelak hati jadi aman.

celoreng baju hidupmu,
conteng pakaian hayatmu,
maka buruk penghabisanmu,
buruk akhiratmu.

kita hidup bukannya lama,
takkan nak kejar dunia semata?

Monday, January 7, 2013

4MB #1

Assalamualaikum.

"4MB tu maksud dia 4-Months Break tau, ngeh ngeh. ni cerita cerita during 4 months break lah kiranya. puiii"

lima hari dah tinggalkan utp. lima hari dah hirup udara heaven dekat rumah. and dah tiga hari berturut bapak ajak teman jog pagi pagi dekat empangan. bayangkan, lepas subuh, sedap dok lena dengan telekung tak cabut, bayu pagi begitu mengasyikkan. tunggu kejap dalam 6 lebih nak dekat pukul 7 bapak balik je masjid, dia terjah bilik, ajak pegi jog dengan dia. taktik pura-pura tidur lena tak sedar apa takkan pernah berkesan sebab bapak tau aku bukan jenis tidur tak sedar apa. tapiiiii, why must me? anak teruna bapak nak simpan kemah keming dalam bilik ke? bapak ni nak dorong lagi sifat kaki bangku dia tu. mak, malasnyaaaaaaaaa. dalam kemalasan tahap simen di kaki pun, dah tiga hari dengan muka tempe basi ikut bapak pegi jog. kalau jalan flat takpelah jugak, ni jog jalan berbukit weh, tegang otot ai yu tau tak.

fortunately, I have a very good reason untuk mengelat esok, ngeh ngeh ngeh. (tapi rahsia lah)

sebenarnya ada yang interestingnya ikut bapak jog sebab we have privilege time untuk sembang and bincang masalah negara. sometimes dok mengimbau kenangan lama masa bapak bawak jog kecik kecik dulu. serius banyak benda yang aku deny gila gila like, "mana ada, tak penah pun buat gitu". yeah aku bukan orang yang punya ingatan jangka panjang macam abang and bapak. diorang ingat almost everything. beta sangat cemburu bila le teruna(s) sokseksoksek pasal benda yang aku tak ingat. so lepasni kalau abang dok cerita dengan bapak takde la aku jadi katak bawah tempurung. bapak dah refresh my memories, ngeeee :D

but still, setiap pagi aku masih rasa malas untuk bangun dan lari lari anak daki bukit. penat ~~~~ lagi lagi sebab tiap pagi aku semput lagi awal dari bapak. sobssssss.

hehe btw aku dah officially dilantik jadi driver mak sepenuh masa. when you see me on the road, honk honk la ek. malaysian love to honk kan. huhu sekian toceh !

Wednesday, January 2, 2013

not-so-sweet semester, adios!

ASSALAMUALAIKUM


tumpang katil rumet yang dah tinggalkan aku dari semalam, sob sob sob.
pejam celik pejam celik dah nak sampai last paper semester ni - fuh ayat cliche gila, aku tau tu. barang semua dah pack (hehe nampak kan atas ni) sebab petang ni, (now dah 2jan kan) after habis paper terus off to guabatu. back to the real home. duduk sini bukanlah takde suasana homely, tapi yeah takde family di sisi means perasaan rumahku syurgaku tu tak berapa nak menjadi sangat. especially sebab takde masakan mak yang bikin jatuh ayaq liuq. setakat menatap lauk kafe hari hari, muak gila. haha muak muak pun makan tak miss jugak en.

cuti new year adalah sangat tak produktif. gara-gara terlebih tidur, maka sepanjang hari aku jadi ngantuk yang amat sangat. mata bengkak macam orang tak cukup tidur. aku boleh adapt lagi kalau tak tidur seharian daripada terlebih tidur. seksa weh sanubari.

now the only time bila ngantuk dah hilang, dah fresh, study habis habisan. hihi ai tulis blog ni sebab nak prevent ngantuk la ni. gila apa nak tidur lagi dua tiga round. memang jadi zombi la aku esok. okay that's all. adios semester yang membunuh. adios utp. till we meet again may nanti ya. biar ai berjimba habis habisan baru yu panggil ai balik okay. sekian toceh!